Video 8

37 5 0
                                    

  Fikirannya amat bercelaru. Handong pula menyerahkan semula handycam Sakura kepada tuannya dan membawa keluar handycamnya sendiri. Seperti biasa, dia mula merakam Donghan. "Mari kita pergi ke Kiryu Lab. Kita minta orang di sana repair alat kawalan tu dan seterusnya pulihkan awak" "Tapi Handong, bila saya dah pulih nanti, saya terpaksa kahwin dengan Sakura. Saya tak nak kahwin dengan dia. Saya nak hidup bersama awak" tegas Donghan. "Saya pun nak hidup bersama awak Donghan tapi macam mana saya nak luangkan masa dengan awak kalau saya tak boleh nampak atau sentuh awak dengan deria yang ada? Saya tak kisah rakam awak sepanjang masa tapi saya teringin jugak jalani kehidupan seharian dengan awak sama seperti orang lain. Walaupun saya mungkin akan kehilangan awak, sekurang-kurangnya saya akan dapat lihat awak dengan mata kasar bila awak kembali pulih"

  "Cinta tak semestinya memiliki Donghan. Awak memang cinta mati saya tapi saya perlu lepaskan awak pergi demi kepentingan awak jugak. Awak tak boleh selamanya hidup sebagai manusia halimunan" kata-kata yang keluar dari mulut Handong benar-benar membuatkan Donghan tergamam. Pada masa yang sama, Sakura tiba-tiba menghempaskan alat kawalan itu ke lantai lalu memijak-mijaknya. Handong dan Donghan terperanjat. "Awak betul Handong. Cinta tak semestinya memiiki. Saya benar-benar cintakan Donghan tapi Donghan lebih cintakan awak. Awak pulak sanggup lepaskan Donghan demi kepentingan dirinya sendiri. Awak memang perempuan yang hebat Handong" puji Sakura. "T-Tapi kenapa awak pecahkan alat kawalan tu?" tanya Handong yang masih terkejut. Sakura mengeluarkan sesuatu daripada koceknya dan berkata "Ini alat kawalan yang sebenar. Yang tadi alat kawalan palsu. Saya sengaja ugut awak berdua sebab saya nak uji cinta awak berdua sehebat mana"

  "Saya mengaku sampai sekarang saya masih cintakan Donghan tapi saya rasa awak lebih sesuai untuk Donghan, Handong. Saya memang tak layak untuk Donghan" Sakura menekan butang hijau pada alat kawalan itu dan Donghan terus kembali normal. Dia tidak halimunan lagi. Donghan menanggalkan gelang tangan itu lalu menghempaskannya ke atas tanah. "Maafkan saya Donghan, Handong, sebab dah permainkan awak berdua. Sekali lagi, saya mengaku saya cintakan Donghan tapi mengugut orang dan pisahkan orang yang saling mencintai bukanlah cara saya. Kalau saya mahu menang hati Donghan sekalipun, saya akan guna taktik bersih" tambah Sakura. "Kalau awak mahu menang hati saya gunakan taktik bersih, kenapa awak perlu halimunankan saya? Saya alami hari-hari yang sukar disebabkan awak Sakura" "Maaf tentang tu Donghan. Masa tu saya terlalu ikutkan perasaan dan emosi sampai sanggup lakukan apa sahaja"

  "Sekarang saya dah sedar kesilapan saya dan saya janji saya takkan ulangi lagi kesilapan yang sama" kata Sakura dengan bersungguh-sungguh. "Mari kita buang yang keruh dan ambik yang jernih Sakura, Donghan. Kita lupakan sahaja tentang ini dan anggap sahaja hari ini halimunan" sampuk Handong. Sakura tersenyum dan terus memeluk Handong seerat mungkin. Dia rasa terharu mendengar kata-kata Handong. 3 hari kemudian, Handong, Donghan, serta kedua-dua ibu bapanya pulang ke Korea. Kali ini, Donghan sekeluarga akan menetap terus di negara asal mereka. Mereka tiada masalah untuk tinggal selama mana di Jepun mahupun Korea kerana mereka mempunyai dua kewarganegaraan. Selepas lama berada di luar negara, Handong pulang ke negara asalnya. Walaupun berat, dia terpaksa meninggalkan Donghan sekali lagi. Namun, Handong terasa sedikit gembira kerana Donghan berjanji akan terbang ke China bulan hadapan. 

Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)Where stories live. Discover now