Memory 1

42 4 0
                                    

  "Sebelum balik jangan lupa buang sampah ye. Saya minta diri dulu" pesan Isaac, pemilik restoran makanan cina tempat Yuqi berkerja. "Baik bos" kata Yuqi ringkas. Isaac pulang awal sedikit hari ini kerana dia ada hal. Oleh itu, dia meminta Yuqi menutup restoran selepas membersihkannya. Usai membersihkan dan menutup restoran, Yuqi membawa keluar beg plastik hitam berisi sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah besar. Yuqi melihat jam di tangan kirinya dan berkata "Dah lewat ni. Baik aku gerak sekarang". Yuqi yang tinggal berhampiran tempat kerjanya terus berjalan pulang ke rumah. Memandangkan Yuqi bukan orang Korea, dia tinggal di kuarters pekerja yang disediakan khas untuk warga asing yang bekerja di Itaewon. Jarak kuarters pekerja dengan tempat tumpuan utama di Itaewon tidak begitu jauh. Oleh itu, Yuqi hanya berjalan kaki sahaja pulang ke rumah.

 Setibanya di hadapan kuarters tiga tingkat itu, Yuqi ternampak seorang gadis berambut merah jambu sedang bermain buaian di taman permainan berhampiran. "Siapa pulak perempuan tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni" bisik hati kecil Yuqi sebelum mendaki tangga ke tingkat 3. Usai mandi, Yuqi yang tinggal di tingkat 3 membuka tingkap sebentar untuk menghirup udara malam. Pada masa yang sama, dia ternampak gadis tadi. "Dah lewat malam ni tapi kenapa dia tak balik-balik lagi?" Yuqi jadi tertanya-tanya. Gadis berambut merah jambu itu bangun daripada buaiannya dan terus berlalu pergi. Sebaik sahaja gadis itu beredar, Yuqi segera menutup tingkap lalu bersiap-siap untuk tidur. Belum sempat Yuqi menghempaskan badannya ke atas katil, dia terdengar bunyi pintu diketuk kuat. "Siapa pulak yang datang ni?" Yuqi hairan. Yuqi keluar dari bilik dan terus maju ke pintu.

 Semakin lama semakin kuat bunyi ketukan itu. Yuqi mula rasa tidak sedap hati. Dia juga terasa sedikit takut kerana hari sudah lewat malam mustahil teman lelakinya, Yanan datang waktu-waktu begini. Demi menjaga keselamatan dirinya, Yuqi mengambil keputusan untuk tidak membuka pintu. Sebaliknya dia mahu mengintai orang itu melalui celah lubang kunci sahaja. Yuqi bongkok sedikit lalu merapatkan matanya pada lubang kunci. Dia terkejut, melihat gadis berambut merah jambu tadi sudah kembali. Gadis itulah yang ketuk pintu rumah Yuqi sekuat hati. Yuqi mula rasa takut. Dia mengambil dua kerusi di dapur sepantas kilat lalu letak di hadapan pintu. Yuqi bergegas ke biliknya. Sebelum naik ke atas katil. Yuqi mengunci pintu biliknya terlebih dahulu. Yuqi membaluti dirinya dengan selimut kerana dia rasa seram sejuk. 5 minit kemudian, gadis itu berhenti mengetuk pintu.

 Yuqi yakin dia sudah pergi tetapi Yuqi telah perlu berhati-hati. Sementara keadaan masih tenang, Yuqi menggunakan kesempatan itu untuk melelapkan matanya. Namun, Yuqi alami sedikit kesukaran untuk tidur akibat kejadian tadi. 30 minit kemudian, barulah Yuqi dapat tidur. Belum sempat Yuqi tidur dengan lena, dia terdengar bunyi pintu hadapan dibuka. Namun, Yuqi mengendahkan sahaja bunyi itu kerana dia menganggap itu hanyalah illusi auditorinya. Yuqi kekal tenang sahaja tetapi hanya untuk seketika. Hal ini demikian kerana ketenangan Yuqi diragut serta-merta selepas dia terdengar bunyi pintu bilik yang sepatutnya berkunci dibuka perlahan. Yuqi menarik selimutnya sehinga menutup kepala. Dia tidak berani melihat pemandangan di luar selimut. Tiba-tiba, katil Yuqi bergoyang dengan sendiri. Yuqi bertambah takut. Pada waktu yang sama, kaki Yuqi tiba-tiba sahaja terasa berat. Yuqi juga mengalami kesukaran untuk mengangkat kakinya.

Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)Where stories live. Discover now