Video 7

33 5 1
                                    

  "Selepas awak mendarat di Korea, saya terus aktifkan gelang tu. Saya buat begitu sebab saya tak nak Handong nampak awak. Tapi saya tak tahu di mana silapnya, awak dapat dilihat melalui rakaman handycam Handong" "Disebabkan awaklah saya hampir hilang akal Sakura. Nasib baiklah saya dapat kenalpasti cara untuk orang lihat saya" kata Donghan ringkas. Sakura tiba-tiba membawa keluar handycamnya dan mula merakam Donghan. "Saya buat begitu sebab saya tak nak kehilangan awak Donghan. Saya betul-betul cintakan awak dan saya tak sanggup lepaskan awak pada orang lain" katanya. "Kalau awak betul-betul cintakan saya, awak takkan buat saya macam ni. Ini bukan cinta namanya Sakura" ujar Donghan. "Kalau saya tak buat begitu, awak pasti akan kembali kepada Handong dan hidup bersamanya. Demi cinta, saya terpaksa 'ghaibkan' awak" tegas Sakura. "Berhenti cakap pasal cinta Sakura"

  "Tolong pulihkan saya sekarang jugak" pinta Donghan. Sakura meminta Handong memegang handycamnya sebentar sementara dia mengeluarkan satu alat daripada koceknya. Sebaik sahaja alat kawalan itu dikeluarkan, Sakura terus menekan butang hijau untuk mematikan fungsi gelang tangan Donghan. Namun, selepas berkali-kali mencuba, keputusannya tetap sama. Donghan masih halimunan. "Kenapa saya masih tak nampak Donghan dengan mata kasar?" tanya Handong selepas lama mendiamkan diri. "Saya.... Saya tak tahu. Mungkin alat kawalan ni dah rosak" "Rosak?!" jawapan Sakura membuatkan Handong terperanjat. "Jangan main-main Sakura. Kalau alat tu tak berfungsi, macam mana saya nak kembali ke bentuk nyata?" "Saya tak main-mainlah Donghan. Alat kawalan dah rosak. Awak sepatutnya kembali pulih selepas saya tekan butang hijau ni" maklum Sakura. "Baiki alat kawalan tu cepat. Saya dah penat jadi halimunan" desak Donghan. "Bukan saya yang cipta alat ni"

  "Jadi saya tak tahu cara baikinya. Saya beli alat kawalan ni dari Kiryu Lab" terang Sakura. "Awak beli alat tu Sakura? Saya ingat ayah awak yang cipta" kata Donghan. "Ayah saya memang saintis tapi dia tak mampu cipta alat secanggih ni. Hanya orang-orang di Kiryu Lab yang mampu" jelas Sakura. "Sakura, bawak kami ke Kiryu Lab sekarang. Kita minta saintis di sana baiki alat kawalan tu" gesa Donghan. "Boleh tapi dengan satu syarat. Selepas awak kembali pulih, awak perlu tinggalkan Handong dan kahwin dengan saya. Kalau awak tak mampu penuhi permintaan saya, saya takkan bawak awak ke sana" ugut Sakura. Handong tersentak. "Apa yang awak merepek ni Sakura? Awak tak boleh ugut saya macam tu" kata Donghan. "Selagi alat ni berada di tangan saya, saya boleh lakukan apa sahaja yang saya nak"

  "Awak boleh pergi ke Kiryu Lab tanpa saya tapi tanpa alat kawalan ni, awak tak boleh bebaskan diri daripada 'penjara' halimunan awak. Awak tak boleh gunakan alat kawalan lain kerana hanya alat kawalan yang asal sahaja mampu mematikan fungsi gelang itu" kata Sakura sambil tersenyum sinis. Donghan mati akal. Sekiranya dia tidak pergi ke Kiryu Lab, sudah tentu dia akan kekal halimunan. Tetapi sekiranya dia sudah kembali pulih, dia terpaksa berkahwin dengan perempuan yang tidak pernah dicintainya. Donghan tersepit di antara dua pilihan. Handong pun begitu. Dia tidak sanggup kehilangan Donghan tetapi sekiranya dia masih pilih untuk terus hidup bersama Donghan, sudah tentu Donghan akan kekal jadi halimunan. "Buatlah keputusan dengan bijak Donghan. Diri awak atau kekasih awak, mana satu yang lebih penting" Sakura menanyakan soalan retorik. Donghan terdiam seribu bahasa. 

Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)Where stories live. Discover now