Keesokan harinya, Handong sambil ditemani Donghan pergi ke rumah ibu bapa Donghan. Walaupun Handong terasa sedikit gementar, dia beranikan diri juga demi membantu buah hati kesayangannya. Setibanya di sana, Papa dan Mama Donghan amatlah terkejut. Mereka tidak pernah menyangka Handong akan cari mereka sehingga ke Jepun. "Maaf Handong tapi Donghan takde kat sini. Dia dah balik ke Korea" kata Mama Donghan. "Aunty tersilap. Donghan ada kat sini. Sebab itulah saya datang ke sini" kata Handong. "Apa maksud kamu Handong? Aunty tak faham" Mama Donghan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Handong mengeluarkan handycamnya lalu mula merakam. "D-Donghan?!" Papa Donghan terkejut melihat Donghan berada di hadapannya tetapi Donghan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. "Kenapa Donghan....." belum sempat Mama Donghan menghabiskan pertanyaannya, Handong mencelah. "Donghan dah jadi halimunan. Saya tak tahu macam mana"
"Kita hanya dapat lihat dia melalui handycam ni" "Mama dan Papa boleh dengar suara Donghan?" Donghan mula bersuara. Kedua-dua orang tua Donghan sedikit terperanjat. "Maafkan Donghan sebab Donghan fly ke Korea secara senyap-senyap. Maafkan Donghan jugak sebab Donghan dah lawan cakap Mama dan Papa. Donghan buat semua ni sebab Donghan tak nak kahwin dengan Sakura. Donghan tak pernah cintakan Sakura jadi Mama dan Papa tak boleh paksa Donghan. Hati Donghan hanyalah pada Handong" jelas Donghan dengan panjang berjela. Papa dan Mama Donghan tersentak. "Mama pun nak mintak maaf kat Donghan. Mama memang tak patut paksa-paksa Donghan. Apa yang Mama tak faham sekarang, macam mana Donghan boleh jadi halimunan?" Mama Donghan ingin tahu. "Inilah balasan Donghan terima sebab jadi anak derhaka. Mama kata Donghan akan jadi halimunan kalau Donghan fly ke Korea senyap-senyap"
"Disebabkan Donghan ingkar arahan Mama, Donghan terus kena sumpahan seorang ibu" terang Donghan. Mama Donghan amatlah terperanjat. Dia tidak menyangka kata-katanya benar-benar jadi kenyataan. "Maafkan Mama, Donghan. Mama tak sepatutnya kata begitu pada anak sendiri" "Mama tak perlu minta maaf pada Donghan. Donghan yang sepatutnya minta maaf pada Mama sebab sebagai seorang anak, Donghan dah melawan cakap Mama. Tolongkan maafkan Donghan Mama" Donghan terus memeluk mamanya. Walaupun Mama Donghan tidak dapat melihat anak lelakinya, dia tetap dapat rasa pelukan itu. "Mama maafkan Donghan tapi jangan ulang perbuatan yang sama ye. Mama dan Papa risau sangat-sangat bila dapat tahu Donghan hilang" katanya. Selepas memohon kemaafan daripada Mamanya, Donghan mendapatkan Papanya pula. Handong pula berhenti merakam kerana dia menunggu sesuatu. Namun, tiada apa yang berlaku. "Handong, awak nampak tak saya dengan pandangan mata kasar?"
"Tak. Saya masih tak nampak awak. Saya hanya dapat dengar suara awak. Ini memang pelik" maklum Handong. "Mama dah betul-betul maafkan Donghan ke?" tanya Donghan mengejut. "Mestilah. Mak mana yang tak maafkan anaknya walaupun anaknya dah buat silap. Kenapa Donghan tanya macam tu?" Mama Donghan kurang mengerti. "Donghan sepatutnya tak jadi halimunan lagi sebab Mama dah maafkan Donghan tapi kenapa Donghan masih kekal begini?" ujar Donghan. "Maaf kalau apa yang Mama nak kata ni menyinggung perasaan Donghan. Memang betul Mama kata macam tu dekat Donghan tapi mustahil benda tu jadi kenyataan. Kita sekarang hidup dalam zaman moden Donghan. Mustahil dengan perkataan sahaja anak Mama ni boleh jadi halimunan. Ini mesti ada sebab lain" kata Mama Donghan. "Masuk akal jugak tu" sampuk Handong. Kunci kereta tiba-tiba terapung di udara. Handong sedikit terperanjat.
YOU ARE READING
Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)
FanfictionDua cerita dalam satu Expect the unexpected