Memory 3

27 3 0
                                    

  Dia terfikirkan tentang gadis berambut merah jambu itu. Dia bimbang dia akan diganggu lagi seperti semalam. Namun, Yuqi cuba berfikiran positif dan sambung melangkah. Sebaik sahaja tiba di hadapan kuarters, Yuqi berasa lega kerana gadis berambut merah jambu itu tiada di taman permainan tetapi Yuqi tidak boleh rasa terlalu selesa. Gadis itu mungkin akan kembali lagi. Diringkaskan cerita, usai mandi dan membersihkan diri, Yuqi terus menghempaskan badannya ke atas katil untuk tidur. Belum sempat Yuqi melelapkan matanya, dia terdengar suara orang menyanyi. Suara itu datang dari ruang tamu. "neon nareul gieokhae ne maeumsogeseo~ neowa yeongweonhi sum shwil su ittorok~ (Remember me in your heart~ So I can breathe with you forever~)" Lagu itu dinyanyikan dengan nada yang mendayu sekali. Yuqi yang takut mula membaluti dirinya dengan selimut kerana lagu itu masih berkumandang.

  Apa yang pelik, Yuqi dapat dengar setiap bait-bait kata dengan jelas walaupun pintu bilik tertutup rapat dan dia pula berada di bawah selimut. Tidak lama kemudian, lagu itu tidak kedengaran lagi. Yuqi terasa tenang seketika. Dia menarik selimutnya sehingga ke paras dada dan bersiap-siap untuk tidur. Ketika Yuqi tidur mengadap ke kiri, dia terdengar bunyi nafas seseorang. Itu belum cukup menakutkan Yuqi. Apa yang lebih menakutkan Yuqi, lagu pelik tadi berkumandang semula betul-betul di telinga kanan Yuqi. "neon nareul gieokhae ne maeumsogeseo~" Pada saat itu, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya Yuqi. Keesokan harinya, Yuqi hadir lewat lagi ke tempat kerja sehingga dimarahi oleh Isaac. Dia dimarahi kerana sudah dua hari berturut-turut dia lewat. Walaupun Yuqi tidak diganggu dengan teruk semalam, mental dan fizikalnya tetap terjejas.

  Malam itu, tamat sahaja waktu kerja, Yanan terus membawa Yuqi ke sebuah kafe. Dia mahu luangkan masa bersama teman wanitanya selepas sekian lama. "Awak okay Yuqi? Kenapa awak nampak pucat semacam hari ini?" tanya Yanan yang duduk mengadap Yuqi. "Saya okaylah. Saya cuma penat sikit" Yuqi memberikan jawapan yang sama setiap kali Yanan bertanyakan tentang keadaan dirinya. "Kalau macam tu mari saya hantar awak balik" kata Yanan sambil bangun daripada kerusinya. "Tunggu sekejap, boleh tak saya tumpang tidur di rumah awak?" pinta Yuqi mengejut. Yanan duduk semula dan bertanya "Tidur di rumah saya? Kenapa pulak?" "Sebab dah lama saya tak tidur di rumah awak. Lagipun saya rindulah nak jumpa Papa dan Mama awak" bohong Yuqi. "Awak tak perlu bohong saya Yuqi. Saya yakin ada sesuatu berlaku di rumah awak"

  "Dan disebabkan perkara itulah awak jadi pucat macam ni. Betul tak?" kata Yanan. Yuqi tergamam. Yanan seolah-olah dapat membaca fikiran Yuqi. "Just tell me the truth Yuqi. Apa yang berlaku di rumah awak sampai awak kelihatan pucat dan tak bermaya?" tanya Yanan. "Sebenarnya, dah dua malam berturut-turut saya diganggu oleh..... gadis berambut merah jambu" "Gadis berambut merah jambu?" Yanan terperanjat. "Ya. Saya tak tahulah dia manusia atau bukan tapi saya tak tahan diganggu lagi. Apa salah saya sampai dia kacau saya dua malam berturut-turut?" ujar Yuqi. "Selain warna rambutnya, awak boleh perincikan ciri-ciri gadis pelik tu?" tanya Yanan. "Tinggi dia sama macam saya. Matanya bulat, pipinya tembam, dan bibirnya nipis. Itu je yang saya ingat" jelas Yuqi. "Takkanlah dia...." Yanan terperanjat. "Tolong benarkan saya tidur di rumah awak malam ni"

Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)Where stories live. Discover now