Semakin lama semakin sakit dan lenguh kaki Yuqi. Dia tidak tahan lagi. Dia menurunkan sedikit selimutnya untuk melihat benda apalah yang menindih kakinya. Ternyata Yuqi sudah membuat satu kesilapan. Sebaik sahaja selimut Yuqi diturunkan hingga ke paras hidung, Yuqi ternampak gadis berambut merah jambu tadi bersila elok di atas kedua-dua kaki Yuqi. Gadis berambut merah jambu itu memandang Yuqi dan bertanya "Remember me?". Mata Yuqi terbeliak. Dia mahu sahaja menjerit tetapi mulutnya terkunci rapat. Keesokan harinya; di hadapan restoran makanan cina milik Isaac; "Yuqi tak datang lagi?" "Ya Encik Yanan. Selalunya dia sampai awal dulu sebelum saya tapi hari ini...." "Takpe Encik Isaac. Biar saya pergi ke rumah dia. Nanti saya kembali ke sini semula" Yanan minta diri dan terus masuk ke dalam kereta. "Aku panggil dia Encik. Dia panggil aku Encik"
"Padahal pangkat dia dah terang-terang lebih tinggi daripada aku. Humble betul Encik Yanan ni" puji Isaac di dalam hati. Setibanya di kuarters pekerja tempat tinggal Yuqi, Yanan terus bergegas ke tingkat 3. Yuqi yang masih lena terjaga dek kerana terdengar bunyi ketukan pada pintu. Perasaan takutnya kembali. Namun, pada masa yang sama, dia terdengar suara seorang lelaki menjerit memanggil namanya. "Itukan suara....." Yuqi bergegas keluar dari biliknya dan terus mara ke pintu. Pintu dibuka dan dia ternampak teman lelakinya. "Awak rupanya Yanan" "Awak okay Yuqi? Saya datang ke sini untuk periksa keadaan awak" "Saya okay. Saya cuma penat sikit" bohong Yuqi. Yanan meletakkan belakang tangannya pada leher dan dahi Yuqi. "Awak demam rupanya. Patutlah awak tak pergi kerja hari ini" "Siapa cakap saya tak pergi kerja? Saya nak bersiap-siap nak pergi kerjalah ni"
"Tapi sekarang dah hampir pukul 10 AM. Bos awak tak marah ke kalau awak datang lambat?" Yuqi melihat jam di dinding dan terperanjat. Dia sangka hari masih awal. "Alamak! Saya dah lambat gila ni! Saya nak pergi mandi dan bersiap dulu" Yuqi yang panik terus berlari ke bilik. "Saya tunggu awak kat luar! Biar saya hantar awak ke tempat kerja!" jerit Yanan. Usai mandi dan bersiap, Yanan dan Yuqi terus turun ke bawah. "Awak tak kerja ke hari ini?" tanya Yuqi. "Saya kerja tapi saya curi masa sikit untuk jumpa awak. Saya pergi ke restoran Encik Isaac tadi tapi awak pulak takde kat sana. Sebab itulah saya datang sini" jawab Yanan. Setibanya di kereta, Yanan terus membuka pintu kereta untuk Yuqi. Selepas mereka berdua masuk ke dalam kereta, Yanan mulakan pemanduan.
"Kenapa awak bangun lambat hari ini? Setahu saya, awak tak pernah lewat langsung ke tempat kerja" tanya Yanan. "Saya mengantuk sangat semalam sampai tak sedar jam penggera kat handphone berbunyi. Nasib baiklah saya terjaga selepas saya dengar suara awak" kata Yuqi yang jelas sekali sudah membohongi Yanan. Sebaik sahaja tiba di restoran tempat Yuqi bekerja, Yuqi terus memohon kemaafan daripada Isaac kerana dia benar-benar lambat hari ini. Isaac memaafkan Yuqi kerana itu baru kali pertama Yuqi hadir lewat ke tempat kerja. Sebelum pulang ke pejabat, Yanan bersarapan pagi sebentar di sana. Walaupun badan Yuqi terasa sedikit lemah hari ini, dia berjaya kerja sehingga malam. Malam ini Yuqi pulang seperti biasa, dalam erti kata lain, pulang lebih awal daripada Isaac. Yuqi sudah tidak sabar-sabar untuk berehat sepuas-puasnya. Langkah Yuqi tiba-tiba terhenti apabila dia teringatkan sesuatu.
YOU ARE READING
Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)
FanfictionDua cerita dalam satu Expect the unexpected