Isurugi menghampiri Vivi lalu mengubah wajahnya. Dia juga lakukan perkara yang sama kepada Yuqi. "Kau ubah muka Vivi jadi muka Yuqi dan sebaliknya? Kau kata kau nak hidupkan Yuqi?" "Aku bukan tuhan Yanan. Aku tak boleh hidupkan orang yang dah mati" kata Isurugi. "Apa gunanya kalau wajah Vivi sahaja yang berubah tapi perangainya tetap sama? Vivi adalah Vivi. Yuqi adalah Yuqi. Diorang berdua takkan sama" ujar Yanan yang masih menahan kesakitan. "Kau silap Yanan. Selepas aku ubah wajah Vivi, memorinya terpadam. Jadi kau gunakanlah kesempatan itu untuk ubah Vivi jadi sama seperti Yuqi yang kau idam-idamkan. Bila dia kembali pulih sepenuhnya nanti, Vivi akan jadi Yuqi yang baru. Perangainya langsung tak sama seperti Vivi yang lama. Selagi tiada orang yang ingatkan dia, selagi itulah Vivi akan jadi Yuqi" terang Isurugi dengan panjang berjela ~END~
Yuqi tergamam. Dia kehilangan kata-kata. "Yuqi yang sebenar dah lama mati. Perempuan yang berdiri dihadapan saya sekarang ialah Vivi yang wajahnya diubah untuk kelihatan sama seperti Yuqi" "Awak jangan main-main Yanan. Takkanlah saya perempuan yang berambut merah jambu tu? Ini semua tak masuk akal" Yuqi masih enggan mempercayai kata-kata Yanan. "Saya tak main-mainlah Yuqi, maksud saya, Vivi. Awak dan Yuqi bertukar rupa. Sebab itulah Yuqi yang sebenar ganggu awak. Dia mahukan rupanya yang asal untuk dia pergi dengan aman" ujar Yanan sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menunjukkan gambar-gambar yang diambil sebelum mereka bertiga terlibat dalam kemalangan itu. "Perempuan berambut merah jambu itu adalah diri awak yang sebenar. Perempuan berambut kerinting itu pulak adalah Yuqi" sambung Yanan. "Susahlah saya nak percaya cerita awak Yanan. Cerita awak memang tak masuk akal"
"Memang tak masuk akal tapi cuba awak fikir balik kenapa tiba-tiba je awak diganggu oleh perempuan berambut merah jambu tu? Sesuatu takkan ganggu kita kalau kita tak ganggu dia atau rampas sesuatu daripada dia. Dalam kes ini, awak dah rampas wajah dia, dia nak jadi tuntut balik hak dia" jelas Yanan. "Kalau semua ni betul, ianya bukan salah saya. Awak yang minta lelaki bernama Isurugi itu untuk ubah muka kami berdua. Jadi awak perlu bertanggungjawab dalam hal ini" tegas Yuqi. "Saya sedar ini semua salah saya tapi saya tak tahu apa yang perlu dibuat Vivi. Saya tak tahu Isurugi tu ada kat mana sekarang. Kalau dia ada kat sini, saya boleh mintak dia betulkan keadaan" kata Yanan. "Aku ada kat sini Yanan" kata seorang lelaki. Yanan toleh ke belakang dan ternampak Isurugi.
"Aku boleh kembalikan wajah Vivi kepada asal tapi dengan satu syarat" kata Isurugi. "Apa syaratnya? Kau mahu duit lagi?" "Tidak Yanan. Aku tak perlukan wang lagi. Aku mahu kehidupan kau" "Kehidupan aku? Maksud kau?" Yanan tidak mengerti. Isurugi menghampiri Yanan dan Yuqi dengan langkah yang tenang. Yanan dan Yuqi pula mula resah-gelisah. Isurugi menampar Yuqi sekuat hati sehingga dia pengsan serta-merta. "Apa yang kau buat ni Isurugi?!" jerit Yanan. "Betulkan keadaan" Isurugi meletakkan pistol pada jantung Yanan dan terus menembak Yanan pada jarak dekat. Yanan muntah darah selepas ditembak. Isurugi mengubah wajah Yuqi (Vivi) kepada asal. Isurugi kembali semula kepada Yanan yang sudah nyawa-nyawa ikan. "Selamat tinggal Yanan. Bergembiralah dengan Yuqi di sana" lafaz Isurugi sebelum mengubah wajah Yanan menjadi wajahnya. Selepas Yanan menghembuskan nafas terakhir, Isurugi mengubah wajahnya agar kelihatan seperti Yanan.
YOU ARE READING
Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)
FanfictionDua cerita dalam satu Expect the unexpected