Memory 4

29 3 0
                                    

   "Biar saya tidur kat ruang tamu dan jaga ruang tamu" sambungnya. Diringkaskan cerita, Yanan mendapat kebenaran tidur di rumah Yuqi buat semalaman. Yanan mahu melihat sendiri perempuan berambut merah jambu itu. Sekitar pukul 3 AM, Yanan yang tidur di ruang tamu dan Yuqi yang tidur di dalam bilik masing-masing lena diulit mimpi. Tiba-tiba, Yanan terdengar namanya diseru. "Yanan~ Yanan~" Nada suara itu agak perlahan tetapi Yanan dapat mendengarnya dengan jelas. Yanan membuka matanya dan ternampak seorang gadis berambut merah jambu. Yanan terkejut tetapi dia masih boleh bertenang. "V-Vivi?!" "Vivi? Siapa Vivi? Saya Yuqilah. Takkanlah awak tak ingat saya?" "Tak kisahlah siapa kau, lebih baik kau pergi dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" "Kalau awak mahu perempuan di dalam bilik itu selamat, lebih baik awak beritahu dia perkara yang sebenar"

  "Lebih baik awak beritahu dia cepat-cepat sebelum terlambat. Ingat pesanan saya ye Yanan" kata gadis berambut merah jambu itu sebelum ghaib serta-merta. Keesokan paginya, selepas menghantar Yuqi ke tempat kerja, Yanan pulang ke rumahnya. Memandangkan hari ini hari cuti, Yanan menggunakan kesempatan itu untuk berehat dan tenangkan minda. Namun, Yanan langsung tidak dapat bertenang memikirkan kejadian semalam. Yanan yakin kejadian semalam bukanlah sebahagian daripada imaginasinya. Dia yakin gadis berambut merah jambu itu benar-benar mengganggunya. "Patut ke aku bagitahu Yuqi perkara sebenar? Kalau aku bagitahu dia perkara yang sebenar, mesti dia terkejut gila nanti. Tapi kalau aku tak bagitahu, nyawanya jugak dalam bahaya" Yanan mula dilanda kekeliruan. Selepas seharian berfikir, Yanan sudah membuat keputusan. Oleh itu, petang hari yang sama, Yanan meminta kebenaran Isaac untuk membenarkan Yuqi pulang awal.

  Yanan berbuat demikian kerana dia mahu membawa Yuqi ke satu tempat. Selepas mendapat kebenaran daripada Isaac, Yanan terus memandu Yuqi ke tempat itu. "Awak nak bawa saya ke mana?" tanya Yuqi yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu. "Awak akan tahu juga bila awak sampai sana nanti" jawab Yanan. Sebaik sahaja tiba di tempat itu, Yanan terus meminta Yuqi keluar dari perut kereta. "Awak masih ingat pokok besar ni?" tanya Yanan. "Pokok besar ni? Kenapa dengan pokok besar ni?" tanya Yuqi semula. "Awak pasti tak ingat apa-apa tentang pokok besar ni?" "Ya Yanan. Inilah kali pertama saya ke sini. Sebenarnya ada apa dengan pokok besar ni? Ada harta karun ke tertanam kat bawah pokok ni?" tanya Yuqi sambil berseloroh. "Ada sesuatu yang lebih berharga daripada harta karun 'tertanam' kat sini Yuqi"

  "Sesuatu yang saya maksudkan itu adalah memori awak" "Memori saya? Apa maksud awak?" Yuqi kurang mengerti. "Ya memori awak. Memori awak yang sebenar-benarnya" ujar Yanan. ~FLASHBACK~ 3 bulan yang lalu, Yanan,Yuqi, dan rakan baik mereka, Vivi terlibat dalam satu kemalangan. Kereta yang dipandu Yanan hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok besar. Mujurlah, Yanan hanya alami cedera ringan. Vivi yang cedera parah pula pengsan di tempat kejadian. Namun, nasib Yuqi tidak sebaik Yanan dan Vivi. Dia meninggal ditempat kejadian. Ketika Yanan meratapi kematian Yuqi, datang seorang lelaki pertengahan usia. Lelaki itu bernama Isurugi. Selepas menanyakan apa yang berlaku, Isurugi terus menawarkan bantuan. "Aku boleh hidupkan Yuqi semula tapi kau kenalah bayar aku" kata Isurugi. Yanan terus memberikan Isurugi wang tanpa fikir panjang lagi. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan Yuqi dapat diselamatkan.       

Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)Where stories live. Discover now