"Jangan risau. Dia fasih berbahasa Korea" ujar Donghan. "Masalahnya sekarang kenapa awak nak saya ikut dia? Kita sepatutnya jumpa Papa dan Mama awak" Handong hairan. "Saya nak awak tanya dia pasal gelang elektronik di tangan kiri saya ni. Dia berikan saya gelang tangan ni beberapa minggu yang lalu dan saya dapat rasakan gelang tangan ni ada satu aura yang aneh" jelas Donghan. Tanpa melengahkan masa lagi, Handong mengekori Sakura dengan penuh hati-hati. Sakura pula terasa seolah-olah dirinya diekori seseorang. Oleh itu, dia mempercepatkan langkahnya. Belum sempat Sakura masuk ke dalam teksi, Handong terus memanggil nama Sakura. Sakura toleh ke belakang dan terkejut melihat Handong. "Awak kenal saya ke?" tanya Sakura dalam bahasa Jepun tetapi Handong tidak faham. "Saya Handong. Ada benda sikit saya nak bincang dengan awak" kata Handong dalam bahasa Korea.
Handong dan Sakura terus pergi ke taman permainan berhampiran. Mereka duduk di atas buaian masing-masing. "Saya Handong, teman wanita Donghan. Saya ke sini sebab saya dengar cerita Donghan dah pindah ke Jepun" kata Handong. Sakura terperanjat. "Awak teman wanita Donghan? Awak orang Korea ke?" tanya Sakura pula. Memandangkan Handong dan Sakura fasih berbahasa Korea, mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Korea. "Saya Chinese tapi saya pandai cakap bahasa Korea sebab saya pernah belajar di Korea" jawab Handong. "Saya memang ada kena mengena dengan Donghan tapi macam mana awak boleh kenal saya?" tanya Sakura. Lidah Handong terkelu. Dia tidak tahu bagaimanalah untuk menjawab soalan cepumas Sakura. "Saya yang bawak dia ke sini" Sakura bangun daripada buaiannya selepas terdengar suara seseorang. "Kenapa ni Sakura?" tanya Handong. "Takde apa takde apa" kata Sakura sambil melemparkan senyuman palsu.
"Saya tahu awak dapat dengar suara saya Sakura. Awak tak perlulah berpura-pura lagi" "D-Donghan?!" Sakura bertambah terkejut. Handong mengeluarkan handycamnya dan memanggil Sakura supaya mendekatinya. Sakura terkejut selepas ternampak Donghan melalui rakaman handycam Handong. "Macam mana saya boleh nampak awak melalui rakaman ni tapi saya tak boleh nampak awak dengan mata kasar?" soal Sakura. "Saya sepatutnya tanya soalan tu kepada awak Sakura. Saya dapat rasakan saya jadi halimunan disebabkan gelang ni" kata Donghan sambil menunjukkan gelang elektronik yang dipakai di tangan kirinya. "Saya cuba tanggalkan gelang ni tapi tak boleh. Saya rasa mesti awak dah jampi gelang ni" sambungnya. "Awak tak boleh tuduh saya macam tu Donghan. Awak jadi halimunan bukan sebab saya" tegas Sakura. "Kalau bukan sebab awak takkanlah sebab saya terkena sumpahan Mama saya pulak?" tanya Donghan dengan nada serius.
"Saya tak tahu. Awak tanyalah Mama awak sendiri dan tolong jangan libatkan saya dalam perkara aneh ni. Saya takde kena mengena dengan hal ni" kata Sakura dan terus minta diri. "Sakura tunggu!" "Biarkan dia pergi Handong. Nanti kita cari dia semula. Saya tahu dia tinggal kat mana" ujar Donghan. "Saya rasa dia betul-betul tak tahulah pasal ni. Saya yakin awak jadi begini sebab awak derhaka pada Mama awak" kata Handong. Donghan terdiam sejenak. Handong pula masih merakam Donghan. "Mari kita pergi check-in hotel dulu. Nanti kita kembali semula ke rumah saya" kata Donghan. Sebelum mendaftar masuk di hotel, Donghan membawa Handong makan angin di sekitar bandar Tokyo terlebih dahulu. Walaupun Handong tidak dapat menyentuh Donghan dan perlu merakam Donghan setiap masa untuk melihat wajah Donghan, Handong tetap rasa gembira.
YOU ARE READING
Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)
FanfictionDua cerita dalam satu Expect the unexpected