Video 6

35 4 0
                                    

  "Ambik kunci ni dan drive kereta saya. Kita pergi ke rumah Sakura" kata Donghan kepada Handong. "Pergi ke rumah Sakura?" Kenapa kita perlu ke sana?" "Jangan banyak tanya Handong. Lebih baik kita pergi sekarang. Biar saya tunjuk arah" ujar Donghan. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Papa dan Mama Donghan, mereka berdua terus minta diri. Handong mengalami sedikit kesukaran memandu kerana dia tidak mahir dengan selok-belok jalan di Jepun. Kalau diikutkan hati, Donghan ingin memandu keretanya sendiri untuk cepat sampai ke rumah Sakura. Namun, dia tidak boleh melakukan itu kerana dia masih halimunan. Dia juga tidak mahu menimbulkan kekecohan. Walaupun Handong sudah banyak kali tersilap jalan, mereka berdua akhirnya tiba juga di rumah Sakura. Sebaik sahaja keluar dari perut kereta, Handong terkejut melihat rumah Sakura. Sakura tinggal di rumah agam yang sangat besar.

  Pertama kali Handong melihat Sakura, dia menyangka Sakura berasal daripada keluarga sederhana. "Kalau Sakura anak orang kaya, kenapa semalam dia pergi ke rumah awak naik teksi?" soal Handong. "Dia memang macam tu Handong. Dia lebih gemar gunakan pengangkutan awam daripada drive kereta sendiri" maklum Donghan sambil menekan loceng. Pagar rumah terbuka dan Sakura terus keluar dari rumahnya. Dia terkejut melihat kelibat Handong. "Awak nak apa lagi Handong?" tanyanya. "Dia tak nak apa-apa dari awak Sakura. Saya yang nak jumpa awak" kata Donghan. "Kenapa awak nak jumpa saya Donghan? Bukankah awak yang tinggalkan saya sebelum ni sebab perempuan ni?" kata Sakura sambil menjeling Handong. "Saya nak tanya awak pasal gelang elektronik ni. Selagi saya tak dapat jawapan yang dapat puaskan hati saya, saya takkan pergi" tegas Donghan.

  "Gelang tangan elektronik tu adalah hadiah ikhlas saya untuk awak. Saya tak pernah jampi gelang tu" jelas Sakura. "Kalau awak tak jampi gelang ni, kenapa gelang ni tak dapat ditanggalkan? Naluri saya kuat mengatakan gelang tangan inilah yang menyebabkan saya jadi halimunan" "Bahagian mana dalam ayat saya yang awak tak faham Donghan? Tolonglah jangan ganggu saya lagi. Awak pergilah balik" belum sempat Sakura beredar, Donghan memegang lengannya. Walaupun Sakura tidak dapat melihat Donghan, dia tahu lengannya tiba-tiba ditarik ke belakang disebabkan Donghan. "Lepaskan saya Donghan!" "Tidak selagi awak tak berterus-terang dengan saya" tegas Donghan. Handong pula perhati dan dengar sahaja perbualan antara mereka berdua. Dia tidak mahu masuk campur. "Baiklah saya akan beritahu awak perkara sebenar tapi bukan di sini. Kita masuk ke dalam" Sakura akhirnya mengambil keputusan untuk memberitahu kisah sebenar.

  Dia menjemput Handong dan Donghan ke laman belakangnya. "Awak betul. gelang tangan elektronik itulah yang menyebabkan awak jadi halimunan. Saya yang kawal gelang tangan elektronik tu" Handong terkejut besar mendengar kenyataan Sakura. Donghan pula tenang sahaja. "Saya dah agak. Mustahil saya boleh jadi halimunan macam tu je. Pada awalnya, saya sangka saya jadi begini disebabkan sumpahan Mama saya tapi saya tersilap dan Handong betul. Memang terdapat penjelasan yang logik disebalik apa yang berlaku" Sakura menghelakan nafas berat dan berkata "Sebenarnya saya dapat idea untuk jadikan halimunan selepas saya terdengar pertengkaran awak dan Mama awak tanpa sengaja hari tu. Selepas saya tahu yang awak nak balik ke Korea untuk cari Handong, saya terus serahkan gelang tangan tu sebab saya yakin awak pasti akan terbang ke Korea tanpa pengetahuan kami semua" 

Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)Where stories live. Discover now