Bab 4

1.2K 31 0
                                    

SUDAH masuk seminggu Hasya Humaira menjalankan tugasnya sebagai seorang pegawai dietetik di tempat kerja barunya itu. Alhamdulillah. Dia sudah mula sesuaikan diri dengan orang-orang di situ. Setiap hari dia cuba untuk mempelajari bahasa Kelantan yang agak sukar untuk difahami. Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Jadi, dia akan berusaha untuk mahir dalam bahasa negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"Hah. Bakpo termenung ni, Aira?" Sergahan seseorang mengejutkan Aira dari lamunan panjangnya. Jururawat berbaju ungu itu sedang tersenyum manis ke arahnya.

Serta-merta wajah Aira bertukar merah. Alamak! Terkantoi pula yang aku ni tengah termenung jauh. Saja dia duduk seketika di atas kerusi rehat yang tersedia di dalam wad itu. Kes yang dirujuk oleh doktor sudah diselesaikan sejak dari tadi lagi.

"Mana ada saya termenung pun, kak." Berusaha dia mengawal riak wajahnya ketika itu.

"Ingat kat gewe la tu," sampuk Abang Faris seorang jururawat lelaki di wad itu pula.

"Gewe?" Berkerut dahi Aira mengulangi perkataan yang baru pertama kali didengarinya itu.

Pecah tawa dua jururawat tadi. Faham sangat mereka dengan aksi yang baru terpamer di wajah dietitian muda itu.

"Gewe tu maksud dia teman lelaki atau teman wanita," beritahu nurse lelaki tadi.

Barulah air wajah Aira kembali jernih. Ohhh... Baru dia faham. Satu perkataan baru yang dia pelajari hari ini. Nanti aku nak catat dalam buku nota kecil aku. Katanya dalam hati. Itulah yang telah dilakukannya dalam seminggu ini. Apa sahaja perkataan baru yang dipelajari terus dicatat ke dalam satu buku khas.

"Saya mana ada gewe lagi. Still single and available," jawab Aira. Pertama kali dia cuba menggunakan perkataan itu.

"Seriously? Kalu gitu boleh la Abe Faris ni cubo deh. Abe pun still single and available. Sesuai etek kito duo ni," usik Abang Faris dalam loghat bahasa Kelantannya.

"Mu ni tok malu ngaku single. Anak dah nak masuk duo oghe. Tokse layan dio ni, Aira," sangkal Kak Diana.

Tersengih panjang Abang Faris apabila ditegur sebegitu oleh jururawat seniornya.

"Kak Ana ni. Oghe nak melawak ja pun," tambah Abang Faris.

Terhibur hati Aira melihat gurauan dua orang jururawat itu. Seketika wajahnya diangkat tinggi dan matanya ralit mencari kelibat seseorang. Bukan main panjang lehernya menjengah ke sekitar wad kanak-kanak itu.

"Kak Ana, saya ada benda nak tanya ni." Suara Aira kembali kedengaran. Abang Faris sudah bergerak ke katil pesakit meninggalkan Aira dan Kak Diana di situ.

"Gapo dio, Aira?"

"Ada sorang doktor lelaki yang selalu masuk wad ni pagi-pagi. Nama dia apa, eh?" Berani Aira menyoal. Muka Kak Diana kelihatan bingung seketika.

"Doktor hok mano so ni, Aira? Banyak hok tubik masuk wad ni." Jenuh Kak Diana memikirkan satu per satu doktor yang melangkah masuk ke dalam wad itu.

"Ala, kak. Yang muda tu la. Pagi tadi dia ada datang sini kejap. Dia pakai kemeja warna biru hari ni." Bersemangat Aira bercerita.

Lama Kak Diana memerah otak mengingati doktor yang dimaksudkan Aira.

"Hok hite manih handsome tu ko?" teka Kak Diana.

Terus Aira mengangguk laju. Hitam manis tu ya la. Tapi handsome ke muka macam tu? Sombong aje aku tengok, komen Aira.

"Ohhh... Tu Doktor Afiq Naufal. Bakpo dengan dio, Aira?" Kalut Kak Diana menyoal.

"Dia memang suka usyar orang ke?" Dengan selamba Aira menyoal. Naik rimas Aira apabila doktor muda itu asyik sangat merenung ke arahnya. Kalau renungan penuh kasih tak apa la juga tapi ni renungan tak puas hati macam nak telan orang. Aku kenal pun tidak dengan dia tu.

"Dio suko tengok muko Aira hok come lote ni. Doktor Afiq tu pun buje lagi," usik Kak Diana dengan tawa kecilnya.

Aira mencebik. Sikit pun tidak berminat dengan usikan jururawat itu.

"Dia tu MO ke HO?" Aira menyoal lagi.

"Baru jadi MO tu tapi bagus orangnya."

Pujian Kak Diana langsung tidak menarik perhatiannya. Bagus apanya kalau senyuman hormat aku dibalas dengan jelingan sombong. Kau ingat kau bagus sangat ke? kutuk Aira dalam hati.

"Aira termenung tadi ni ingatkan Doktor Afiq ko?" seloroh Kak Diana.

Tersenyum tipis Aira. Macam tahu-tahu aje Kak Diana ni.

"Saya rasa macam doktor tu tak suka saya. Dia selalu pandang macam tak puas hati dekat saya. Kalau boleh saya tak nak la ada apa-apa sengketa dengan sesiapa," cerita Aira tanpa berselindung. Dia yakin dengan perasaannya itu. Kalau sekali dua dia tak kesah sangat. Hampir dikatakan selama seminggu ini dia terpaksa berhadapan dengan pandangan kurang selesa yang dipamerkan oleh doktor muda itu.

"Aira kenal denge dio dah ko sebelum ni?" duga Kak Diana.

Pantas Aira menggeleng.

"Saya first time nampak dia waktu first day saya dekat sini la. Saya punya senyum bukan main lebar tapi dia boleh buat macam tak nampak saya aje. Lepas tu saya perasan yang hari-hari dia akan tenung saya macam nak telan orang pun ada," sambung Aira.

"Haaa... Bergosip gapo ni?" sergah satu suara sebelum sempat Kak Diana menjawab kata-kata Aira.

"Elok sangat la Doktor Damia maghi sini. Aira kalu nak tahu gapo-gapo pasal Doktor Afiq, boleh la tanya denge saing baik dio ni. Kak Ana ada kijo meta," ujar Kak Diana.

"Kenapa, Aira? Apa yang awak nak tanya tentang Afiq?" Dengan lembut doktor wanita itu bertanya sebaik Kak Diana berlalu pergi dari situ.

Malu Aira dibuat oleh Kak Diana. Niatnya tadi hanya untuk meluahkan rasa yang terpendam. Tak adalah sampai nak gali lubang cacing dalam-dalam.

"Tak ada apa la, Damia. Saja borak dengan Kak Ana tentang MO dalam wad ni. Lagipun, hari tu saya tak sempat berkenalan dengan Doktor Afiq." Berusaha Aira menyusun ayatnya. Takkan la aku nak cakap yang Doktor Afiq merangkap kawan baik Doktor Damia ni asyik sangat merenung aku. Karang tak pasal-pasal dia tuduh aku ni minah perasan.

"Baru saya ingat. Afiq pun ada tanya pasal awak juga sebelum ni," ujar Doktor Damia sebaik teringatkan tentang perkara itu.

"Dia tanya apa dekat awak?" Tidak sabar Aira menanti.

"Dia soal siasat saya tentang siapa awak dan apa awak buat dekat wad ni. Sebab dia hairan tengok awak selalu belek folder patient tapi dia tahu awak bukan doktor. Lepas tu saya cakap kalau nak tahu dengan lebih lanjut pergi la tanya empunya badan. Terus dia senyap," beritahu Doktor Damia panjang lebar.

Agak terkejut Aira mendengar cerita doktor muda itu. Boleh pula Doktor Afiq tu tanya macam-macam soalan dekat kawan dia. Kenapa tak direct tanya aku aje?

"Aira, awak tak perlu fikir la pasal Afiq tu. Dia memang suka sangat menyibuk hal orang. Tak perlu nak layan perangai dia tu," nasihat Doktor Damia secara jujur.

Aira cuba mengukir senyuman tipis. Rasanya dia perlu selesaikan permasalahannya dengan Doktor Afiq itu. Mungkin kami patut berkenalan secara baik selepas ini, fikir Aira sejenak. 

PESONAMUWhere stories live. Discover now