Bab 8

996 22 0
                                    

KERETA diparkir masuk dengan begitu baik sekali. Doktor Zaki kelihatan begitu teruja membawa temannya itu menghadiri first symposium of ECP therapy.

"Afiq, kau nampak tak apa yang aku nampak?" ujar Doktor Zaki secara tiba-tiba. Saat itu Doktor Afiq Naufal baru sahaja melangkah keluar dari keretanya.

"Nampak apa, Ki?" soalnya seakan-akan tidak berminat. Namun, sebaik sahaja dia mengangkat wajah, matanya tertancap pada figura yang kerap kali muncul dalam fikirannya sejak akhir-akhir ini. Wanita cantik yang sedang mengatur langkah ke arah pintu utama Hotel Renaissance kelihatan begitu mesra dengan pasangan di sebelahnya itu.

"Aku syak dia orang memang ada skandal la," sampuk Doktor Zaki. Ini sudah masuk kali kedua dia melihat Doktor Khairil dan wanita cantik itu.

Doktor Afiq Naufal hanya terdiam sepi. Tiba-tiba sahaja terasa bahang menyapa wajahnya terutama sekali saat melihat wajah ceria yang dipamerkan Aira ketika itu. Bukan main lebar dia senyum apabila bergandingan dengan doktor pakar itu.

"Jom, Afiq. Aku nak pergi tegur Doktor Khai kejap," kata Doktor Zaki.

"Tak nak la aku. Bukannya aku kenal dia pun. Lagipun, takkan kita nak ganggu dua merpati sejoli tu." Dalam nada sinis Doktor Afiq Naufal berkata.

Meletus ketawa kecil Doktor Zaki mendengar celoteh temannya itu.

"Nampak macam kau cemburu aje, Afiq?" duga Doktor Zaki sambil sebelah keningnya diangkat tinggi.

Cepat-cepat Doktor Afiq Naufal mengawal riak wajahnya.

"Mana ada. Kau ni, kan aku memang tak suka dengan dietitian. Takkan la aku nak ada hati dekat minah tu pula? Aku cuma rasa panas hati sebab sebelum ni dia cakap dia tak suka doktor tapi boleh pula dia keluar dengan Doktor Khairil tu," jawab Doktor Afiq Naufal bersahaja. Getar di dada berjaya dia selindung dengan baiknya.

"Kalau tak suka kau takkan rasa panas hati, Afiq," usik Doktor Zaki lagi dengan tawa kecilnya. Bukannya sehari dua dia berkawan dengan Doktor Afiq Naufal tetapi sejak dari zaman belajar lagi mereka sudah pun berteman. Rezeki pula tu dapat bekerja di hospital yang sama.

Doktor Afiq Naufal terdiam tanpa bicara. Ya tak ya juga, kan? Kenapa yang aku nak panas hati sangat ni? Isy... Masalah hati ini. Usikan Doktor Zaki dibiar sepi tanpa jawapan. Mereka kemudiannya bergerak masuk ke dalam Hotel Renaissance itu.

Seharian berlalu dengan banyak perkara yang dibincangkan oleh para tetamu jemputan yang hebat-hebat belaka. Paling menarik sekali tentulah ilmu yang disampaikan oleh Profesor Madya Doktor Danial Tarmizi yang sebelum ini merupakan seorang pakar bedah jantung yang sangat berpengalaman. Namun, satu peristiwa ngeri yang berlaku kepada dirinya membuatkan dia mengubah laluan kerjayanya.

"I was a cardiologist before but I got a heart attack on 2002 and I had two ninety percent of blockage. Cardiologist pun dapat heart attack? Yes, can you imagine that? I spent more than half of my life working to stop people dying of heart disease but end up I'm the one yang dapat heart disease. I know how to fix their heart but don't even know how to fix my heart," ujar beliau dalam nada gurauan.

"Then, I was admited to ward and my colleague advised me for the bypass. Terkejut tak tau nak cakap. All of you know right, in medicine we always attempt to understand how a patient feels but you can never truly understand that until you have experienced it by yourself. I keep asking myself. Kenapa I dapat heart attack and why me? Exactly sama macam pesakit yang selalu merungut dekat I."

"I was keen to know about how my body works. I felt bad actually. How come I treat so many patients but not even know how my body actually works. Funny right? That was a great lesson for me. Then, I decided not to go for by pass and what I did was, I look at it holistically. Luckily, my daughter introduced me with this integrated medicine and holistic approach. I start changing my food, I took supplements, did exercise, fasting, stress management, get a proper sleep and of course I did ECP as well," sambungnya lagi.

PESONAMUWhere stories live. Discover now