Bab 11

672 18 0
                                    

"TERIMA kasih banyak-banyak, doktor," tutur penjaga itu berkali-kali. Aira hanya mampu mengangguk sambil tersenyum mesra ke arah wanita tua itu.

"Sama-sama, mak cik. Kebetulan saya buatkan kek tu semalam, jadi hari ni teringat nak bawa dekat Adik Balqis. Mak cik ada beritahu sebelum ni yang Balqis suka makan kek karot, kan?" balas Aira diselangi dengan soalan.

Makin mekar senyuman Aira apabila melihat kek lobak merah yang dibawanya itu habis dimakan oleh Balqis. Rezeki anak kecil ini. Sudah tiga hari Balqis dimasukkan ke dalam wad akibat demam panas. Sudah tiga hari juga Balqis kurang selera untuk makan. Baru hari ini aku melihat dia begitu berselera untuk makan. Syukur alhamdulillah.

"Balqis ni selalunya akan makan kek karot yang ayah dia beli aje. Tapi hari ni mak cik tengok berselera dia makan kek karot yang doktor bagi," komen penjaga kanak-kanak yang berusia empat tahun itu.

"Sejak menantu mak cik meninggal, mak cik la yang jaga cucu mak cik ni. Kadang tu mak cik kesian tengok anak lelaki mak cik. Makan, pakai dan hidup dia jadi tak terurus sejak tak ada isteri ni. Risau mak cik," luah wanita itu.

Aira tersenyum tipis. Beginilah tugas seorang pegawai dietetik. Ada kalanya kami perlu menjadi pendengar yang setia buat pesakit-pesakit kami. Mereka sebenarnya memerlukan tempat untuk mengadu. Di sinilah kami belajar erti kematangan hidup dari orang yang lebih berpengalaman, cerita Aira daripada benak hatinya.

"Allah menguji kita adalah untuk melihat sejauh mana kesabaran kita menghadapi ujian-Nya. Mak cik kena banyakkan bersabar dan berdoa untuk anak mak cik. Doa seorang ibu tu kan makbul," nasihat Aira. Walaupun dia bukan orang yang layak untuk memberi nasihat, tetapi niatnya hanyalah untuk menenangkan keresahan hati wanita tua itu.

Terpamer senyuman ceria di wajah tua itu.

"Boleh mak cik tahu, doktor ni dah berkahwin ke?" soal mak cik itu secara tiba-tiba. Aira yang baru selesai mencatat sesuatu ke dalam fail pesakit terus mendongakkan wajahnya ke atas. Pantas kepalanya digeleng menjawab soalan mak cik itu. Memang muka aku ni nampak macam orang yang dah berkahwin ke? getus hati kecil Aira.

"Belum mak cik. Kenapa ya, mak cik tanya?" soal Aira kembali.

"Mak cik berkenan la tengok doktor ni. Sopan, cantik, manis dan rasa macam sesuai aje dengan anak lelaki mak cik tu. Kalau doktor nak tahu, dia kerja engineer dekat KL," cerita wanita itu tanpa dipaksa.

Terbatuk kecil Aira mendengar cadangan wanita itu. Aduh... Masuk kali ni dah berapa orang keluarga pesakit asyik cadang aku benda yang sama. Mungkin aku patut tamatkan zaman bujang aku. Ramai sangat nak 'try' aku ni. Hahaha.

"Errr... Saya muda lagi la, mak cik. Belum fikir nak kahwin. Lagi satu, saya bukan doktor la mak cik, cuma pegawai pemakanan," balas Aira perlahan. Jadi segan pula secara tiba-tiba. Sebolehnya dia nak cepat lesap dari situ.

"Sama ajelah tu, doktor. Bagi mak cik, semua yang kerja dekat hospital ni doktor. Doktor dah ada gewe? Kekasih?" soal mak cik itu lagi.

Aira terdiam seketika. Mungkin aku patut cakap yang aku ni dah ada teman lelaki barulah mak cik ni berhenti menyoal aku, fikirnya sendirian.

"Dia dah ada kekasih, mak cik," sampuk satu suara garau. Pantas Aira menoleh ke arah suara itu. Doktor Afiq Naufal rupa-rupanya sedang berdiri beberapa tapak saja darinya. Sejak bila pula di berada di sini? Dia dengar ke perbualan aku dan mak cik ni?

"Laaa... Ya ke? Baru ingat nak jodohkan dengan anak mak cik. Doktor lelaki ni ke kekasih doktor?" soal wanita itu tanpa segan silu.

"Ya, mak cik. Dia kepunyaan saya." Belum sempat Aira berkata apa, Doktor Afiq Naufal yang terlebih dulu menjawab. Terpempan Aira mendengar kenyataan yang baru terbit dari doktor muda itu. Excuse me! Bila masa pula aku jadi kepunyaan kau? cemuh Aira dalam hati.

"Bertuah sungguh doktor dapat isteri cantik dan sopan macam Doktor Aira ni." Berbunga-bunga senyuman di bibir wanita tua itu saat melihat pasangan muda yang bagai pinang dibelah dua itu. Terbatal terus niatnya untuk menjodohkan Aira dengan anak lelakinya.

Wajah Aira pula sudah bertukar warna. Perasaan malu mula menerpa diri. Sejak akhir-akhir ni, perangai Doktor Afiq Naufal makin menjadi-jadi. Gatalnya melebihi gatal ulat bulu. Naik rimas Aira.

"Insya-Allah. Mak cik doakan supaya jodoh kami kuat," balas Doktor Afiq Naufal bersahaja.

"Mak cik, saya minta diri dulu la. Esok saya datang tengok Balqis lagi. Assalamualaikum," kata Aira akhirnya. Balqis dilihatnya sudah terkulai lena di atas katil wad Enam Selatan itu. Selepas berbalas senyuman, segera dia mengatur langkah menjauh dari situ.

"Aira..." panggil Doktor Afiq Naufal dari belakang.

"Afiq, saya tak suka dengar apa yang awak cakap tadi tu. Awak berbohong," kata Aira dengan nada tidak puas hati sebaik Doktor Afiq Naufal berjalan di sebelahnya.

"Aira, saya cuma nak selamatkan awak. Ke awak memang nak berkenalan dengan anak mak cik tu?" duga Doktor Afiq Naufal.

"No. I can handle it by myself. Awak tak perlu nak masuk campur." Dalam tegas Aira berkata.

"Saya rasa tak salah pun apa yang saya cakap. I want you to be mine. That's it." Selamba Doktor Afiq Naufal berkata.

"Stop joking around and get serious, Afiq." Keras nada suara Aira. Makin menjadi-jadi perangai doktor muda ini sejak mereka berdua mengisytiharkan perang damai beberapa minggu yang lepas.

"Aira, I'm serious right now. Awak ada nampak saya tengah bergurau ke?" Wajahnya kelihatan begitu serius ketika itu.

Aira menelan liurnya. Takut merenung wajah serius di hadapannya itu. Suka benar lelaki ini bermain kata dengannya. Lagaknya seperti menaruh perasaan terhadap aku. Tapi takkanlah? Tak mungkinlah. Cepat Aira menepis rasa hatinya itu.

"Afiq, saya dah habis cek patient saya. Jadi, saya minta diri dulu," ujar Aira akhirnya. Bahang di wajah sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Jadi, lebih baik dia mengundur diri.

"Aira, saya serius tau dengan apa yang saya cakap tadi tu. Awak kepunyaan saya!" jerit Doktor Afiq Naufal kepada bayang Aira yang semakin jauh dari pandangan. Sikit pun dia tidak berasa malu dengan beberapa mata yang sedang merenung ke arahnya. Satu wad tu dah heboh dengan berita yang dia nak tawan hati Aira. Jadi, tak ada sebab untuk dia berasa malu. Hahaha.

Aira melangkah laju meninggalkan wad itu. Kata-kata yang singgah ke telinganya itu dibiarkan sepi begitu sahaja. Rasa macam makin bahaya apabila dekat dengan doktor ulat bulu ni. Silap aku juga maafkan dia awal-awal. Sekarang dia dah tunjuk belang dia. Aira, jangan cepat tergoda. Kau kan ada prinsip. Kau takkan terpikat dengan lelaki bergelar doktor. Ingat tu. Seolah-olah ada satu suara sedang membisikkan perkara itu kepada Aira. Segera dia sedar ke alam realiti. Aku tak boleh ada perasaan dekat Doktor Afiq. Muktamad! 

PESONAMUWhere stories live. Discover now