ESOKNYA, masa Aira dan Emma banyak dihabiskan dengan menjelajah di sekitar pulau yang mempunyai pemandangan indah itu. Aktiviti yang setiap orang wajib lakukan apabila berada di pulau tentu sekali snorkeling di dalam lautan biru. Jika di Pulau Perhentian Kecil, kebiasaannya terdapat lima check point untuk aktiviti snorkeling ini iaitu di Turtle Beach, Turtle Point, Shark Point, Lighthouse dan Romantic Beach. Perasaan gembira sudah tidak dapat diselindung lagi apabila melihat pelbagai jenis ikan dan pemandangan indah di dalam dasar laut. Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah. Habis segala masalah dan stres yang melanda di dalam kepala otak terbang melayang.
"Tak menyesal aku datang sini, Aira. Serius best giler," ujar Emma dengan penuh senyuman di bibir.
"Tu la. Tak sangka dapat tengok baby shark and turtles. Eee... Geramnya aku. Comei sangat depa ni," jawab Aira. Beberapa foto yang diambil ketika aktiviti snorkeling sebentar tadi dibelek oleh keduanya berkali-kali.
"Kan... Aku pun rasa macam nak tangkap seekor dan bawa balik KL. Hahaha," katanya bersungguh-sungguh. Pecah tawa Aira mendengar hasrat temannya itu. Kalau la boleh, aku pun nak buat sama, Emma.
"Esok before balik kita dive nak? Kawan aku cakap instructor sini best. Mostly foreigner yang akan ajar tapi dia cakap ada sorang Malay instructor ni handsome. Jom try usyar, Aira," cadang Emma dengan ketawa kecilnya.
"Aku on aje, Emma. Tapi, sempat lagi kau nak menggatal, kan? Encik abang awak nak letak kat mana nanti? Aku ni yang single jadi kau kena bagi peluang dekat aku," usik Aira.
Bukan main suka Emma ketawa mendengar usikan teman baiknya itu. Lupa pula akan kekasih hatinya.
"Kau tu kan dah ada admire sekarang ni. Jangan-jangan kau dulu daripada aku, Aira."
"Doakan yang baik-baik ajelah."
"Amin. Okey, sekarang ni aku dah rasa letih seharian dekat laut. Look at my face. Dah gelap, kan? Pakai sunblock pun tetap burn juga," komen Emma dengan nada tidak puas hati.
"Muka aku pun sama aje, Emma. Dah merah macam udang terbakar pun. Ah... Ni la padahnya seronok tak ingat dunia. Haha," balas Aira. Wajahnya ditatap melalui kamera depan iPhone kesayangan.
Emma turut mengilai ketawa. Sungguh, kepenatan mula menerjah diri ketika itu. Dari pagi sehingga ke petang mereka bermain laut. Entah berapa gram garam yang terlajak masuk ke dalam badan? Haha.
"Aira, aku nak balik chalet la. Letih satu badan ni. Nak rehat kejap. Kau nak stay sini lagi ke?" ujar Emma akhirnya.
"Hah. Aku nak duduk sini kejap. Kau balik la dulu. Nanti aku menyusul," jawab Aira bersahaja. Dia masih belum rasa untuk berehat. Aku ingin sepuasnya melihat keindahan ciptaan Allah ini.
"Okey. Aku pergi dulu tau. Kau jangan lama-lama dekat sini. Dah nak dekat senja tau. Take care, sweetheart," pesan Emma bersungguh-sungguh.
"Ala kau ni. Aku nak mandi-mandi dan berenang dekat sini aje. Kejap lagi aku balik. Don't worry okay?"
"Alright. Aku bagi masa setengah jam aje lagi. Kalau kau tak balik bilik, aku akan datang tarik telinga dan heret kau. Faham?" ujar Emma berbaur amaran keras. Terkekeh Aira ketawa mendengar arahan tegas temannya itu.
"Baik, bos!" Patuh Aira pada arahan yang baru diterimanya itu. Lambaian tangan sempat dihantar kepada Emma yang semakin hilang dari pandangan. Aira menghela nafas kuat. Rasa bimbang dalam hati kembali timbul. Macam mana aku nak menghadap doktor muda tu nanti? Apa jawapan yang aku patut bagi? Perlu ke aku buat istikharah? Hmmm... Perlahan-lahan langkah kakinya diatur ke persisiran pantai.
Bibirnya tersenyum lebar melihat lautan luas di hadapan mata. Bunyi deruan ombak dan angin yang bertiup kencang ketika itu terasa tenang menyapa telinga dan tubuhnya. Nafasnya ditarik panjang sambil kedua-dua belah tangannya sengaja didepakan luas. Air laut yang menyentuh kura kaki terasa dingin sekali. Serta-merta raut wajah penuh kebimbangan bertukar penuh senyuman. Subhanallah. Indahnya perasaan ini. Melihat ciptaan Allah ini membuatkan dia lupa seketika masalah yang melanda fikiran ketika itu.
Tanpa sedar langkah kakinya semakin jauh dari puluhan orang yang berada di sekitar pantai itu. Sengaja Aira menghampiri kawasan pantai yang kurang perhatian orang. Dia ingin bersendirian kala itu. Melihat ombak laut yang seakan sedang melambai-lambai memanggilnya membuatkan dia sudah tidak sabar untuk menyelam ke sana. Aku nak turun berenang balik la. Katanya tidak sabar walaupun cuaca ketika itu tampak mendung.
"I'm coming, baby," jeritnya riang. Goggle yang berada di tangan mula diletakkan kembali ke bahagian mata dan hidungnya. Tanpa menunggu lama, terus lautan besar itu menjadi sasarannya. Hasya Humaira hanyut dalam dunia kegemarannya tersendiri. Ikan-ikan kecil yang berwarna-warni turut mengiringinya di dalam air.
Aira semakin ralit bermain di dalam air. Rupa-rupanya sudah jauh dirinya berenang. Goggle mula dicabutnya. Dah hampir setengah jam aku main dalam ni. Sebelum minah tu datang tarik telinga aku, lebih baik aku berhenti main dekat sini. Esok kan masih ada, pujuk Aira sendirian. Sebolehnya aku nak tidur aje atas air ni. Hahaha, omel Aira sambil mula berenang kembali ke persisiran pantai.
"Auchhh!" jeritnya tiba-tiba. Jari-jemari kakinya terasa sakit sekali seakan digigit sesuatu. Aduh... Sakitnya. Ni mesti kerja obor-obor. Kalau ya pun kau tak bagi aku keluar dari laut ni, tak perlu la nak main gigit-gigit aku. Sakit tau, bebel Aira. Tergesa-gesa dia menggerakkan kaki dan berenang kembali ke persisiran. Namun lain pula jadinya apabila sebelah kakinya tiba-tiba menjadi kejang.
"Arghhh!" jeritnya seorang diri. Kenapa pula ni? Kaki yang digerakkan sebentar tadi terasa sangat lemah ketika itu. Bukan sahaja kaki tetapi keseluruhan tubuhnya menjadi begitu lemah secara tiba-tiba. Mungkin kerana sudah seharian dia menggunakan tenaga bermain di laut. Aira masih berusaha menahan nafas dan bergelut di dalam air.
"To... Tolong! Tolong!" jerit Aira kuat. Hanya pilihan itu yang dia ada. Namun, mana mungkin ada orang di kawasan itu kerana dia sendiri yang memilih kawasan pantai yang jauh dari orang ramai berkumpul. Ya Allah, Engkau selamatkanlah aku, rintihnya dalam hati. Berusaha dia menggerakkan kakinya namun ia bagaikan sia-sia. Aira menjadi semakin panik. Tangannya sudah terkapai-kapai meminta pertolongan. Aku takut, Ya Allah. Mungkinkah ajalku sudah tiba hari ini? Ibu... Ayah... Aira takut. Raut wajah ibu dan ayahnya bagaikan tergambar di hadapan mata.
Pada sama yang sama guruh mula berdentum kuat di langit. Rintik-rintik hujan juga sudah mula jatuh membasahi bumi dan laut itu. Keadaan bertambah genting dan kelam-kabut terutama sekali apabila Aira melihat ombak besar sedang menghampirinya dari jauh. Dekat, terus dekat dan akhirnya ombak besar itu berjaya menghempap tubuh kecilnya itu. Allahuakbar! jeritnya dalam hati ketika merasakan keseluruhan tubuhnya seakan-akan menjadi longlai dan tenggelam ke bawah.
Aira sudah tidak terdaya. Dia sudah tidak mampu berlawan dengan laut yang bergelora waktu itu. Aku reda jika ini takdirku. Namun, kuasa Allah siapa yang boleh menidakkan. Tanpa Aira sedar, Allah telah hadirkan seseorang untuk menyelamatkan dirinya. Saat tubuh Aira seakan sudah berputus asa untuk hidup, datang satu tangan yang menarik tubuhnya naik semula ke atas. Allah masih bagi peluang untuk kau hidup, Aira.
YOU ARE READING
PESONAMU
Ficción GeneralTajuk: Pesonamu Penulis: Una Unee Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-57-1 Muka Surat : 512 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Ogos 2018