Bab 7

1K 26 0
                                    

"AKU tengok kau ni macam tak senang duduk aje. Apa yang kau asyik pandang sangat dekat sana tu?!" sergah Doktor Zaki apabila melihat Doktor Afiq Naufal seakan-akan tidak senang duduk dari tadi lagi. Sekejap dia panjangkan lehernya, makanan di hadapan tidak dijamah mana pun. Dah kenapa dengan mamat ni? Kena sindrom apa dah ni? bebel Doktor Zaki dalam hati.

"Errr... Tak ada apalah," jawab Doktor Afiq Naufal sambil matanya khusyuk melihat sesuatu di hadapan.

Zaki cuba mengalih pandangan kepada arah mata Doktor Afiq Naufal. Namun, dia sendiri kurang mengerti apa yang Doktor Afiq Naufal sedang tenung. Sudahlah kafeteria itu sesak dengan orang. Memang tak ada masalah nak pandang-pandang orang.

"Kau ni nak tak aku cucuk biji mata kau dengan garpu ni? Asyik sangat pandang ke sana. Kau tengok apa sebenarnya?" soal Doktor Zaki lagi dengan seribu kerutan di dahi.

"Kau nampak tak pasangan dekat hujung sana tu?" ujar Doktor Afiq Naufal akhirnya. Cepat sahaja Doktor Zaki mengalih pandangan ke arah yang dimaksudkan.

"Pasangan yang mana satu pula ni?" jawab Doktor Zaki endah tak endah. Orang datang kafe untuk makan dia boleh pula sibuk usyar orang. Sejak bila kawan aku ni jadi macam ni, hah?

"Ala... Tu yang perempuan pakai baju kurung warna gold tu. Lelaki kemeja blue black," beritahu Doktor Afiq Naufal.

Zaki kalut memanjangkan lehernya ke arah yang dimaksudkan temannya itu.

"Ohhh... Tu Doktor Khairil. Yang pasangan dia aku tak kenal siapa. Macam tak pernah nampak pun sebelum ni," ujar Doktor Zaki.

"Kau kenal lelaki tu?" Afiq Naufal kelihatan teruja mendengar kata-kata Doktor Zaki itu.

"Hah... Dia doktor pakar nephro. Pernah satu wad dengan dia sebelum ni. Tapi memang hebat Doktor Khairil ni dan cara dia rawat pesakit buah pinggang pun lain macam juga. Dia selalu stres on nutrition kut. Aku boleh nampak yang dia memang tahu banyak tentang nutrition. Kau tahu la kan, kita waktu belajar dulu mana sentuh sangat bab-bab nutrition semua ni," cerita Doktor Zaki.

Afiq Naufal hanya mengangguk mendengar cerita temannya itu. Doktor pakar rupa-rupanya. Kata benci doktor, tapi boleh pula dia keluar makan dengan doktor, cemuh Doktor Afiq Naufal dalam hati. Mindanya tiba-tiba kembali teringatkan perdebatan mereka beberapa hari lepas.

"Kenapa dengan pasangan tu? Kau kenal juga ke doktor tu?"

Cepat Doktor Afiq Naufal menggelengkan kepalanya.

"Yang perempuan tu aku kenal. Dietitian wad aku sekarang ni," luah Doktor Afiq Naufal.

"Laaa... Ya ke? Dietitian baru la tu?"

"What is your opinion on dietitian?"

"Dietitian? Hurm... Actually aku suka tengok dia orang. Expert bahagian pemakanan."

"But kau tak rasa ke yang sesiapa pun boleh bercakap tentang pemakanan. Nutrition ni kan general? Anyone can talk about that including us."

"Of course semua orang boleh bercakap tentang nutrition tetapi kita bukan yang pakar dalam bidang tu. Dia orang ada evidence based, but us? Main cakap macam tu aje. Lagipun waktu study kita tak belajar banyak pasal nutrition."

"Entah la. Aku rasa dia orang macam mengganggu kerja kita," luah Doktor Afiq Naufal lagi dengan nada tidak puas hatinya.

"Kenapa? Dietitian baru tu cari pasal dengan kau ke?" soal Doktor Zaki sekadar ingin tahu. Dia yakin Doktor Afiq Naufal tidak akan bercakap sesuka hati sahaja. Ni mesti ada sesuatu yang dah berlaku.

"Tak la. Aku yang cari pasal dengan dia," balas Doktor Afiq Naufal bersahaja.

"Laaa... Kau buat apa dengan dia? Tapi kau perasan tak dietitian ni semua cantik-cantik. Dia orang pandai diet. Susah-susah sangat aku nak cari isteri dietitian ajelah. Senang sikit nak manage makan minum aku."

PESONAMUWhere stories live. Discover now