Bab 25

114 21 0
                                    

Di pulau Jeju....

Yoongi:Akhirnya....kita sampai jugak dekat sini .

Jihyo:Yoongi , semuanya awak dah settlekan ke?

Yoongi:Dah , awak jangan risau .

---

Jihyo:Yoongi , awak nak keluar tak?

Yoongi:Tak nak lah , saya ngantuk nak tidur .

Jihyo:Betul ni?

Yoongi:Ye , betul .

Jihyo:Saya nak keluar ambil angin lah awak . Boleh kan?

Yoongi:Tak payah lah awak . Bahaya awak tahu tak?

Jihyo:Bukannya waktu malam,sekarang ni kan masih siang . Boleh lah awak? Please.....

Yoongi:Ye lah , tapi hati-hati tau . Apa-apa call je saya .

Jihyo:Terima kasih awak .

Jihyo mencium tangan Yoongi sebelum keluar dari bilik mereka . Jihyo juga membawa camera nikon miliknya.

Di persisiran pantai......

Jihyo duduk diam memerhatikan layang-layang yang bagaikan sedang menari di langit nan biru . Deruan angin sepoi-sepoi bahasa di pantai itu menambahkan lagi lenggokan lemah gemalai si layang-layang . Lepas bebas di angkasa .

Pandangan Jihyo mula dibawa ke arah pantai tersebut . Riuh kedengaran suara anak-anak yang sedang mengemudi layang-layang . Ibu dan Ayah mereka pula duduk menemani mereka di tepi persisiran pantai . Jihyo menangkap gambar keluarga yang tersebut .

Klik~

Jihyo:Bahagianya diorang . Ada omma , appa dan jugak anak . Keluarga diorang memang lengkap .

Tiba-tiba Jihyo terasa seperti ada tangan yang melingkari pinggangnya . Jihyo memusingkan badannya , ternyata itu suaminya .

Jihyo:Bukan awak tidur dekat atas ke?

Yoongi:Memang pun tapi saya rasa tak sedap hati sebab tu lah saya datang cari awak .

Jihyo:Awak tengok keluarga tu . Diorang bahagia kan?

Yoongi:Kita pun akan bahagia macam tu jugak suatu hari nanti cuma kita tak de rezeki je lagi .

Jihyo:Awak , saya rasa tak sedap hati lah . Saya rasa macam ada orang nak rosakkan rumah tangga kita .

Jihyo memeluk suaminya . Dan pelukkannya di balas .

Yoongi:Awak , jangan risaulah . Saya yakin yang tak de orang yang nak runtuhkan rumah tangga kita .

Jihyo hanya tersenyum nipis . Walaupun suaminya yakin yang tiada orang yang mahu merosakkan rumah tangga diorang . Tapi Jihyo tahu akan ada juga yang tidak puas hati pada mereka . PASTI ADA .

---

Chanyeol:Aku nak kau tolong cari kan perempuan ni sampai jumpa . Kalau korang bagi maklumat yang salah , habislah korang .

Wonwoo:Kita orang akan pastikan yang kau akan dapat maklumat yang betul .

Jackson:Betul! Kau serah kan je dekat kami .

Chanyeol:Aku pegang janji korang .

---

Eunji:Aku dah tak peduli Yon,Aku nak bunuh dia Yon . Sebab dia keluarga aku hancur .

Yoona:Aku boleh tolong kau tapi biar aku kerjasama dengan oppa kau tu .

Eunji:Tapi dia dah tak contact aku lepas je kejadian tu .

Eunji menundukkan kepalanya . Tak sangka orang yang tak dikenali tu ialah Eunji dan Yoona . Cuma seorang lagi yang identitinya masih belum didedahkan .

Yoona:Kau masih ada nombor dia?

Eunji hanya mengangguk .

Yoona:Bagus , kau bagi nombor dia dekat aku dan aku akan settlekan yang lain .

Eunji:Tapi aku nak bunuh dia dengan tangan aku sendiri .

Yoona:Kau tak perlu nak risau sangat . Biar aku yang tolong bunuhkan dia untuk kau .

---

Jihyo:Awak , cantiknya bintang-bintang kat langit ni .

Yoongi:Cantik kan , bersinar-sinar je . Macam tu jugak lah cinta saya pada awak .

Mereka sekarang berada di atas pasir di persisiran pantai tersebut . Jihyo duduk bersila manakala Yoongi pula berbaring dan meletakkan kepalanya di atas paha Jihyo .

Jihyo:Awak tahu tak , saya nak sangat jadi macam bintang tu .

Yoongi:Tapi kenapa awak nak jadi bintang?

Jihyo:Awak tahu tak bintang ni walaupun dia kecil tapi dia tetap bersinar tanpa ada sebarang penghalang . Awak tengok bintang tu , dia bersinar dengan terang sekali.Jadi saya nak jadi macam bintang tu supaya saya rasa tenang je tanpa ada sebarang masalah .

Yoongi:Kalau awak nak jadi bintang saya akan jadi bulan .

Jihyo:Kenapa bulan?

Yoongi:Sebabnya , bulan tu sentiasa menemani bintang yang sering bercahaya . Kalau bintang tu bercahaya , bulan pun tumpang bercahaya . Kalau bintang tu tiada,hidup bulan tu tak bermakna . Bulan sangat sayangkan bintang sama lah macam saya , kalau awak tiada hidup saya juga tak bermakna . Awak janji yang awak pun takkan tinggalkan saya Jihyo .

Yoongi menutupkan matanya . Angin yang bertiup sepoi-sepoi membuatkan rambut Yoongi menutupi separuh dari wajahnya . Mata Jihyo berkaca . Dia ingin menangi s tapi ditahannya air mata itu dari mengalir keluar . Dia juga tidak mahu tinggalkan suaminya tapi dia tahu yang suatu hari nanti keadaan pasti memaksanya . Air mata Jihyo mulai mengalir keluar . Dia mula menangis . Tanpa Jihyo sedar Yoongi juga menangis .

Yoongi:Jihyo,menangis lah puas-puas . Saya tahu awak tak boleh bertahan kan? Tapi kalau jadi apa-apa dekat saya,awak ingatlah....Lari sejauh yang mungkin dan jangan pernah patah balik walaupun berat bagi awak .

Yoongi masih lagi menutup matanya . Tidur? Tak , dia tidak tidur tapi menangis . Menangis dalam diam . Jihyo menangis teresak-esak menahan sebak di dada . Yoongi bangun dari pembaringan dan memeluk erat . Erat daripada sebelum ini . Pelukan ini dirasakan macam pelukan terakhir bagi Jihyo . Yoongi mencium dahi Jihyo lama . Adakah ini pelukan terakhir? Tak mungkin .

Bersambung...

Terima kasih kerana membaca . Sokonglah author ye dan jangan lupa follow kawan author dan juga orang yang special .

n_syqna
SnowYat
sitizuleikha02
yatong_
kokoyat_

My Husband Mr.Popia [COMPLETE]Where stories live. Discover now