"Jangan!!" Berpeluh peluh aku menjerit. Hari ini dah masuk hari ke lima aku bermimpi seperti ini. Jam di handphone menunjukkan sudah pukul 3 pagi. Setiap kali mimpi itu datang mesti pada waktu yang sama. Aku terus bangun menuju ke dapur untuk membancuh air kopi dan terus duduk di dapur memikirkan kisah mimpiku yang sering mengangguku.
Habis secawan air kopi aku terus mengambil air sembahyang dan solat tahjud selepas solat tahjud aku membaca al quran pula. Itulah rutinku semenjak mimpi ini berlaku. Serabut kerana mimpi ini seperti mimpi dialamiku semasa zaman kanak kanak tapi masih keliru yelah masa kanak kanak pun mimpi benda yang sama. Dilihatnya jam sudah masuk waktu subuh aku terus mengerjakan solat subuh selesai solat terus bersiap pergi kerja.
•••••
"Qai..." panggil Munirah. Aku berhenti menulis lalu pandang Munirah. "Iya kenapa Muni?" Soalnya dengan sopan. Munirah nak bertanya tapi takut. Akhirnya dia memberanikan diri untuk bertanya.
"Selama kau kerja sebagai PA boss ni kau tak try cari abang kau ke?" Tanya Muni selepas ambil keberanian untuk bertanya. "Kalau kau an kau nak tak?" Soalku semula.
"Haa baguslah soalan dibalas soalan pastu siapa nak jawab?"
"Kau tanya soalan lagi buat apa?" Sengaja aku mengelak dari soalan Munirah. Kerana sifat egoku jadi macam ni. Satu satunya abang kesayangan aku tinggalkan hanya kerana 'ego'.
"Ishh kau ni se..."
"Miqaila masuk bilik saya."
Belum habis bercakap dengan Miqaila boss dah potong dari dalam biliknya. Boss ni pun satu kacau betul. Dalam hatiku dah gembira selamat dari soalan cepumas kawanku sorang ni.
"Byee buah hati aku udah panggil muah!" Perli Miqaila.
"Jadi betul betul padan muka kau!" Sinis Munirah.
"Baguslah boleh aku hidup senang lenang... hehe..." Munirah menjeling aku.
Yeah nama aku Miqaila Aulia bekerja sebagai pekerja bawahan sahaja iaitu sebagai personal assistant CEO Berjaya Holding. Umur aku baru 24 tahun. Kenapa Munirah ada mention pasal abang aku? Hilang ke dia? jawapannya ada di next chapter hihi. Teruskan membaca.
•••••Aku mengetuk pintu kayu itu sebanyak tiga kali.
"Masuk"
Saat aku membuka pintu terkejut bila masa ada tetamu ni. Wahh mati aku mesti boss cop aku sebagai pekerja yang pemalas.
"Tolong buatkan air untuk saya dan tetamu." Arah Tengku Zul Anas selaku ceo di Berjaya Holding Bhd. Aku menganggukkan kepalaku selepas itu bergagas ke panteri membancuh air kopi. Kenapa tak suruh tea lady buat? Sebab boss lagi suka aku bancuh dari tea lady.
'Alhamdulillah dah siap pun. Hm siapa eh tetamu tadi?' Fikiranku sibuk pasal tetamu tadi. Dalam jadual Tengku free hari ni lepas tu macam mana tetamu tadi aku boleh tak perasan dia masuk.
"Bahh!"
"Astagfirullahalazim." Ucap Miqaila sambil mengurut dadanya. Pusing belakang "ishh kau ni kalau tak terjah aku tak sah kan!" Marah Miqaila pada Faqrul.
"Termenung apa tu? Orang disana atau orang disini?" Gurau Faqrul. Aku hanya mencebik dilihatnya jam di tangan.
"Allahuakbar weh aku dah lambat nak hantar air kat Tengku! Byeee!" Aku terus berlalu meninggalkan Faqrul seorang diri di panteri. Aku berjalan laju ke arah bilik bossku sambil membawa dulang yang berisi cawan.
Seperti biasa ketuk pintu sebanyak tiga kali kemudian masuk. Aku letak dulang di atas meja boss.
"Tengku ada apa apa yang boleh saya bantu lagi?" Tanya Miqaila dengan sopan. Ingin saja melihat muka tetamu boss tapi takut kena marah pula.
"Memperkenalkan ini kawan saya masa dekat U dulu Mika." Tengku Anas macam tau tau aje aku nak tahu siapa tetamu dia. Aku senyum lalu menunduk hormat aku tak akan sentuh lelaki bukan marham so mimpilah nak salam dengan aku.
"Hai saya Mika." Kaku aku selepas mendengar suara dia. 'Suara tu kenapa macam aku selalu dengar.' Aku tatap muka Mika terus aku meminta izin untuk keluar. Tengku Anas hanya membenarkan sempat lagi dia berpesan lunch dengannya nanti. Aku hanya akur yelah mesti ada projek yang nak dibincangkan.
Di meja Miqaila hanya memikirkan wajah abangnya dengan wajah Mika seakan sama saja. Lepas SPM terus tidak berjumpa dengan abangnya. Tahun ni dah masuk tahun ke 7 dia tinggalkan Miqaila tapi alhamdulillah Miqaila mampu hidup tanpa dia.
Klikk
Miqaila lihat pintu bilik boss terbuka masa tu Mika kenyit mata pada dia. 'Uihhh meremang aku tengok jantan ni.' Miqaila mencebik dalam hati. Tapi mata dia hm kenapa satu per satu masalah datang. Mood kerja aku hilang sikit. Mood tak mood aku kena buat kerja ni mati woi kalau tak siap.
"Miqaila? Awak okay?" Soal perihatin Tengku Anas.
"Huhh, oh ya saya okay kenapa Tengku ada apa apa yang boleh saya bantu?" Tengku Anas mengeleng kepala.
"Awak ni berangan apa ya ingat saya ke? Heh dah jom lunch tak perasan ke dah lunch time? Tulah berangan saja kerja awak."
"Hehe baiklah Tengku. Maaflah saya tak perasan tekun sangat buat kerja sampai Tengku berdiri kat depan meja saya pun saya tak perasan." Balas Miqaila bengang.
"Eleh tekun ke termenung?" Perli Tengku Anas dalam mood berkawannya.
Mereka berdua jalan seiring pekerja lain sibuk menghendap mereka berdua. Awalnya aku segan tapi dia dah biasa Tengku pun selalu lunch dengan aku sebab Tengku tak habis habis nak cakap pasal ekonomi negara sekarang aku pun layan jelah.
Miqaila naik kereta Tengku untuk sampai ke destinasi. Terpaksalah tebalkan muka. Dari dulu aku nak naik kereta sendiri nanti follow Tengku dari belakang tapi Tengku berkeras suruh naik kereta dia. Katanya harga minyak sekarang mahal better nak sama sama je. Terpaksalah merelakan jiwa raga yang tidak seberapa ni.
Pelik ya memang pelik. Aku pandang Tengku tapi hambar dia buat bodoh. Jalan ni ke arah lain. Bukan ke restaurant yang kami selalu makan. Aku tarik nafas dalam dalam mengumpul kekuatan nak cakap. Eleh mengada.
"Hm Tengku? Tengku nak bawa saya ke mana? Tengku dah terlajak ni." Soalku selepas memberanikan diri. Tengku pandang aku dan menghadiahkan satu senyuman sinis. 'Allahu sombong betul bagi senyuman sinis aje kenapa tak balas? Boss siapalah ni.' Bengangku.
"Ikut jelah kadang kadang nak juga tukar selera. Asyik makan benda sama je naik bosan saya." Balas Tengku dengan lembut. Tumpuannya kembali ke arah jalan.
Tengku Zul Anas Bin Tengku Zul Ansar. Handsome orangnya dah lah tinggi kaya uiss full package lah. Dingin ya mesti susah tau nak tengok dia punya senyuman tu. Bila dapat senyuman dia conform tidur lena. Playboy? Main kayu tiga? Dah berbini? Eh tu bukan Tengku malahan Tengku susah nak lekat dengan perempuan. Tapi tulah pelik aku ni dah macam bini dia asyik ikut kesana kesini. Mati lamunku bila enjin kereta di matikan. Aku tengok bangunan
"Hotel?" Soalku kalut.
Tengku keluar kereta lalu aku pun keluar dari kereta. Saja tak nak lebih lebih. Nampak muka Tengku sedikit kecewa. Aku hanya membiarkan. Tengku berjalan dahulu dan diikuti aku di belakang.
"Hm Tengku kenapa kita kesini?" Soalku lagi.
"Miqaila saya nak buat suprise jadi saya mohon supaya awak ikut je saya." Yeah aku akur.
Di lihatnya jam ditangan. 30 minit rupanya nak kesini. Ha!
30 minit? Lamanyaa. Apa mamat ni nak buat kat sini?Tingg!
Lif dibuka kami hanya diam. Pelik selalunya Tengku peramah nak berbual tapi hari ni diam aje. Dia tekan butang tak perasan pula Tengku tekan nombor berapa sebab aku terus main phone lepas dapat message dari kawanya.
Tingg!
Kami keluar sama sama. Aku tengok Tengku seperti mencari seseorang. Tiba tiba ada budak kecik peluk kaki dia. "Papa!!! Rindunya dekat papa!" Jerit budak kecil ni. 'What!! Papa!' Jeritku dalam hati. Miqaila pandang Tengku dan Tengku pandnag Miqaila . Kami berpandangan wahhhh muka aku membahang terus alihkan ke arah lain. Bengap.
Haaa sudah anak siapa pulak Tengku Zul Anas jaga?!
Thanks sudi baca! next chapter kita cuba buat cepat cepat! sorry hambar😅
YOU ARE READING
Suami kepada jutawan?
RomanceMiqaila Aulia seorang wanita yang hidup hanya ditemani oleh Mak Mah dan Pak Mat sepasang suami isteri yang bekerja dibawahnya sebagai maid dan driver. Bonda dan ayahnya pergi menghadap ilahi sejak dia berumur 17 tahun dan abangnya pula lari meningga...