Bab 8

288 8 0
                                    

Hari ni aku mahu keluar untuk melihat dunia luar. Sementara cuti masih berbakikan 2 hari. Aku merancang untuk menjenguk syarikat aku. Selepas itu pergi cuci mata di Pavilion.

Ya, aku buat dua kerja dalam satu masa. Bukan tamak. Tapi terpaksa. Lagipun ini sahaja cara untuk menunjukan hidup aku bersederhana. Ramai juga tidak tahu yang aku seorang jutawan. Hanya kerana duit ayah, bonda dan kerja yang aku buat menjadikan jutawan pada usia muda. Aku juga tidak lokek untuk memberi sumbangan. Malahan aku juga ada yayasan untuk anak yatim dan fakir miskin. Gaji yang aku dapat bila bekerja dengan Tengku Anas akan terus masuk dalam akaun yayasan aku untuk kegunaan menderma.

Pandaikan aku menyembunyikan identiti aku. Pergi kerja naik myvi pakai pakaian yang nampak bersederhana tetapi klasik. Cuma bila aku nak pergi syarikat aku, aku akan bawa kereta yang berjenama. Tapi yang paling aku sayang tetap myvi. Haha macam bodohkan? Ketera berderet tetapi myvi juga yang dipilih. Tapi sayangnya myvi dah rosak habis.

Akhirnya sampai juga aku dengan selamat di hadapan pintu masuk bangunan gah 'MAA Holding Bhd'. Kereta BMW aku dipakir di tempat khas aku. Cermin mata hitam dipakai. Rambut dibetulkan.

Di pintu masuk aku disapa oleh pekerja ku. Alhamdulillah semua peramah. Ini yang membuatkan aku lebih bersemangat nak masuk office.

.....

Boleh nak dikatakan hampir semua terkejut dengan kehadiran ku. Yelah 4 bulan menghilang tanpa kabar berita tuk tuk dah masuk office. PA aku terus meiringi aku ke bilik aku.

"Cik Ila sihat? Lama tak nampak." Tegurnya.

"Alhamdulillah saya sihat. Awak?"

"Saya pun sihat. Alhamdulillah." Balasnya.

"Saya nak tahu perkembangan syarikat saya." Jujurku. Memang kerja aku PA aku yang take over sebab aku yang suruh. Dia pun ada PA juga. So tak adalah serabut sangat.

"Setakat ni alhamdulillah banyak job yang masuk. Kami dapat menguruskannya. Tapi dalam file yang ni job yang baru lagi. Saya nak minta persetujuan Cik Ila dulu. Nilai projek ini berjuta jadi saya harap Cik Ila dapat turun padang." Terangnya. Lalu menyerahkan file yang diperkatakan tadi.

"Hm.. boleh saya tahu ini syarikat apa?"

"Berjaya Holding Cik Ila. Projek ini dia nak bina hotel di London." Jawabnya,

Terkejut aku. Bagaikan direnjat elektrik. Berjaya Holding? Matila aku dah la kena turun padang. Hm macam mana ni.

"Hm.. tak apalah terima kasih Rafina. Apa apa nanti saya panggil awak."

Serabut aku memikirkan tentang projek ini. Kalau aku tak ambil rugi. Tapi tak apa aku tahu apa aku nak buat.

Selesai kerja ku di pejabat aku terus menuju ke Pavilion. Sempat lagi aku berpesan pada Rafina yang esok aku akan bekerja seperti biasa. Rindunya nak shopping disini. Banyak juga barang yang aku beli disini. Tiba tiba perutku berbunyi memanggil makanan.

"Ala masa macam nilah kau nak bunyi." Cafe favorite aku dituju. Aku duduk di sudut kedai yang berjauhan dengan orang sekeliling.

Makanan yang aku oder tetap sama tak berubah. Cake red velvet dan vanilla latte wah memang sedaplah. Selepas berberapa minit. Pesanan yang aku order dah sampai.

'Finally dapat makan cake juga. Dari haritu nak makan cake tak kesampaian nasib hari ni dapat.' Kataku dalam hari.

Sambil menguyah mata ku melilau ke sekeliling cafe. Ada dua kelibat yang macam aku kenal. Hm. Malas mahu berfikir aku meneruskan suapan ku yang seterusnya.

Suami kepada jutawan?Where stories live. Discover now