Aku dan Tengku Zul Anas keluar rumah serentak. Eh dah macam janji je. Tapi tak ada pun.
"Morning Lia!" Sapanya ceria.
"Morning Zul."
"Hari ni naik saya jelah ya?" Pujuk Tengku Zul Anas.
"Tapi.."
"Tak payah tapi ya? Naik je saya. Alah rumah kita pun sebelah sebelah. Dah jom nanti jammed pulak." Kata kata aku dipotong. Haiss laju je mamat ni.
"Lia? Hari ini saya ada meeting ke?" Soalnya semasa dalam perjalanan ke office.
"Allahu Zul ni tak menyabar betul. Hari ini awak free."
"Baguslah tu."
Dalam kereta Tengku Zul Anas tak habis habis buat aku geli hati dengan lawak hambar dia. Alahai Tengku ni. Sedar tak sedar je dah sampai depan office. Tengku bukakan pintu untuk aku lagi. Ya allah sumpah aku blushing. Tak bolehlah kalau orang sweet sweet ni.
"Thanks Tengku."
"You are welcome princess." Balasnya. Wehh dia panggil aku princess weh. Dengan suara mengoda dia tu alamak. Sistur cannot lah. Sabar Miqaila! Kawal!
Kami naik ke office bersama sama. Before Tengku masuk bilik dia sempat dia pesan suruh habiskan kerja hari ni before lunch sebab dia nak tengok. Kelam kabut juga aku nak siapkan.
•••••
Seperti yang diminta Tengku before lunch siapkan semua. Alhamdulillah semua dah siap. Tinggal nak hantar pada Tengku. Pintu kayu itu diketuk tiga kali. Apabila dah dapat arahan untuk masuk baru aku masuk.
"Tengku. This all the file that you ask this morning." Kataku sambil meletakkan file bertimbun timbun di atas meja Tengku.
"Lunch time dah ke?" Soalnya. "Yup Tengku sekarang lunch time." Balasku.
"Pergi ambil handbag awak then ikut saya ya." Arah Tengku Anas. "Kita nak pergi mana Tengku?" Soalku pelik.
"Rahsia. Dah jom." Dia terus berjalan tanpa menunggu aku. Ish orang tua ni tak habis habis nak paksa aku.
Aku hanya mengikutnya sehingga ke vila. Wait vila? Apa dia nak buat dekat sini. Otakku dah fikir lain. Janganlah dia buat benda pelik pelik dekat aku. Aku menadah tangan berdoa.
"Ish awak ni Lia! Drama sungguh! Saya nak bawa awak jumpa mummy dengan daddy saya. Bukan nak buat benda pelik pelik dekat awak. Cubalah positive thinking sikit." Bebelnya.
"Kenapa nak bawa saya jumpa mummy and daddy awak? Saya buat apa?"
"Sebab awak dah mencuri." Sengaja Tengku jawab begitu untuk main tarik tali dengan Miqaila.
"Saya? Mencuri? Sejak bila. Tengku jangan macam macam eh!"
"Haihh iye awak mencuri. Awak dah mencuri hati saya. Chiaa chiaa chiaa." Hahh pickup line satu untuk Miqaila.
"Chiaa chiaa.. penumbuk nak?!" Marahku sambil menayangkan penumbuk pada Tengku.
"Ala awak ni nak bergurau pun tak boleh."
"Eh buat apa dekat luar ni. Masuk lah dalam. Panas kat luar tu! Kesian bakal menantu mummy duduk luar tu. Nas! Cepat bawak masuk dalam. Karang demam pula dia." Bebel Pn. Afra pada anak terunanya.
YOU ARE READING
Suami kepada jutawan?
RomansMiqaila Aulia seorang wanita yang hidup hanya ditemani oleh Mak Mah dan Pak Mat sepasang suami isteri yang bekerja dibawahnya sebagai maid dan driver. Bonda dan ayahnya pergi menghadap ilahi sejak dia berumur 17 tahun dan abangnya pula lari meningga...