Bab 10

278 6 0
                                    

Satu sahaja persoalan aku terjawab. Dia tinggalkan aku dan bukan aku tinggalkan dia. Haha lawak lah kau ni bang. Tinggalkan aku masa umur aku 17 tahun. Kau bayangkan umur 17 tahun kau tak dapat kasih sayang dari keluarga kau. Kau tak dapat semangat dari keluarga kau. Kau tak dapat hidup bahagia macam orang lain. Kau exam tak ada orang dari keluarga kau sokong kau depan mata. Ambik result kau sorang sorang. First day masuk U tak ada orang support. Graduate sorang sorang. Ha taniahlah untuk abang tercinta.  Tak cukup kau tinggalkan aku masa umur aku 17 tahun ni kau nak tinggalkan aku selama 10 tahun? Hebat kau bang. Boleh memang reward.

"Ila!! Ya allah Ila bangun nak!" Bandan aku digoncang kuat. Mak Mah kelihatan sangat takut, terkejut semualah.

"Abang call ambulance bang! Cepat bang!! Ila pengsan bang!" Jerit Mak Mah.

Badan ku berlumuran darah. Di dalam gengaman tangan kanan aku ada sebilah pisau yang berdarah. Iya aku memang mahu bunuh diri. Doktor kata aku menghidap depression. Aku stress aku tak sanggup hidup.

"Ila bangun Ila. Ila tak makan lagi. Bangun nak." Rayu Mak Mah dalam tangisannya. Lama aku tidak sedarkan diri kerana kekurangan darah.

Kepala yang berdenyut kuat dipegang aku. "Fina bawakan saya air mineral cepat." Kataku melalui telekom. "Baik Cik Fiqah."

Pintu bilikku diketuk. "Masuk." Jeritku dalam kesakitan. Selepas Rafina masuk bilik aku, dia meletakkam segelas air mineral di atas mejaku. Aku menghalaunya kerana aku inginkan masa untuk bersendirian.

Pantas tanganku mencari ubat tahan sakit di dalam handbag aku. Alhamdulillah aku bawa ubat kalau tidak alamatnya masuk hospital lagilah.

Mood kerja ada tak ada saja. Nak tak nak memang aku kena buat kerja yang tertangguh. Esok aku dah mula bekerja di Berjaya Holding dan aku tidak mahu kerjaku bertimbun weekend nanti.

•••••

"Good morning boss." Sapaku. "Eh awalnya awak sampai Lia."

Ya pagi pagi aku dah sampai office Tengku Zul Anas iaitu Berjaya Holding. Yelah tak akan aku nak lambat sedangkan semalam dah terserempak dengan dia dekat office aku di awal pagi.

"Hehe terajin. Okay hari ini Tengku ada lunch date dengan Tengku Ansar. Then pukul 3 Tengku kena pergi MAA Holding untuk projek di london." Terangku. Mula mula berat hati untuk mengatakan tengku akan ke office aku bersama aku. Haih nasib apakah ini.

"Okay itu sahaja saya keluar dulu ya." Pamitku. Saat aku memepegang tombol pintu Tengku memanggilku.

"Mari duduk sini. Saya ada benda nak bincangkan dengan awak." Katanya. "Kenapa Tengku? Ada benda penting ke?" Soalku.

"So how your holidays Lia?"

"Nothing interesting. Just a normal life. Duduk rumah, buat kerja, jalan jalan. Itu sahaja Tengku." Terangku.

"Buat kerja? Such as? I already told you don't do any work Miqaila!" Marahnya. Ha aku terlepas kata ke? Alamak!

"Such as kemas rumah lah Tengku." Nafiku takut. Tengku Anas ni marah betul kalau tahu aku buat kerja. "Okay fine. Then apa awak buat dekat MAA Holding semalam? Awak pakai kereta siapa?" Soalnya. Pasal parking tempat CEO dilupakan. Mana tahu dia terparking ke.

"Macam yang saya katakan semalam Tengku, saya jumpa kawan saya. Dia kerja di sana. Kereta pula kereta orang bukan kereta saya." Nafiku. "Then how you get here today in this morning?"

Suami kepada jutawan?Where stories live. Discover now