"Huhh boss. Ye saya, maaf apa tadi boss cakap?" Soal Miqaila blur."Apa dia saya tak dengarlah siapa boss? Saya tak kenal boss." Perli Tengku Anas.
"Hehe ma..maaf Zul. Apa awak cakap tadi?"
"Saya nak panggil awak Lia boleh kan?" Soalnya.
"Hm suka hati Zul lah saya tak kesah asalkan ada juga nama saya tak adalah sesat tiba tiba jenab, minah semua tu." Gurauku.
"Zul kenapa awak datang balik? Ada apa apa yang tertinggal ke?" Sambungku lagi.
"Tak adalah saya teman awak. Mesti bosan kan duduk hospital sorang sorang tak ada kawan. Actually betul ke awak tak ingat Amin?"
"Siapa Amin? Sepanjang sepanjang 24 tahun ni saya tak pernah kenal siapa Amin." Soalku lagi.
"Okaylah hari ni saya nak ceritakan dekat awak pasal Amin. Lagi pun before awak accident saya dah janji nak cerita dekat awak. Jadi hari ini saya tunaikan janji saya. Actually Amin is my brother son. My brother and his lovely wife meninggal after a few month Amin dilahirkan. Accident ya just like you tapi you still beruntung dapat bernafas lagi. Memang perit untuk kami terima berita tu. So Amin anak yatim. Family belah mak dia tak nak dia sebab mereka anggap Amin pembawa malang. Jadi saya dan parents saya ambik dia lagi pun dah menang tanggungjawab kami sebab abang saya seolah olah dapat rasa yang dia akan pergi jadi dia tulis surat ini." Tenang sahaja Tengku Anas terangkan. Lalu memyerahkan sepucuk surat. Aku yang sedang tekun mendengar mengambil surat itu.
Lipatan pertama dibuka
Assalammualaikum
Firstly Am nak minta maaf kalau Am pergi terlalu awal. Am tak boleh buat apa apa sebab semua ketentuan allah. Terima dengan hati yang terbuka ya mummy, daddy and Aminah. Anas aku tahu kau kuat. So, here Am nak minta jasa baik korang tolong Am jaga Amin. Anas bro tolong aku. Ini sahaja permintaan aku untuk kau. Selama ni aku je dengar permintaan kau why not now kau pulak dengar permintaan aku.
Pasal harta Am. Am bagi dah settlekan dengan lawyer Am nanti dia akan bagi setiap seorang. Rumah Am pula Am letak nama anak Am. Syarikat Am akan diambil alih oleh Aminah. Am percayakan satu satunya adik perempuan Am. Bukan Am tak nak bagi dekat Anas tapi Am fikir kalau Am bagi dekat Anas habis siapa nak take over syarikat daddy. Bro Nas tolong kahwin cepat. Aku berkenan kalau kau kahwin dengan PA kau tu. Dahlah baik, lawa, pandai, sopan ha dah dah aku tak boleh puji lebih lebih nanti bini aku mengamuk hahaha. Am harap family Am dapat terima Amin dalam rumah ni. Mummy, daddy Am ada dalam diri Amin. Bro Nas, sis Aminah please jaga Amin macam anak sendiri.
Mummy, maafkan Am dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kalau Am ada buat salah. Daddy Am minta maaf kalau Am ada buat hal masa sekolah menengah dulu maaflah zaman tak matang lagi kan daddy. Terima kasih sebab besarkan Am dengan penuh kasih sayang. Family tak boleh dibeli. Am sayang mummy daddy. Am sayang semua.
Yang tulus ikhlas anak mu dan juga abang mu
Tengku Zul Amsyar bin Tengku Zul Ansar.Lipatan kedua dibuka.
Assalammualaikum.
Amin.. anak abi. Abi sayang Amin. Umi pun sayang sayang sangat dekat Amin. Tapi maafkan kami Amin. Abi dengan umi tak sempat besarkan Amin depan mata kami. Semperna birthday Amin yang ke 13. Abi nak bagitahu Amin. Abi dengan umi ada hadiah. Besar hadiahnya. Abi nak bagi Amin semua harta kami. Abi nak Amin simpan duit tu untuk anak Amin nanti guna untuk keperluan bukan kepentingan Amin ya. Hidup memang kena berdikari tapi jangan risau papa (uncle Anas) akan tetap jaga Amin macam anak sendiri walaupun nanti dia dah ada anak. Abi tahu papa akan jaga Amin macam anak sendiri sebab Abi dah amanahkan dekat dia. Abi tak nak Amin jadi jahat jadi apa yang papa ajar Amin ikut ya. Abi akan selalu tengok Amin. Jaga solat ya Amin. Jaga wanita yang bakal berdamping dengan Amin. Paling penting hormat wanita ya Amin. Abi tak pernah naik tangan dekat perempuan Abi harap Amin pun sama. Amin jaga perempuan macam bidadari syurga ya Amin. Abi dan Umi tak minta banyak cukuplah Amin jaga solat, berfikiran waras, hormat wanita, hormat orang tua ya Amin. Kalau Amin bahagia di dunia, kami pun bahagia di sini. Amin jangan sedih ya. Abi sayang Amin ketat ketat. Umi pun sayang Amin ketat ketat.Sayang Amin
Dari Umi dan Abi tercinta.Selesai baca Miqaila pandang Tengku Anas. Ya kasihan pada anak kecil itu. Tidak sempat menagih kasih dari ibu bapa tercinta. Tanpaku sedari mataku mula berkaca. Tengku Anas perasan yang mata ku mula berubah. Dia jadi cuak.
"Hm Zul maafkan saya." Pintaku. "Awak tak salah apa apa pun Lia. Ini semua takdir allah. Kami redha."
"Tapi kenapa Amin panggil saya mama?" Soalku hairan.
'Nampaknya kau masih tak ingat Miqaila.' Kata hati Tengku Anas.
"Hm dia panggil awak mama sebab sebelum awak accident awak pernah kata yang awak boleh jadi mama Amin. Lepastu awak suruh dia panggil awak mama Ila. Awak still tak ingat ke? Hm." Terang Tengku Anas.
'Aku? Suruh dia? Uiss Miqaila kau gila." Kataku dalam hati.
Dilihatnya jam di dinding. 'Eh office hour. Dia tak kerja ke?'
"Liya? Menung apa tu? Awak dah makan? Kalau belum jomlah makan. Awak tu belum sihat sepenuhnya." Bertalu talu soalan yang diberikan Tengku Anas.
"Saya tak menung apa apa pun. Hm saya.... saya lapar dari pagi tak makan sebab" Belum habis cakap kata kataku sudah potong.
"Ha tengok tu belum apa apa awak dah tak makan. Kenapa tak makan tunggu sini kejap saya turun bawah." Potong Tengku Anas.
Aikk peliknya Tengku ni. Tak pernah pernah buat perangai macam ni. Dalam sekelip mata Tengku Anas pun sudah hilang dari pandangan Miqaila.
"Haihh bosannya mana phone aku ni." Tangan pantas meraba raba katil hospital ni. Akhirnya berjaya dijumpai. Haihh phone rindunya kau. Buka sahaja phone 'gelap' ciss mati kau rupanya. Siapalah yang jahat sangat tak charge kau. Kesian kau. Di belet beletnya phone itu perasan juga ada yang tak kena. Macam ada yang hilang!
Heyyy.... Sorry lama menghilang 🥺 before puasa ni update satu chapter and esok mid year exam huhu seram juga sorryyyyyy sangat sangat sebab been busy a while ❤️
And wait for next chapter okay?!!

ANDA SEDANG MEMBACA
Suami kepada jutawan?
RomanceMiqaila Aulia seorang wanita yang hidup hanya ditemani oleh Mak Mah dan Pak Mat sepasang suami isteri yang bekerja dibawahnya sebagai maid dan driver. Bonda dan ayahnya pergi menghadap ilahi sejak dia berumur 17 tahun dan abangnya pula lari meningga...