Selawat pilihan hati aku mestilah hasbi rabbi. Setiap kali aku nyanyikan selawat tu mesti ada air yang mengalir di pipi aku. Cepat saja aku seka.
Sampai di depan office aku letakkan Amin perlahan lahan di kerusi yang aku duduk tadi. Tengku Anas keluar kereta kemudian beri satu beg kepada aku. Aku pelik tapi aku terima katanya hadiah dari Amin sebab sanggup jadi mama Amin.
Tengku Zul Anas POV
'Kenapa dia nangis? Apa yang buat dia nangis? Salah aku ke? Atau salah Amin? Kenapa tiba tiba aku aku ambil berat pasal dia?' Soalku di dalam hati pelik.
"Eh ya awak baliklah dulu nanti stuck susah pulak awak nanti." Pesanku perihatin.
"Hm Tengku boleh tak kalau saya jumpa Amin buat kali terakhir?" Pinta Miqaila.
"Eh boleh je apa salahnya." Aku tengok Miqaila pergi ke Amin. Dia peluk cium Amin. Aku terharu tipu kalau aku kata tak terharu. Dia berdiri di depan aku. Eh bila dia berdiri depan aku ni?
"Tengku maafkan salah saya kalau saya ada buat salah. Maafkan juga kalau saya tidak datang kerja. Halalkan makan minum saya. Apa apa nanti Inshallah saya inform dekat Tengku." Kata Miqaila jujur.
Kenapa dia cakap macam ni? Dia cakap seolah olah dia akan pergi.
"Awak tak salah apa apa. Kan awak selalu datang kerja kenapa awak cakap awak tak datang. Pasal makan minum tu saya dah lama halalkan jangan risau. Terima kasih sebab sudi jadi mak angkat kepada Amin. Oh ya lagi satu janganlah asyik panggil saya Tengku naik segan saya awak asyik panggil saya Tengku." Balasku ikhlas.
"Hehe kalau tak panggil boss Tengku nak panggil apa?" Soal Miqaila. "Apa apa je yang penting bukan Tengku dan juga boss. Seganlah saya awak asyik panggil saya boss bila dah habis waktu kerja."
"Baiklah boss.. eh Tengku hehe maaflah saya tak biasa lagi kalau macam tu saya panggil awak Zul boleh?" Miqaila segan juga sebab mana pernah dia sebut nama boss dia kalau tak ber 'tengku' bila berdepan.
"Zul? Tapi awak tahukan mana ada orang panggil saya Zul tapi tak apalah panggil jelah Zul. Saya suka." Curious aku dengan Miqaila ni tapi tak apalah aku suka kelainan. Hehe. Part aku cakap 'saya suka' memang slow habis sampai dia tak dengar itu yang aku pasti! Hoho.
"Eh dahlah Zul saya kena gerak sekarang. Kirim salam pada keluarga awak dan juga Amin. Kalau Amin merajuk awak cakaplah saya busy nanti saya jumpa dia by the way thanks for today. Ingat tau kirim salam sayangggg saya pada Amin. Bye Zul. Assalammualaikum." Dia terus masuk dalam kereta. Selepas enjin mula kedengaran kereta dia pun meluncur keluar dari perkarangan office.
"Waalaikummusalam. Hm sayang untuk aku tak ada ke?Ishh berangan jelah kau ni Nas." Tengku Anas cakap seorang diri. Uiss gila ke apa. Kereta kesayangan aku dituju. Masuk je dalam kereta ada beg dekat tempat Miqaila duduk tadi. Di ambil dan lihat isinya. Rupa rupanya patung untuk Amin. Sempat aku call Miqaila ucap terima kasih sebab bagi Amin patung. Alahai Miqaila apa kau fikir anak aku ni perempuan.
Aku terus pecut keretaku pulang ke rumah mummy. Selepas letak Amin dibiliknya aku dapat panggilan dari Miqaila. Pelik juga dia call aku after office hour? First time juga Miqaila call aku waktu macam ni. Phone aku menjerit lagi minta diangkat.
"Assalammualaikum, yes Miqaila? anything, what i cam help you?"
"Waalaikummusalam, Encik mamat selengakan maaf saya bukan berkata buruk tapi inilah yang puan ni save contact nama Encik. Encik orang terakhir call dia jadi saya call Encik balik mana tahu Encik kenal dia." Suara pemanggil lain bukan Miqaila itu pasti tapi siapa? kenapa? Suara lelaki pula tu!
"Iya saya mamat selenga dan saya kenal dia. Ada apa apa yang boleh saya bantu?" Walaupun tak kena dengan 'mamat selenga' aku tabahkan sahaja.
"Puan dikerjakan ke hospital akibat accident jadi boleh saya jumpa Encik di hospital? Saya mahu memulangkan barang Puan."
"Apa accident?! Astagfirullahalazim kalau begitu saya on the way sekarang. Terima kasih sudi tolong Puan." Terkejut memang terkejut saat aku mula jatuh hati janganlah kau pergi meninggalkan aku. Pantas aku mengambil kunci kereta dan memberitahu mummy aku mahu ke hospital kerana PA aku kemalangan.
Sepanjang perjalanan aku hanya beristigfar moga moga tiada yang teruk berlaku pada Miqaila. Aku dah dapat agak mesti apa apa akan berlaku selepas Miqaila jumpa aku tapi sebab dia nak drive sendiri balik rumah aku terpaksa akur.
Sampai sahaja di hospital aku beranikan diri untuk berjumpa Miqaila. Aku pergi ke ruang kecemasan aku cuba call semula nombor Miqaila mesti pemanggil tadi akan angkat. Alhamdulillah dia angkat dapat juga aku berjumpa dengan manusia yang berhati mula untuk pulangkan semula barang Miqaila.
"Terima kasih oh ya saya lupa nak tanya siapa nama awak?" Soalku.
"Nama saya Adli. Puan kemalangan teruk maaflah call Encik saja yang saya mampu. Saya nak tanggung kos dia tapi saya bukan berduit sangat. Lagi satu ini nombor saya kalau ada apa apa boleh call saya." Adli menghulurkan kertas yang berisi nombor phone dia. "Kalau Encik was was Encik boleh call saya sekarang." Sambungnya lagi.
"Tak apa saya percayakan Awak. Nah ini sedikit sumbangan saya untuk Encik Adli sebab bersusah payah tolong Puan." Aku hulurkan sampul duit padanya. Ikhlas untuk membantu orang tak apakan?
"Eh susah susah je tak apalah saya tolong ikhlas." Adli tolak sampul itu semula pada Tengku Anas.
"Tak apa Encik Adli sekali sekala je ni kalau Encik Adli nak balas encik balas saja pada orang yang lebih memerlukan." Paksaku. Nak tak nak dia terpaksa ambil. Dia senyum dan minta beredar kerana dia ada perkara penting yang hendak di uruskan ni pun tergendala sebab nak tolong Miqaila.
Aku bersyukur Miqaila selamat tetapi dia koma aku redha tiap tiap hari aku akan bawa Amin ke hospital untuk melawat Miqaila. Keluarga Miqaila? Hm sukar untuk aku menjelaskan. Miqaila seorang anak yatim piatu sejak dia berumur 17 tahun ya waktu dia mengambil SPM dan juga tahun yang sama abangnya meninggalkan dia. Dia cuma ada abang dia tapi dimana abang dia tiada sesiapa pun yang tahu. Apa perasaan Amin bila dapat tahu Miqaila koma? Dia menangis kaw kaw. Puas aku memujuknya akhirnya dia redha.
Sometimes aku pelik siapa yang ajar Amin selawat hasbi rabbi? Setiap kali melawat Miqaila dia akan tepuk lembut tangan Miqaila sambil selawat hasbi rabbi. Tersentuh aku tengok Amin macam ni.
"Amin." Tegurku.
"Iya papa?"
"Siapa ajar Amin selawat hasbi rabbi?" Soalku ingin tahu.
"Papa nak tahu tak? Masa kita jalan jalan dengan mama Ila kan mama Ila ada pegang Amin dalam kereta. Mama Ila bisik dekat Amin mama Ila minta hafal selawat ni mama Ila harap bila mama Ila masuk hospital Amin bacakan selawat ni untuk mama Ila... ini selawat paling mama Ila suka mama kata pada Amin selawat ni buat mama Ila rasa tenang dan rindu pada mama Ila punya ibu dan ayah mama Ila kata paling sedih mama Ila akan teringat abang mama Ila. Mama Ila ingatkan Amin jangan tinggal solat dan doa banyak banyak untuk papa dan Amin. Mama Ila kata kalau rindu mama Ila selawat hasbi rabbi mesti Amin ingat mama dalam masa yang sama Amin akan beri mama Ila kekuatan tapi Amin rindu mama Amin rindu suara mama Ila Amin rindu bila mama Ila tidurkan Amin dengan selawat mama Ila. Walaupun baru sekali Amin jumpa mama Ila, Amin tetap rindu mama Ila." Tersendu sendu anak kecil ini bercerita. Walaupun Miqaila hanya ibu angkat pada Amin, Amin tetap sayangnya macam ibu sendiri.
'Ya allah kau berikanlah kekuatan pada anak kecil ini. Kau berikanlah kekuatan pada Miqaila. Kau berikanlah kekuatan untuk aku tempuhi segala dugaan ini ya allah.' Doa Tengku Anas dalam hati. Baru dia tahu kenapa Miqaila menangis semasa dalam kereta. Tak sangka dengan selawat hasbi rabbi saja boleh buat Miqaila menangis tapi kenapa sampai boleh buat dia menangis?
Sorry kalau ada typo or something dan sorry juga sebab hambar hahaha😂

ANDA SEDANG MEMBACA
Suami kepada jutawan?
RomanceMiqaila Aulia seorang wanita yang hidup hanya ditemani oleh Mak Mah dan Pak Mat sepasang suami isteri yang bekerja dibawahnya sebagai maid dan driver. Bonda dan ayahnya pergi menghadap ilahi sejak dia berumur 17 tahun dan abangnya pula lari meningga...