Awal pagi aku sudah berada di ruang makan. Seperti biasa aku akan sarapan di rumah.
"Mak Mah." Panggilku. "Ya saya, knapa Ila?"
"Mak Mah. Ila nak minta maaf. Ila tak pernah bagitahu Mak Mah kemana Ila pergi selama 5 bulan ini. Ila accident and hilang ingatan. Dan Ila masih lagi hilang ingatan. Tak banyak yang Ila ingat. Yang Ila nak sangat tahu... Ila ada abang ke Mak Mah?" Terangku panjang lebar. Berat juga mahu mengatakan tentang isu ini. Tapi sifat ingin tahu itu menebal. Sangat tebal.
"Ya allah Ila! Ila okay tak ni? Hari ini tak payahlah pergi office. Kesihatan Ila tu penting." Mak Mah kelihatan sangat terkejut. "Tak apa Mak Mah. Ila cuma nak tahu Ila ada abang ke?" Soalku lagi.
Mak Mah bangun dari kerusinya dan menuju ke satu bilik yang aku jarang masuk. Persoalan aku dibiarkan. Selepas berberapa minit Mak Mah kembali muncul dihadapanku. Kerusi yang diduduknya tadi ditarik dan duduk semula.
"Ini gambar family Ila. Ini pula gambar abang Ila dan Ila semasa sekolah menengah. Ini surat yang abang Ila tinggalkan." Satu per satu maklumat diserahkan kepadaku. Terkejut aku saat melihat muka abangku. Tapi kenapa dia tinggalkan aku?
"Abang!!! Don't leave me alone. Please. Hidup Ila kosong kalau abang tak ada." Rayuku teresak esak. Sambil menariknya ke dalam rumah.
"Sorry Ila. But i have to go. Jaga makan minum Ila ya. Don't be upset with me. I'm always here." Dia memelukku erat.
"Abang but i need you here. Bonda and ayahanda baru je meninggal please don't be like this. How come my life without you. If i get sick who wants to take care of me? This year I'm gonna be in SPM examination and I really need support from my family even though bonda and ayahda just pass away. Please? Just this year." Rayuku lagi. Tapi hampa dia tinggalkan aku juga.
Kata kata itu berman lagi diminda aku saat aku melihat gambar mesra aku dengan abang aku. Jahatnya kau sampai tinggalkan aku seorang diri. Kepala aku yang terasa berpusing aku pegang seketika. Mak Mah kelihatan risau dengan perlakuanku.
"Ila sakit ke? Ila duduk rumah je ya?" Soal Mak Mah.
"Tak ada apa apa sikit je ni doc kata normal kalau pening sikit. Eh dahla Mak Mah. Ila kena gerak serakang nanti lambat susah pula." Kataku sambil mengubah topik.
"Ha iyalah nanti apa apa call sahaja Mak Mah dan Pak Mail ya." Pesannya. Tangan wanita yang sudah berumur itu disalam. Kasih sayang yang diberikan kepadaku mencurah curah seperti dialah ibuku dan akulah anaknya.
Kunci kereta Mercedes diambil. Hari ini aku berbaju klasik jadi aku memilih untuk memakai kereta yang berklasik.
Gambar dan surat yang diberi Mak Mah tadi disimpan elok dalam handbag aku. "Bismillah." Aku mula meninggalkan perkarangan rumahku.
•••••
"Eh Lia?" Sapa seseorang.
Lia? Alamak dalam dunia ni sorang je panggil aku 'Lia'. Buat apa dia dekat depan office aku ni.
"Err... Zul? Buat apa dekat sini?" Soalku risau. Terserempak dekat parking office aku. Betul betul depan office. Aku parking kereta dekat tempat CEO. Ulang semula 'C.E.O!' Harap sangat dia tak perasan.
"Saya ada urusan. Sepatutnya awak yang kena hantar sebab awak PA saya tapi awak kan cuti. Lagipun jadual saya tengah free so saya hantar jelah document ni." Terangnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/159694487-288-k727694.jpg)
YOU ARE READING
Suami kepada jutawan?
عاطفيةMiqaila Aulia seorang wanita yang hidup hanya ditemani oleh Mak Mah dan Pak Mat sepasang suami isteri yang bekerja dibawahnya sebagai maid dan driver. Bonda dan ayahnya pergi menghadap ilahi sejak dia berumur 17 tahun dan abangnya pula lari meningga...