Macam ada yang hilang!
Tapi apa yang hilang eh? Aku cuba memaksa otak geliga ku berfikir apa yang hilang tapi hasilnya tidak memberangsangkan hanya sakit yang dapat.
Penat aku berfikir. Aku juga mengantuk. Pantas aku merebahkan badanku di atas katil yang empuk ini. Dalam diam aku sudah terlena.
Selepas 15 minit.
"Aik tidur dah. Haihh saya suruh tunggu bukan tidur. Lia, Lia apalah awak ni." Kata Tengku Zul Anas seorang diri. Miqaila sedikit terganggu dari tidurnya apabila suara garau memenuhi ruang tidurnya itu.
Buka sahaja mata, muka Tengku Zul Anas betul betul ada di depan mukaku. Cepat tanganku memukul kepala Tengku Zul Anas.
"Aduhhh!! Sakitlah Lia!" Jeritnya.
"Siapa suruh awak duduk betul betul depan muka saya! Terkejut tahu tak!" Marahku sambil bangun untuk duduk bersila.
"Hehe, sorry tadi ingat nak kejut awak habis dah awak lena sangat saya pun duduklah sebelah awak. Lagipun tadi awak cantik sangat. Kenapa mimpi indah ke tadi?"
"Ishh awak ni Zul mengarut aje. Ni kenapa kacau saya tidur. Lain kali kejut je janganlah buat saya macam tadi tak sweet punlah!" Tiba tiba kataku terhenti. Pantas aku tutup mulutku. Kurang ajar kau wahai mulut kau derhaka dengan tuan kau. Laju aje kakiku menuju ke arah tandas.
"Lia awak okay tak? Kenapa ni? Saya ada salah cakap ke? Keluarlah.. saya cuma nak ajak awak makan. Tadi pun saya turun bawah sebab belikan awak makanan yang awak selalu makan. Keluar eh?" Pujuk Tengku Anas.
Pelik weh seolah olah dunia ini terbalik. Tengku baik dengan perempuan? Dan perempuan itu adalah aku? Tak pernah Tengku macam ni. Lainlah kalau aku ni client dia. Tapi sekarang ni aku staff dia!
Aku keluar dari tandas lepas aku mencuci muka dan gosok gigi. Terkejut jugalah sebab ingatkan Tengku dah duduk rupanya masih setia menunggu dihadapan pintu tandas. YA SAYA ULANG SEMULA 'DEPAN TANDAS'.
"Oh mak kau. Anak kau kuning kau hijau." Latahku sambil menunjuknya. Entah apa yang lawak tiberr je Tengku ketawa.
"AWAK MELATAH?! HAHAHAHAHA!!!" Terbahak bahak Tengku ketawakan aku. Sampai peluk peluk perut sendiri ketawa dia. Aku pun turut senyum. Ehhh kenapa aku senyum ni!! Muka aku cuba kawal agar tidak nampak terlalu senang hati. Iyalah first time okay dapat tengok Tengku ketawa teruk macam ni. Kalau tak dingin memanjang.
"Salah ke saya melatah?" Aku tolak sikit badannya yang menghalang laluanku. Arah katil dituju.
"Semestinya tidak. Dah jom makan saya laparlah awak. Saya tunggu awak lama sangat." Adu Tengku Zul Anas.
"Tak suruh awak tunggu pun." Balasku dingin.
"Ala awak ni tadi kata tak sweet ni saya nak sweet awak pulak yang sombong."
Uiss adakah ini Tengku Zul Anas bin Tengku Zul Ansar yang aku kenali. Ya allah sangat berbeza semasa waktu kerja dan bukan waktu kerja. Kenapalah time kerja kau tak macam ni kan berselera sikit aku nak buat kerja yang bertimbun.
"Nah nasi goreng kampung awak ni. Saya tak tahu nak beli apa. Saya beli nasi ni pun sebab dulu time lunch awak selalu oder nasi ni. Jadi saya anggap itu nasi favorite awaklah." Bekas makanan di hulurkan padaku.
"Hm peka jugak kan awak ni Zul."
"Biasalah ini kan Tengku Zul Anas." Lagaknya.
Kami makan sama sama Tengku Zul Anas makan nasi goreng tomyam. Aku pula makan nasi goreng kampung. Kepalaku tiba tiba berpusing. Allahu apa lagi dugaan aku. Nasi goreng tomyam. Ya tiba tiba ingatan ku diimbas sekali jalan. Dalam ingatan tu aku seperti berumur 17 tahun dan semasa tu aku sendang makan bersama keluargaku tapi ada seorang lelaki disebelahku seperti dikaburkan. Siapa dia? Aku pegang kepalaku yang kian memberat.
Tengku Anas yang nampak Miqaila seperti memaksa otaknya untuk mengingati sesuatu. "Lia, janganlah macam tu. Janganlah terlalu memaksa diri awak untuk ingat apa apa." Pujuk Tengku Anas.
"Hm... awak? Awak tahu tak apa yang ada dekat belakang phone saya dulu? Sebab saya rasa dia hilang." Aduku pada Tengku Anas tapi mataku hanya termenung ke depan.
"Alaa awak ingat ke?" Soal Tengku Anas.
"Bukan sebab saya ingat. Tapi saya rasa." Terangku.
"Awak maksudkan ini ke?" Tengku Anas bertanyakan soalan dan menunjuk gambar Miqaila semasa berumur 7 tahun.
"Zul!! Itu gambar sayalah!! Kenapa awak ambik. Ishhh." Marahku.
"Awak nak? Tangkaplah!" Kata Tengku Zul Anas sambil menayang nayangkan gambar Miqaila di depan mata Miqaila. Apabila tangan Miqaila mahu mencapainya dia angkat setinggi tingginya supaya Miqaila tak dapat ambil.
'Ouhh tak nak bagi eh! Siap kau.'
"Aduhhh!" Jeritku sambil memegang kepalaku. Kononnya kepalaku diserang sakit kepala.
"Lia!! Awak okay tak? Jangan macam ni." Tengku Zul Anas kelihatan cuak. Pasal gambar tidak lagi di endahkan.
Pantas sahaja tangan Miqaila merampas gambar itu. Selepas itu aku ketawa terbahak bahak.
"HAHAHAHA! Apalah awak ni. Awatlah awak cuak sangat." Kataku dengan sisa tawaku.
"Ish awak ni cuaklah! Gila tak cuak. Awak nak Amin merajuk dengan saya ke kalau awak punya muncung kalah itik esok."
"Hehe. Zul... agak agak bila saya boleh keluar dari hospital? Hm bosanlah." Kataku meleret.
"Bosan? Sayakan ada kat depan awak. Tak kan bosan lagi."
Ish dia ni aku serious boleh pulak ajak bergurau. Hm actually rindu rumah. Tak lupa juga si baby. Harap harap Mak Mah ada datang rumahnya untuk beri baby makan. Sian dia. Muka aku sedikit kecewa.
"Inshallah lusa. Kalau awak nak keluar awal rajin rajinlah makan." Sambungnya lagi.
"Zul, kalau esok tak boleh ke? Hm kesian baby saya tak makan entah entah dia sakit. Please." Rayuku sambil buat muka comel. Harap sangat dapat keluar esok.
'Baby? Woaaa Miqaila ada baby?' Soal Tengku Zul Anas dalam hati.
"Hm iyalah esok. Tapi satu syarat. Esok biar saya yang hantar awak balik."
"Hm tak apalah asalkan awak bagi saya balik.." redha ajelah dah itu je yang dia nak.
"Eh dahla awak. Saya balik dulu. Kesian awak tak dapat tidur sebab saya."
Baru aku teringat! "Eh Zul! Kejap! Esok tak payahlah awak hantar saya. Saya boleh balik sendiri. Jangan risau pukul 10 pagi esok saya balik rumah." Kataku. Semua ini sebab aku tak mahu dia kenal aku sebenarnya siapa.
"Habis awak nak jalan kaki balik rumah?" Soalnya.
"Saya ada kawan jangan risau. Bolehkan?" Soalku lagi menginginkan kepastian.
Tengku Anas terasa berat untuk melepaskan aku. Tapi aku harap sangat dia biarkan aku. Aku boleh hidup sendiri.
"Hm baiklah. Saya bagi awak cuti seminggu lagi then datang kerja tau." Pesannya.
"Iya Zul saya datang jangan risau."
"Bye! Jaga diri tau! Jangan lupa makan. Fi hifzillah. Assalammualaikum." Dia terus berlalu.
Aku penat sebenarnya dari tadi nak tidur tapi kesian dekat Tengku jadi aku pun berjaga untuk jaga hati dia. Sekejap sahaja aku dah terlena dibuai mimpi.
Seseorang sedang memerhati Miqaila di depan pintu bilik itu segera masuk semula apabila melihat Miqaila sudah lena.
"Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah. Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah. Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah Nur Muhammad Salallah Laila Hail LaAllah Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah. Tidur lena ya Miqaila. Assalammualaikum." Lelaki itu terus keluar dari bilik Miqaila.
Maaf lama menyepi hehe. Sis busy study tak sempat nak update walaupun dah siap 😅

ANDA SEDANG MEMBACA
Suami kepada jutawan?
RomanceMiqaila Aulia seorang wanita yang hidup hanya ditemani oleh Mak Mah dan Pak Mat sepasang suami isteri yang bekerja dibawahnya sebagai maid dan driver. Bonda dan ayahnya pergi menghadap ilahi sejak dia berumur 17 tahun dan abangnya pula lari meningga...