Sumpah terkejut bila anak kecil panggil Tengku 'papa'. Tapi bila dikenangkan suara gedik Tengku tu alahai.
"Papa pun rindu Amin. Sian busuk busuk papa kena tinggal dengan papa ye pagi tadi." Tengku buat suara manja. Sumpah aku kata aku nak ketawa first time dohh dengar Tengku dingin perangai macam tu. Aku terketawa weh ter wehh mati aku. Cepat cepat aku tutup mulut aku.
Tengku Zul Anas pandang aku tapi aku kaku anak kecil yang agaknya berumur 4 tahun juga pandang aku. Matilah aku tak balik office lah lepas ni. "Papa who is this? Mama untuk amin ke papa?" Pertanyaan anak kecil ini buat muka aku dah macam tiada darah yang mengalir. Pucat ya sumpah pucat habis. Aku tahu Tengku Zul Anas nampak aku terkejut tapi kenapa dia tak terkejut sekali!! Ciss tak adil!!
"Auntie ni kawan sekerja papa lah sayang. Janganlah buat auntie ni terkejut kesian dia. Tengok tu muka dia pun dah pucat dengar soalan Amin. Dah jom kita duduk." Ajak Tengku Zul Anas. Aku dari tadi diam tak tahu nak kata apa kenapa hari ni malang sangat. Pagi dah jumpa Encik Mika lepastu Tengku bawa pergi makan dekat hotel. Tambah lagi jumpa anak Tengku eh wait sejak bila mamat ni kahwin? Tak ajak pun dah 4 tahun aku kerja dengan dia tak kan dia kahwin pun aku tak tahu dekat meja dia pun just ada gambar mummy dan daddy dia pegang dia masa kecil.
Di meja makan aku kagum dengan Tengku. Pandai dia jaga budak kecil dah nama pun anak kena jaga dengan kasih sayang. Budak kecil yang bernama Tengku Zul Amin berumur 4 tahun. Petah dia bercakap kalah lawyer kat luar sana. Kecik kecik dah segak macam bapak dia.
"Auntie ni lawa lah ayu je sopan pulak tu kenapa tak kahwin dengan papa Amin aje?" Tanya anak kecil. Tersedak aku mendengar soalan Amin. Hampir sahaja air yang diminum ku tersembur gara gara Amin. Yelah mula mula dia cakap tu boleh lah buat aku kembang tapi part ayat last tu macam lain je.
Beg aku tiba tiba bergegar. Cari puncanya oh phone aku rupanya. Lupa nak unmute hehe. Tengok whatsapp oh boss chat rupanya. Bila fikirkan balik boss? Aikk apa function duduk semeja? Aku pun layankan saja.
Mamat selenga 🤦🏻♂️
Please treat him like your own son. Please.Haa kenapa pula? Mak dia mana?
Just please nanti saya cerita. Actually dia bukan anak kandung saya.
Terkejut ya memang terkejut kalau bukan anak dia anak siapa? Tapi kenapa panggil dia papa? Kenapa budak ni nampak macam dia masa kecil? Kenapa dia jaga budak ni? Banyak persoalan di kepala aku tapi aku hanya diam.
"Auntie kerja dengan Tengku Zul Anas bukan nak kahwin dengan papa Tengku Amin." Aku layankan saja kehendak bossku. Aku cakap dengan dia macam cakap dengan anak sendiri. Terpaksa okayy.
"Hm, tapi Amin nak sangat rasa kasih sayang dari seorang mama." Rungutnya. "Tak perlulah panggil Amin, Tengku Amin panggil je Amin." Sambungnya. Iya budak kecil ini sangat merendah diri. Aku kagum.
Terkejut aku rupanya anak kecil ini tidak pernah rasa kasih sayang dari seorang ibu dan menumpang kasih sayang dari bossku.
"Kalau macam tu Amin nak tak panggil auntie mama Ila?" Setelah aku berfikir aku kesiankan anak kecil ini aku akan cuba bagi dia kasih sayang dari aku walaupun aku tak berkahwin lagi. Amin kelihatan gembira terus dia peluk aku sambil tak henti henti ucap "terima kasih mama Ila." Aku balas pelukan dia.
Tengku Zul Anas POV
"Kalau macam tu Amin nak tak panggil auntie mama Ila?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Suami kepada jutawan?
RomanceMiqaila Aulia seorang wanita yang hidup hanya ditemani oleh Mak Mah dan Pak Mat sepasang suami isteri yang bekerja dibawahnya sebagai maid dan driver. Bonda dan ayahnya pergi menghadap ilahi sejak dia berumur 17 tahun dan abangnya pula lari meningga...