Bab 4

439 8 0
                                        

Empat bulan Miqaila tak menyedarkan diri dan selama empat bulan itu juga Tengku Amin dan Tengku Zul Anas melawat Miqaila. Tiap tiap hari Amin selawat untuk Miqaila kadangkala Tengku Zul Anas yang selawatkan. Tengku Zul Anas selalu ada di sisi Miqaila bila dah pukul 12 tengah hari baru dia pergi ambil Tengku Amin. Kerja di office dia serahkan pada Adiknya Tengku Aminah kerana orang kuat dia tidak ada bersamanya. Iya dia juga pelik kenapa timbul satu perasaan yang dah lama dia tak rasa. Iaitu perasaan 'cinta'. Tanpa aku sedar aku jatuh cinta padanya. Ya tuhan berikanlah aku kekuatan.

"Mama Ila, Amin tahu mama Ila kuat. Mama Ila tolong bangun untuk Amin please. Amin tak ada mama dari kecil. Amin rindu mama Miqaila. Amin nak sangat bercakap dengan mama Ila. Amin nak mama Ila suapkan Amin makan. Amin nak mama Ila, Amin nak sangat mama Ila tolonglah bangun. Amin tengok papa dah tak handsome dah sebab mama Ila tak ada dekat office. Amin pun dah tak handsome dah sebab mama Ila tak ada. Nanti bila mama Ila dah bangun jangan tinggalkan Amin ya?" Rayu Amin menangis. 'Allahu aku tahu kau kuat Miqaila. Tolong bangun untuk Amin kalau bukan untuk aku.' Kataku dalam hati. Sayu aku tengok Amin tiap tiap hari merayu pada Miqaila agar bangun dari lenanya.

Miqaila POV

Pagi itu aku bangun. Aku pegang kepalaku pening. Mata dikerdipkan berberapa kali bau ubat ubatan tersangatlah kuat. Yeah hospital tak perlulah cliche aku di mana bagai.

"Mama Ila!!" Jerit anak kecil yang tiba tiba datang pelukku.

"Mama?" Soalku pada anak kecil ini.

"Mama Ila tak ingat Amin?"

Kepala aku terasa sakit ya sakit sangat. Aku cuba hadam ayat anak kecil ini 'aku ada anak ke?' Tanyaku dalam hati. Doctor sampai di tempat aku dia meminta anak kecil yang bernama Amin ini keluar sebentar.

"Cik Miqaila? Macam mana hari ni? Rasa okay tak? Ada pening pening kepala?" Soal doctor yang bernama Afrina.

"Doc saya sakit apa sampai boleh ada disini?" Soalku pelik.

"Awak kemalangan empat bulan yang lepas. Awak tak ingat ke?"

"Kemalangan?" Aku cuba ingat tetapi kepala aku sakit.

"Apa yang awak ingat?" Soal doctor.

"Ibu saya dan ayah saya kemalangan. Saya sebatang kara. Saya aduhhh." Aduku sakit.

"Jangan memaksa diri awak saya tak nak benda ini berlarutan jadi kalau awak asyik paksa diri awak untuk ingat bahaya. Ini ubat tahan sakit. Kalau awak asyik paksa awak boleh pengsan dan jika awak asyik pengsan kemungkinan awak akan terus tidak dapat balik ingatan awak." Lembut tapi keras aku terkejut bila doctor kata macam tu. Ya allah dugaan apakah semua ini.

"Doctor boleh saya tahu macam mana saya accident? Dan penyebab saya hilang ingatan?" Soalku blur

"Awak dilanggar semasa awak memandu dan hentakan yang kuat di kepala awak menyebabkan awak hilang ingatan." Jawabnya jujur.

"Terima kasih doctor."

"Sama sama. Kalau ada apa apa awak boleh tekan button biru ni ya saya minta diri dahulu."

Tengku Zul Anas POV

"Tengku boleh saya bercakap dengan tengku sebentar?" Tanya doctor Afrina selaku doc peribadi family aku.

"Ya boleh apa yang tak bolehnya." Gurauku.

"Saya minta maaf tetapi Miqaila hilang ingatan. Dia hanya ingat serba sedikit perjalanan hidup dia. Yang pasti perkara yang terakhir dia ingat ketika dia baru dapat kerja dengan Tengku tetapi dia langsung tidak bercakap tentang abang dia. Saya harap tiada sesiapa yang cuba memaksa dia." Lancar saja Doctor Afrina bercakap.

Suami kepada jutawan?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang