Bab 11

290 8 0
                                    

"Who is your CEO?"

Membulat mataku dan Rafina. Aku dah agak dia akan tanya soalan tu.

"Why Tengku Anas? Something wrong ke?" Soal Fina. Aku tengok Fina ni dah cemas. Aku ni lagilah cemas.

"No lah. Yesterday dia tak ada hari ini pun dia tak ada. Dia tak ambil port ke pasal projek ini?" Soal Tengku Zul Anas dengan sifat ingin tahu.

"Kalau dia tak berminat dengan projek ni saya boleh je cancel." Tambahnya lagi.

Aku pandang Fina. Fina pandang aku. Oh please in character!!!

"Eh boss janganlah macam tu." Miqaila cemas.

"Cik Afiqah dia tiada di Malaysia. Sebab kami ada masalah cawangan di luar negara. Maaf." Tipu Rafina.

Aku mengarut dadaku alhamdulillah tak pecah lubang lagi. Selamat.

"How long dia tak ada?" Soal Tengku lagi. Aku sudah menepuk dahi.

Papp!

"Lia? Awak kenapa?" Soal Tengku Anas.

"Huhh tak ada apa apa. Okaylah Tengku I think its enough for today." Kataku. Yang pasti aku cuba mengalihkan perhatian. Yes! Berjaya.

Aku bersalaman dan berpelukkan dengan Rafina. Semasa aku dapat peluang untuk berbisik aku berkata. "Thanks dear. Nanti i belanja you."

Fina hanya mengangguk. "Kami pergi dulu ya." Pamitku.

Di dalam kereta. Kami hanya diam sunyi sepi. Awkward lepas keluar dari office syarikat aku. Tengku Zul Anas hanya drive dan arah yang ditujunya bukan office tapi cafe.

Aku dah agak mesti tak balik office lepas ni. Mati aku. "Erm Tengku? Kita nak kemana?"

"Just follow." Sepatah je yang dibalasnya. Kepala jingga awak.

Tengku Anas keluar dari perut kereta. Phone aku jatuh dari pegangan aku. Aku menunduk untuk mengambil phone aku yang jatuh ke bawah. Bila aku kembali duduk macam biasa Tengku sudah tiada di tempatnya.

Pintu di bahagianku dibuka oleh Tengku Zul Anas. Pipi aku membahang. Segan bila Tengku Zul Anas orang pertama yang bukakan pintu kereta untuk aku.

"Aik kenapa blushing ini?" Soalnya.

"Huhh tak ada apa apa Tengku." Balasku

Aku keluar dari perut kereta BMW milik Tengku Zul Anas. Kami jalan bersama sama.

"Comel lah awak ni Lia bila blushing." Katanya.

"Eh tak adalah Tengku."

"Tengku again?" Soalnya.

"Eh still office hour right?"

"Sekarang awak tengah buat kerja office ke?" Soalnya lagi.

"Alahai baiklah 'ZUL'." Sengaja aku tekan namanya.

Tengku Zul Anas memilih meja yang agak jauh sedikit dari orang sekeliling.

"So Zul. Kita buat apa dekat sini." Soalku

"Makan."

Aku mencebik. Punyalah panjang soalan aku sepatah je yang dia jawab. Cis tak guna.

"Liya awak ada boyfriend tak?" Soalnya

"Tak."

"Amboi balas dendam ke? Jawab sepatah aje." Kata Tengku bengang.

"Eh tak adalah. Betul lah saya mana ada boyfriend. Kenapa Zul tanya?"

Suami kepada jutawan?Where stories live. Discover now