Bab 14

437 13 3
                                        

"Alhamdulillah dapat juga lari dari Tengku Anas tadi."

"Ila? Cakap dengan siapa tu?" Soal Mak Mah menuju ke arah Miqaila yang sedang duduk di ruang tamu. "Eh tak adalah Mak Mah.. haa meh duduk sebelah Ila ni." Kataku sambil menepuk nepuk sofa disebelahku.

"Ila, tak nak cuba cari abang ke?" Soal Mak Mah lagi ingin mencuba nasib.

"Hm. Dia yang tinggalkan Ila. Pandai pandailah dia cari Ila. Lagipun kita still duduk rumah yang samakan? Tak susah pun nak cari jalan balik. Lainlah kalau dia hilang ingatan macam Ila. Itu pun kalau." Balasku malas.

"Ila jangan macam tu nak. Dia tetap abang Ila walau apa pun yang terjadi. Mana tahu masa tu dia ada sakit ke apa. Dia kena pergi treatment ke. Kita tak tahukan? Maafkan lah dia kalau dia buat keputusan terburu buru. Nanti mesti dia balik. Ila sabar ya nak." Pujuk Mak Mah.

"Sudahlah Mak Mah. Kalau nak borak tentang dia Ila rasa tak payah kot. Buat sakit hati je." Tangga dituju. Baru pijak satu tangga Mak Mah dah bersuara.

"Nama dia Mikael Afian Bin Azrul Afiq. Nama ayah dia sama macam kamu. Kamu berdua tu adik beradik. Ada pertalian darah. Kamu patut bersyukur at least kamu tak sendirian. Mak Mah bagi tahu nama dia supaya kamu ingat nama dia." Balas Mak Mah lalu terus ke dapur.

'Kenalkan kawan saya. Nama dia Mika.'

"Mika? Pian?" Aku pegang kepalaku yang mencengkam kuat lalu aku rebah di anak tangga. Kepalaku terhentak di anak tangga sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.

"Ila! Yaa Allah!!" Jerit Mak Mah. Nasib ada Pak Mail tolong angkat Miqaila ke biliknya. Mak Mah yang cemas tadi kini sudah reda sedikit. Sempat Mak Mah call doktor keluarga Miqaila. Selepas 25 minit doktor Ahmadi sudah tiba bersama briefcasenya.

Alhamdulillah tiada apa apa berlaku. Cuma Miqaila tidak menyedarkan diri selama 2 hari. Malah Miqaila dapat ingat semula semua ingatannya yang hilang. Lama juga Miqaila terperap di dalam rumah. Cuti yang dikatakan pun telah lama habis. Tapi Miqaila tidak mahu keluar rumah.

•••••

"Ila. Keluarlah nak. Dah sebulan kamu tak keluar rumah. Kerja pun entah kemana. Keluarlah pergi tengok dunia luar." Rayu Mak Mah apabila kesian kepada Miqaila yang duduk termenung di rumah.

"Hm Mak Mah. Ila tak tahu apa nak jadi dekat Ila. Kenapa satu satu dugaan datang dekat Ila? Apa salah Ila? Ila tak minta pun semua ni berlaku. Masa Ila sedarkan diri haritu bonda datang dekat Ila. Bonda minta maaf dekat Ila. Kenapa bonda datang dekat Ila? Ila rindukan bonda tapi bonda.." raungku sedih apabila teringat kejadian bila saat bonda datang kepadaku meminta maaf. Sedangkan bonda tiada salah. Tapi dalam mimpi tu bonda suruh aku maafkan Pian a.k.a abang aku. Kenapa bonda nak sokong dia?

"Sabar Ila sabar. Janganlah nangis lagi. Ila asyik nangis je tak baik untuk kesihatan. Apa kata Ila pergi melawat bonda dengan ayah. Bonda datang dekat Ila sebab bonda rindu Ila jadi bonda melawat Ila dekat sini. Esok pagi pergi ya nak." Pujuk Mak Mah sambil menepuk nepuk belakangku.

Aku terus diam. Tak terbalas apa yang dikatakan Mak Mah tadi. Masih kuatkah aku? Hm mungkin aku patut melawat orang tuaku.

Aku ambil keputusan untuk melawat ayah dan bonda esok pagi. Aku harap esok berjalan dengan lancar. Aku penat dengan semua benda yang berlaku. Patutkah aku letak jawatan aku sebagai PA kepada Tengku Zul Anas dan uruskan sahaja syarikat aku? Hanya itu persoalan yang membuat aku runsing hingga aku tidak dapat tidur.

Suami kepada jutawan?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang