Jennie menunggu Jihyo di hadapan rumah Jihyo. Beberapa minit kemudian, Jihyo keluar dari rumah dengan muka yang barai lagikan mengantuk.
"Selamat pagi Jihyo! Eh asal kau nampak macam tak cukup tidur ni?"
Jennie menyoal kepada Jihyo setelah melihat eyebag di bawah matanya. Jihyo menguap dan mengosok matanya.
"Nampak sangat ke eyebag aku ni? Ada orang kacau aku semalam"
Jihyo dan Jennie mula berjalan ke sekolah.
"Siapa? Jihoon ke? Atau Jimin?"
Jihyo memandang muka Jennie dan kemudian pandangannya ke hadapan. Kaki mereka terus berjalan.
"Aku tak tahu la. Scary plus orang tu pervert gila. Aku pakai baju biasa pun dia kata seksi. Ish tak paham betul. Haa lagi satu pasal Jimin tu, dia yang bagi coklat semua tu dekat aku"
Terang Jihyo panjang lebar. Jennie hanya mengangguk faham. Jennie menyentuh lembut belakang badan Jihyo.
"Block je number dia eh"
Perbualan mereka terhenti apabila mereka sudah sampai ke sekolah. Jihyo dan Jennie mula melangkah masuk ke dalam kelas. Keadaan kelas yang sunyi bertukar menjadi zoo apabila Jihyo dan Jennie masuk ke dalam.
Jihyo dan Jennie duduk di tempat mereka.
"Ah kek? "
Jennie mengeluarkan kek dari bawah mejanya.
Jennie membuka kek strawberi tu. Wangi sehingga dapat di hidu oleh Jihyo.
"Siapa bagi tu? Jimin ke?"
Jihyo cuba menyakat Jennie. Selepas Jihyo reject Jimin tempoh hari, Jimin ada kata lebih baik bagi dekat Jennie. Mesti Jimin yang bagi.
"Memandai je. Mungkin orang lain. Ingat kau sorang je ada secret admire? Aku pun adala"
Jennie mengflip rambutnya dan membuatkan Jihyo menjulingkan matanya ke atas. Jennie pula sudah siap sedia untuk makan kek tadi. Yummy.
..
Tidak seperti biasa, Jihyo dan Jennie terus pulang ke rumah lepas waktu sekolah. Selalunya mereka lepak dekat cafe sebelum balik ke rumah. Hari ini Jennie ada hal yang perlu di uruskan. Jihyo takut berjalan seorang diri ke rumah. Bukan apa, Puan Song dah pesan kalau balik seorang diri takut kena culik. Kalau ada Jennie tak apa la.
Jihyo menunggu di hadapan bus stop. Bukan nak naik bas tapi sengaja duduk dekat situ. Nak telefon Puan Song bateri telefonnya sudah kehabisan. Sedang Jihyo menunggu sebuah motor berhenti di hadapannya. Jihyo mula gelisah.
"Naik"
Ringkas sahaja namja itu bersuara. Jihyo masih beku. Hanya buat bodoh.
"Aku tak akan buat apa-apa"
Jihyo memandang ke arah namja tadi. Lencana sekolah tu macam lencana sekolah Jihyo.
"Takpe, nanti omma datang"
Jawab Jihyo. Jihyo masih tidak memandang wajah namja tadi.
"Aku tahu kau tipu. Naik sendiri atau aku angkat kau?"
Jihyo mengeluh. Dengan perasaan yang masih takut Jihyo naik juga. Namja tadi mula membawa Jihyo ke satu tempat.
..
Cafe Hello Stranger (5:45 petang)
Jauh betul namja tadi membawa Jihyo. Sudah petang. Pukul 7 malam nanti Tuan dan Puan Song akan pulang ke rumah.
"Turun"
Namja tadi bersuara dengan nada mendatar. Jihyo hanya mengikut.
"Masuk"
Sekali lagi Jihyo hanya mengikut. Bukan tak mahu membantah tapi Jihyo mula selesa dengan namja tadi walaupun namja tu dingin je.Baru sekarang Jihyo dapat melihat wajah namja tadi selepas namja tu buka helmet dia.
"Kim Tae—taehyung?"
Dengan tergagap-gagap Jihyo menyebut nama sunbae yang paling hotss di sekolah. Terasa berbunga tapi apa motif Taehyung bawa Jihyo ke sini?
"Aku kacak sangat ke?"
Taehyung bertanya dengan muka dinginnya.
"Tolong sikit. Jihoon lagi kacak eh"
Setelah mengenalpasti namja misteri itu Kim Taehyung. Jihyo mula rasa selamat. Sebab kalau terjadi apa-apa sila cari Taehyung.
"Ni cafe aku. Kau nak makan apa?"
"Tak ada duit laa"
Jihyo membuat nada sedih.
"Pabo. Aku bawa kau kesini mestila aku belanja"
Taehyung meluku kepala Jihyo. Jihyo memegang kepalanya yang telah di luku oleh Taehyung. Merajuk ah ceni. Jihyo pout. Taehyung terus pergi tanpa mengendahkan Jihyo.
Kriuk..kriuk..perut Jihyo berbunyi. Jihyo memegang perutnya. Makanan. Itu sahaja yang ada di otaknya. Lapar. Beberapa minit menunggu, akhirnya Taehyung tiba dengan 2 kek dan 1 smoothie dan juga coffee.
Taehyung mengambil tempat di hadapan Jihyo. Jihyo mula mengambil kek strawberi dan air coffee. Sedapnya. Taehyung hanya memandang Jihyo makan. Taehyung tersenyum kecil tapi dapat di sembunyikannya.
Taehyung mengelap cream kek yang terlekat di atas bibir Jihyo. Jihyo tergamam. Pipinya kemerahan.
"Makan comot"
Jihyo cepat-cepat mengambil tisu dan mengelap keliling mulutnya. Malu la sunbae hots buat macam tu dekat Jihyo. Kalau Jihoon buat mesti dah pengsan.
Tbc.
YOU ARE READING
Crudele | Song Jihyo & Kim Taehyung [C]
Подростковая литература【 Presenting 】 〝 Crudele by 00deadofwrite 〞 Dia yang selalu nampak normal sebenarnya tidak. He's playing innocent but he is the devil one. Mengejar cinta pertama sampai dapat. Merosakkannya. Itulah rancangan yang berada di benak pikirannya. Kim Taeh...