Setelah membayar duit grab, Jihyo terus masuk ke dalam Hotel Alora. Kaki Jihyo terus ke arah lif. Ketika Jihyo nak ke arah lif, Jihyo ternampak Jennie masuk ke dalam. Jihyo berlari anak menuju ke lif tadi. Tetapi, lif tadi sudah tertutup. Lif yang lain terbuka dan Jihyo terus menekan punat tingkat dua di mana Jennie sedang berada.
Jihyo mengikut langkah Jennie dari belakang. Jennie masuk ke dalam bilik 17. Bilik yang sepatutnya Jihyo masuk. Jihyo terus jalan sehingga sampai di hadapan bilik tersebut.
Ting!Ting! Pintu di buka.
Jihoon membuka pintu. Mata Jihyo merah menahan geram dan tangisannya.
"Ji—Jihyo masuk laa"
Jennie memanggil Jihyo untuk masuk.
"Apa semua ni Jennie? Kau dengan Jihoon—"
Belum sempat Jihyo menghabiskan ayatnya. Jennie mencelah.
"Ta—tak Jihyo. Ni bukan macam apa yang kau sangka"
Jennie menghampiri Jihyo dan meraih tangan Jihyo. Jihyo menepis dengan kasar.
"Thanks Jennie. Thanks a lot. Aku tak sangka yang kau akan khianati best friend kau sendiri"
Hidung Jihyo kemerahan kerana menangis.
"Jihyo, aku sayangkan kau"
Jihyo tersenyum sinis.
"Kau tikam belakang aku Jennie"
"Kau dah salah faham"
Jihyo terus berlari menuju ke arah lif. Jennie mengikut dari belakang. Tangan Jihyo di pegang oleh Jennie.
"Pergi. Aku tak nak tengok muka kau lagi"
Jihyo terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Membiarkan Jennie terduduk dan terus menangis.
"Our friendship ruins in one second"
Jennie berkata-kata dengan sedihnya.
..
Groohhhh!! Guruh berdentum dan hujan lebat mula membasahi bandar Seoul. Jihyo berjalan di tengah-tengah hujan bersama luka di hatinya. Tidak di sangka Jennie akan khianati Jihyo.
"Aku benci Jihoon! Aku benci Jennie! Aku benci Jimin! Hiks—aku memang tak berhak bahagia"
Jihyo terus berjalan menuju kerumahnya. Air mata mengalir terus. Jihyo terasa badannya ringan. Matanya berpinar. Perlahan-lahan Jihyo rebah.
Rumah Taehyung (9 malam)
Taehyung membelai wajah mulus Jihyo. Tangannya di letakkan di atas dahi gadis itu. Panas.
"Aku dah kata, jangan pergi. Tapi kau degil"
Taehyung meletakkan kain basah di atas dahi Jihyo. Pipi Jihyo dicium lalu Taehyung turun ke dapur. Taehyung masakkan bubur untuk Jihyo. Setelah siap masak bubur, Taehyung mengambil ubat untuk Jihyo.
Taehyung naik ke bilik semula. Taehyung mengerakkan tubuh kecil Jihyo.
"Hyon—ah Jihyo, bangun"
Mata Jihyo terbuka dengan perlahan.
"Tae—Taehyung?"
"Makan bubur ni lepastu makan ubat"
Taehyung menghulurkan bubur dan ubat kepada Jihyo.
"Saya tak ada selera"
Jihyo menolak bubur tadi.
"Buka mulut"
Taehyung menyuruh Jihyo buka mulut untuk makan bubur tadi. Taehyung menyuap bubur tadi. Jihyo makan sehingga habis bubur yang di suap oleh Taehyung.
"Saya dekat mana?"
"Bilik aku"
Taehyung memegang dahi Jihyo. Panasnya sudah surut.
"Awak tinggal sorang je ke?"
Taehyung mengangguk.
"Hyung awak?"
"Dia stay dengan bini dia la"
Jihyo mengangguk.
"Kau nak balik rumah tak?"
Jihyo mengeleng.
"Awak, kalau saya nak tinggal dengan awak boleh?"
Jihyo memegang tangan Taehyung. Taehyung mengusap rambut Jihyo.
"Kau sanggup tinggalkan dorang semua demi aku??"
"Yup, saya sanggup"
"Kau tak menyesal?"
"Tak"
Lantas, dahi Jihyo dicium oleh Taehyung.
Tbc.
YOU ARE READING
Crudele | Song Jihyo & Kim Taehyung [C]
Teen Fiction【 Presenting 】 〝 Crudele by 00deadofwrite 〞 Dia yang selalu nampak normal sebenarnya tidak. He's playing innocent but he is the devil one. Mengejar cinta pertama sampai dapat. Merosakkannya. Itulah rancangan yang berada di benak pikirannya. Kim Taeh...