S240

789 102 20
                                    

Next day

Aku tunggu Tae datang rumah omma. Aku tunggu dia bawa surat penceraian kami. Dia ingat aku patung kot yang boleh buang sesuka hati. 3 bulan weh dia sakitkan hati aku. Dia layan aku macam sampah. Rasa nak nangis je hati ni.

Ting!Ting!

Aku bangun dan buka pintu. Terpancul muka Tae. Khanika tiada di sisi. Kalau ada dah lama perempuan tu minta Tae cepat bagi surat penceraian aku dengan dia.

Tae masuk ke dalam rumah bersama satu fail di tangan. Ya, fail penceraian kami. Aku duduk di sofa berhadapan Tae. Tae masih diam kan diri.

"Kau betul dengan keputusan ni?"

Aku mengangguk. Permainan ni dah hampir penghujung. Takkan nak berhenti tengah jalan. Ini semua salah kau juga Tae.

"Kau dah tak cinta kan aku? Sayangkan aku?"

Aku mengangguk lagi.

"Anak dalam perut kau perlukan appa dia"

"Jaga je la anak kau dengan Khanika"

Aku merenung tajam anak mata Tae.

"Tapi, dia anak aku. Benih aku"

"Aurora tak perlukan appa. Aku sendiri boleh jaga dia"

"Aurora? Anak kita perempuan?"

Aku mengangguk.

"Sedap nama tu. Nanti mesti cantik macam kau"

"Tak payah puji aku. Kalau aku cantik tak ada maknanya kau pergi making baby dengan Khanika"

Aku mula geram.

"Aku malas cakap banyak. Bak sini fail tu"

Tae enggan memberi fail tersebut membuatkan aku terpaksa tarik dengan kasar.

"Okay, kau boleh balik. Jumpa dekat mahkamah lusa nanti"

Tae bangun dari duduknya. Kakinya melangkah ke arahku. Dia melutut di hadapanku. Aku tak sanggup tengok orang melutut depan aku.

"Jihyo..aku minta maaf. Aku terlalu ikutkan nafsu aku. Aku sayangkan kau"

Tae menunduk. Aku hanya menjadi pemerhati.

"Aurora..jaga omma baik-baik okey. Jangan nakal-nakal tau. Appa tak ada untuk temankan kamu dan omma. Omma kamu dah bencikan appa. Appa jahat. Omma sangat baik..Tapi appa buta sayang"

Tae mengusap perutku yang macam belon. Serius aku sebak tapi aku tahan air mata dari mengalir. Ini kali pertama dan terakhir Tae akan usap perut aku. Tae sesekali mencium perutku. Aku dapat rasa tendangan Aurora.

"Sayang appa pun tak suka appa dekat dengan awak ye? Siap tendang perut omma masa appa cium kamu. Tak apa, appa memang layak terima semua ni"

Tae bangun. Matanya merah. Ya Tuhan, ampunkan la aku yang kejam buat semua ni untuk Tae.

"Balikla, Khanika perlukan kau"

"Jihyo, izinkan aku peluk kau buat kali terakhir"

Aku teragak-agak nak bagi dia peluk ke tak? Tapi apa salahnya buat kali terakhir bukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku teragak-agak nak bagi dia peluk ke tak? Tapi apa salahnya buat kali terakhir bukan. Aku menghampiri Tae lalu dia memelukku. Belakangku di usap perlahan. Tae mengeratkan pelukan dia. Kemudian, dia mencium ubun rambutku. Lama. Aku rasa tersentuh sedikit. Lantas pipi ku dikucup. Cukupla Tae. Jangan buat aku rasa bersalah.

"Aku akan rindu saat-saat ini"

Selepas itu Tae keluar dari rumah. Aku jatuh terduduk di sofa selepas kelibat Tae hilang dari radar. Aku me..menangis.

























































Tbc.

Crudele | Song Jihyo & Kim Taehyung [C]Where stories live. Discover now