S120

932 118 2
                                    

Depan rumah Jihyo (7 pagi)

Jennie menunggu Jihyo di hadapan rumah Jihyo. Jihyo keluar dari rumah. Jihyo menyapa Jennie sebelum kaki mereka melangkah ke arah sekolah.

"Kau buat apa je cuti sekolah ni?"

Jennie menyoal.

"Tak buat apa. 2 hari je keluar lepastu mereput"

Jihyo menjawab. Giliran Jihyo pula menyoal kepada Jennie.

"Kau busy memanjang, buat apa je?"

"Aku busy t—tolong mak menakan aku"

Jennie menjawab. Tak pasti dengan jawapannya sendiri. Jihyo hanya mengangguk.

"Takpe la nak buat macam mana kan cuti haritu kita tak dapat nak spend time sesama"

Jihyo membetulkan posisi beg sekolahnya di belakang badannya. Jennie tersengih.

"Cuti panjang nanti, kita spend time berdua"

Jihyo membuat pinky promise dengan Jennie dan Jennie menyambutnya.

..

Squirrel Highschool

Jihyo dan Jennie melangkah masuk melepasi pagar sekolah. Dalam perjalanan ke kelas, mereka terserempak dengan Jimin. Dengan tidak malu, Jennie melaung memanggil nama Jimin.

"Jimin!!"

Jimin beralih memandang Jennie yang memanggilnya. Jimin tidak mengendahkan Jennie.

"Pelik betul Jimin ni. Selalunya dia akan balas balik. Ni tak, dingin semacam je"

Jennie memandang Jihyo yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Stop talking about Jimin. Aku tak nak dengar. Aku benci dia"

Jihyo berjalan meninggalkan Jennie yang masih terpinga-pinga. Lantas, Jennie berlari ke arah Jihyo.

"Aku minta maaf"

Jennie memegang tangan Jihyo lalu meminta maaf. Jihyo mengeluh.

"Kau tak salah. Aku yang salah. Aku termarah kau. Sorry okey? Jom masuk kelas"

Jihyo menarik tangan Jennie masuk ke dalam kelas. Dari suatu sudut, seseorang sedang memerhatikan mereka.

..

Kring! Kring! Pembelajaran pada pagi itu berakhir. Semua pelajar berpusu-pusu ke kantin sekolah.

"Jom Jihyo!!"

Jennie menarik lengan Jihyo.

"Jennie, aku nak ke tandas la pula. Kau pergi la dulu eh. Tak tahan laa"

Jihyo dengan tergesa-gesa keluar dari kelas. Jihyo terus menuju ke tandas perempuan. Jihyo menolak pintu utama tandas tadi tapi berkunci.

"Tandas rosak nak. Kalau nak ke tandas, kena pergi blok sebelah"

Makcik cleaner memberitahu kepada Jihyo bahawa tandas perempuan rosak.

"Jauh nak pergi blok sebelah. Aku dah tak tahan"

Jihyo mengepit-gepit kedua belah kakinya. Tiba-tiba Jihyo mendapat satu akal yang memang tak boleh pakai langsung. Tandas lelaki.

Jihyo memandang sekeliling untuk memastikan tiada siapa yang ada dekat situ dan yang paling penting tiada siapa perasan Jihyo masuk tandas lelaki. Jihyo dengan perlahan-lahan mendekati tandas lelaki.  Tiba-tiba seorang pelajar namja keluar dari tandas.

"Haih, nyamuk ni"

Jihyo berpura-pura menampar nyamuk di hadapan namja tadi. Namja tadi hanya memandang Jihyo dari atas sampai bawah.

"Muka lawa tapi sayang gila"

Sebaik sahaja kata begitu, namja tadi terus beredar. Jihyo cepat-cepat masuk ke dalam. Setelah selesai, Jihyo mahu keluar tetapi ada seseorang di luar. Pelajar namja tadi tak beredar walaupun loceng dah berbunyi. Jihyo yang berada di dalam mula rasa takut.

"Setahu aku, pelajar namja tak ada kaki yang cantik macam kau Jihyo. Keluar la Jihyo. Berapa lama kau nak duduk dalam tu?"

Jihyo terkesima. Suara tu! Kim Taehyung. Jihyo terus keluar dari situ dan memeluk Taehyung dengan erat.

"Awak, saya takut"

Jihyo mengeratkan lagi pelukannya.

"Balik kelas. Line clear. Keluar cepat"

Taehyung menolak bahu Jihyo.

"Thanks. Btw saya rindu awak"

Jihyo terus keluar dari tandas lelaki. Ketika keluar, Jihyo menyumpah seranah tandas perempuan sebab rosak. Tapi, Jihyo jumpa Taehyung balik.

"Nado"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nado"
















Tbc.

Crudele | Song Jihyo & Kim Taehyung [C]Where stories live. Discover now