S103

1.2K 147 17
                                    

Seperti biasa Jihyo dan Jennie akan lepak di cafe selepas tamat waktu sekolah. Cafe yang menjadi pilihan mereka ialah Dark Cafe. Cafe yang berconcept ala horror. Walaupun begitu, mereka tetap menyukainya.

"Macam biasa eh"

Pelayan tadi terus meninggalkan Jihyo dan Jennie. Semua pekerja di situ sudah mengenali mereka kerana mereka berdua pelanggan tetap di cafe tersebut.

"Kau rasa siapa eh yang bagi aku coklat tu?"

Jihyo yang berada di hadapan Jennie menyoal. Tak puas hati selagi tidak tahu siapa pemberinya.

"Eo? Park Jimin?"

Jihyo menaikkan keningnya. Park Jimin? Tak kan pelajar senior yang bagi coklat dekat Jihyo. Jihyo menampar perlahan tangan Jennie.

"Tak kan Jimin yang bagi. Mustahil la"

"Hai"

Jihyo menoleh kebelakang apabila terdengar suara yang menyapa mereka berdua. Riak wajah Jihyo agak terkejut. Park Jimin.

"Hai"

Balas Jihyo dan Jennie.

"Boleh join?"

Soal Park Jimin dengan ramah dekat Jennie dan Jihyo. Jihyo dan Jennie hanya mengangguk. Beberapa minit kemudian, minuman Jihyo dan Jennie terhidang di atas meja.

"Nak order apa?"

Tanya pelayan yang bernama Hyoyeon.

"Coffee"

Ringkas Park Jimin memesan air yang dimahukan. Jihyo menundukkan kepalanya apabila Park Jimin memandang wajahnya. Air coffeenya di hirup bagi menghilangkan bahang di pipinya.

"Pebenda siaa order air sama dengan aku"

Jihyo mengomel seorang diri di dalam hati. Beberapa minit kemudian, air yang di pesan oleh Jimin sudah siap. Jimin menghirup coffee itu sambil memandang Jihyo. Ambil feel orang kata.

"Sunbaenim buat apa dekat sini?"

Jennie menyoal bagi memecahkan suasana yang seperti cengkerik. Dari awal perjumpaan mereka bertiga hanya membatukan diri.

"Saja. Ni tempat melepak korang lepas habis waktu sekolah ke?"

Jennie mengangguk. Jihyo masih mendiamkan diri. Tidak bersuara mahupun pandang Park Jimin.

"Jihyo, kau kenapa senyap je. Selalunya kau la yang paling banyak mulut"

Jihyo mendongak kepalanya dan memandang Jennie. Selepas itu pandangannya terarah ke Jimin. Jimin hanya tersenyum melihat Jihyo.

"Aku sakit perut la. Jennie, aku balik dulu"

Jihyo bangun dan mengalas begnya.

"Laa, jom aku teman kau"

Jennie mula bangun dari tempat duduknya tetapi Jimin sempat menahan Jennie. Jennie memandang muka Jimin dengan pandangan kosong.

"Tak apa, biar aku teman kau."

Jennie memandang Jimin dengan pandangan boleh percaya ke dia ni.

"Jihyo, biar eh Jimin temankan kau"

Jihyo hanya mengangguk. Selepas itu Jihyo dan Jimin keluar dari cafe tersebut.

..

Seperti di cafe, Jihyo hanya mendiamkan diri. Tiada langsung topik yang dapat menjadikan perbualan. Sunyi.

"Betul ke sakit perut atau sengaja mengelak?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Betul ke sakit perut atau sengaja mengelak?"

Jimin menyoal kepada Jihyo. Riak wajah Jihyo mula berubah.

"Betul la sakit perut. Nak mengelak sebab apa?"

Jihyo menjawab dan menyoal semula Jimin. Jimin memasukkan tangannya kedalam poket seluar.

"Muka tak macam sakit pun. Menipu"

"Sakit dekat perut kenapa perlu muka yang sakit? Awak boleh balik. Saya okey"

Jihyo terus berjalan meninggalkan Jimin di belakang. Tapak kasut Jimin kedengaran mengejar Jihyo dari belakang.

"Tak payah guna awak saya. Cakap dengan aku macam kau cakap dengan Jennie"

Jihyo tidak mengendahkan Jimin dan terus berjalan.

"Kau suka namja macam mana?"

Jimin bertanya kepada Jihyo sambil meletakkan tangannya di bahu Jihyo.

"Park Jihoon"

Sekali lafaz Jihyo mengeluarkan nama namja kesukaannya.

"Kau suka dia?"

Ada riak sedih di setiap ayatnya.

"Suka. Aku suka Park Jihoon"

Pipi Jihyo mula kemerahan. First time Jihyo memberitahu rahsia siapa crushnya dekat orang lain selain daripada Jennie.

"Sia-sia aku bagi coklat dekat kau.  Rupanya kau suka orang lain. Kalau aku tahu, dah lama aku bagi dekat Jennie"

Jihyo berhenti dari berjalan. Automatik Jimin yang di belakang berhenti berjalan juga. Jadi, pemberi coklat dekat Jihyo ialah Park Jimin.

"Jadi, kau la yang bagi coklat kat aku?"

Jimin hanya buat muka kosong.

"Coklat apa?"

"Ish kau sendiri yang kata tadi"

Jihyo mengetuk kepala Jimin. Jimin mengadu kesakitan. Jihyo mula risau apabila terasa ketukan tu kuat.

"Yah, kau okey tak? Sakit?"

Jihyo dengan prihatin menyoal.

"Sakitla. Tapi, sakit lagi hati aku sebab crush aku suka Park Jihoon"

Jimin memegang dadanya. Acah sedang sakit hati.

"Sila mangkat Park Jimin"


















Tbc.

Crudele | Song Jihyo & Kim Taehyung [C]Where stories live. Discover now