🌌5

222 51 3
                                    

        "Haikal... Kenapa siap berselimut kat ruang tamu ni?"

           "Takde apa Haikal cuma rasa sejuk sikit malam ni."

            Sofia mendekati anaknya. Pelik pula melihat Haikal yang berkubung dalam selimut di atas sofa ruang tamu itu. Nak kata sudah hendak tidur, baru pukul 8.30 malam. Masih terlalu awal kalau hendak melelapkan mata. Kalau tidur sekarang, malam nanti mulalah berjaga.

           Sofia menyentuh dahi anaknya. Panas. Dia sudah menduga. Tidak ada hujan tidak ada apa orang lain biasa saja tiba-tiba dia seorang sahaja yang merasa sejuk. Sudah pasti ada yang tak kena.

          "Haikal demam ni." Beritahunya lembut.

           Haikal melekapkan tapak tangan atas dahinya. Cuba merasa suhu badan sendiri. "Ye ke ibu?"

             "Tak apa, nanti ibu bagi ubat." Kata Sofia dalam keadaan tenang.

        Dari kecil Haikal memang kerap mendapat demam. Ada masa suhu badannya naik tinggi menyebabkan dia sentiasa susah hati. Tapi penyakit itu tak lama, kadang-kala tak sampai sehari sudah sembuh. Sofia sudah biasa sangat dengan keadaan anak lelakinya itu.

       Dulu Sofia selalu merasa cemas setiap kali suhu badan anaknya bertukar darjah. Tapi setelah tahu puncanya, dia semakin bertenang dan tahu mengendalinya.

           "Hari ni apa jadi kat sekolah?" Tanya Sofia ingin tahu.

          "Tak ada apa pun sama je macam biasa..." Jawabnya malas. Beberapa saat kemudian tiba-tiba matanya terbuka luas kembali teringatkan kejadian pagi tadi.

          "Haa ibu! Ibu tau tak tadi Haikal hampir kena belasah sebab kakak tau!"

           Sofia yang baru menghirup minuman panas yang dibawanya dari dapur itu bagai nak tersembur mendengar cerita mengejut Haikal. "Apa?? Kena belasah???"

         "Tak. HAMPIR dibelasah. Tak kena belasah pun. Hehe." Haikal menjelaskan dengan perkataan 'hampir' sengaja ditekankan sambil tersengih-sengih.

            Sofia melepaskan keluhan. "Terkejut ibu. Ingatkan Haikal bergaduh kat sekolah tadi." Dia mengusap dadanya. Bagi normal kembali kelajuan degupan jantungnya.

           "Kenapa orang tu nak belasah Haikal? Kurang ajar punya budak.. Biar ibu jumpa dia nak sound dia sikit."

          "Kakak punya pasal la." Rungut Haikal bagai mengadu nasib pada ibunya.

           Sofia mengerut dahi. "Kenapa kakak pula?"

           "Mamat gangster tu syok kat kakak. Dia ugut Haikal sebab nak suruh passkan love letter dia kat kakak. Tak pasal-pasal pula libatkan Haikal."

             Mendengar aduan Haikal itu membuatkan tawa Sofia terburai. Dia menekan perutnya menahan sakit akibat gelak yang berlebihan. Tawa Sofia itu sampai menarik perharian dua lagi anaknya yang tadinya duduk di dapur.

           Hadi dan Hana yang sedang membasuh pinggan tadi terus ke ruang tamu mahu tahu apa yang terjadi sehingga ibu mereka ketawa sampai begitu sekali.

           "Kenapa ibu???" Hadi tertanya-tanya.

            Sofia memberhentikan tawanya, ingin menjawab soalan Hadi. Namun tersekat-sekat dek menahan.

       "Ada orang nak pass surat cinta kat Hana, Haikal posmennya." Kemudian Sofia kembali menyambung tawa. Tapi kali ini bukan keseorangan lagi. Bercampur dengan Hadi yang turut tak boleh tahan untuk bergelak mendengar cerita ibunya itu.

          Hana yang berdiri di situ mencebik. Geram pula dengan adiknya. Ringan betul mulut bercerita hal yang tidak patut diketahui ramai.

            "Ada juga orang suka kat perempuan macam Hana ni. HAHAHA" Hadi menepuk-nepuk bahu Hana yang berdiri di sebelahnya.

            "Eeeee kenapa dengan semua orang ni hah?? Orang macam Hana abang cakap? Jangan pandang rendah dengan Hana okey. Hana ramai peminat. Bukan macam abang. Tak ada kawan."

             Serta merta tawa Hadi berhenti. Sentap dengan ucapan lancang Hana. "Hello~ Macam la Hana tu ramai sangat kawan. Yang minat Hana tu pun takut nak dekat dengan Hana."

           "Ishhh ibuuu... Apa kata ibu nasihatkan abang ni sikit. Hana kesian tengok dia ni, macam orang kesunyian!" Rengek Hana menuju ke arah ibunya yang duduk di sebelah Haikal di depan televisyen. Langkahnya terhenti melihat Haikal yang berselubungkan selimut tebal.

            "Haikal ni kenapa? Panas-panas ni boleh pulak berselimut." Soalnya aneh.
          "Dia demam. Sebab Hana la ni."

          "Hah?? Kenapa pulak sebab Hana??? Tak pasal-pasal pula Hana yang kena." Hana memeluk tubuh. Tidak puas hati tiba-tiba dirinya dipersalahkan. Bukannya dia yang menyuntik virus penyakit itu pada Haikal pun.

         "Alaa Haikal tu biasalah dia kalau demam tu. Tak ada apa nak dipelikkan." Hadi mula berbicara, menenangkan Hana yang sedang panas.

        Sofia tersenyum tawar. "Esok Haikal tak payah pergi sekolah lah."

        "Alaa banyak cantik nak ponteng. Takde takde, tak aci macam ni." Larang Hana. Tidak suka dengan cara ibunya yang dirasakan terlalu memanjakan Haikal itu.

        "Haah. Biar je la Haikal tu pergi sekolah esok ibu. Hana kan ada... Apa-apa jadi Hana boleh jaga Haikal. Ibu tak perlu risau lah." Kata Hadi. Kemudian dia membelakangkan mereka semua untuk menyembunyikan tawa yang tersimpan. Sengaja dia mahu menyakat Hana. Mesti Hana sedang mengumpal penumbuk sekarang mahu meninju dirinya.

         "Tak payah lah tak payah lah. Baik duduk rumah, tak pasal-pasal Hana pulak yang susah nanti." Tiba-tiba dia berubah fikiran. Berbeza dengan dirinya tadi yang memaksa juga Haikal ke sekolah walau apa keadaan sekalipun

            "Haah Haikal duduk rumah je la eh, rehat." Ibunya menyokong cadangan Hana itu.

      Haikal yang dari tadi berdiam mengangkat sedikit kepalanya lalu disandarkan pada lengan kerusi sofa. "Tak apalah ibu esok Haikal kena pergi juga sebab Haikal ada latihan basketball. Minggu depan ada perlawanan."

           "Tak payahlah Haikal. Demam demam ni jangan kata nak melantun bola, nak berdiri pun tak berapa nak larat nanti." Sofia masih melarang.

           "Haah tak payah datang lah. Nanti tak pasal-pasal pengsan pula tengah padang tu.

           "Kau ni apahal? Tak payah nak larang-larang aku.Aku takkan menyusahkan kau pun la."

            Hana mencebik. Lancang betul mulut budak ni.

           "Boleh kan ibu?" Haikal masih memujuk.

           Sofia mengeluh. Susah betul melarang anaknya yang seorang ini. Kalau mahukan sesuatu itu, tak boleh dengan perkataan tidak.

          "Nak pergi sangat pergi lah. Memang susah nak cakap dengan Haikal ni."

           "Yess!! Thank you ibu!" Haikal menggenggam tangan keudara tunjuk gembira.

           "Jangan terlalu aktif tak tentu hala ya." Pesan Sofia. Itu saja yang dia mampu kata.

          "Okey!"

Jawapan Dari BintangWhere stories live. Discover now