🌌7

196 43 18
                                    

          "Hana!" Iskandar berlari anak mendapatkan kawannya itu. Mujur kali ini dia berhenti. Selalunya cuma untuk dua saat Hana berdiri. Dia akan menoleh memandang gerangan yang memanggil kemudian dia menyambung perjalanannya kembali. Jadi terkedek-kedek la orang mengejarnya dari belakang.

         Sesampainya dia di sisi Hana, Iskandar melepaskan keluhan penatnya. "Jom lah balik sekali." Ajak Iskandar.

       "Hm."

        Itu saja yang dibalas perempuan itu. Kalau orang lain, sudah pasti akan kecil hati jika menerima respon sepatah perkataan itu. Namun bagi Iskandar, dia sudah biasa. Hatinya sudah lali dengan sikap dingin Hana.

        Dia masih ingat pertemuan awal dia dan gadis itu dulu. Waktu itu, mereka berada di tingkatan satu. Waktu di mana usia menginjak remaja dan gemarkan alam bersama rakan-rakan. Iskandar telah ditetapkan untuk duduk di meja bersebelahan seorang perempuan oleh guru kelasnya. Iskandar pada awalnya kurang senang dengan keputusan cikgu. Mana minat dia ingin berkawan dengan budak perempuan. Malas melayan perangai mengada-ngada golongan itu apatah lagi keluarganya semua terdiri dari kaum lelaki kecuali ibunya. Jadi waktu itu dia sedikit kurang berkenan. Tapi kalau setakat kawan 'hai hai bye bye' apa salahnya.

         Tapi perempuan di meja sebelahnya masa itu langsung tidak mengeluarkan suara. Mungkin budak pemalu. Jadi Iskandar membuat keputusan untuk memulakan langkah pertama berkenalan dengan murid itu.

          Memanglah dia tidak berniat pun mahu berkawan rapat dengan perempuan tapi tidak salah rasanya menegur jiran. Jadi dia pun memulakan dengan ucapan 'hai'.

          Perempuan itu menukar tongkat dagunya. Dari menggunakan tangan kiri yang menampakkan wajahnya, dia beralih mengampung kepala dengan lagi sebelah tangan. Menghala muka ke luar tingkap, membelakangkan Iskandar.

       Perbuatan perempuan itu membuatkan Iskandar sedikit tersentak.

         Ini bukan pemalu, tapi sombong namanya.

        Itulah apa yang berbisik dalam hati Iskandar ketika itu. Tindakan itu membuatkannya terguris. Jadi sejak itu, mereka bagaikan jiran yang membuat hal masing-masing. Iskandar pun sudah tidak terniat lagi mahu menegur perempuan itu. Selalunya jika tiada guru di kelas, dia akan pergi ke meja pelajar lain dan bergaul dengan kumpulan yang lebih menyeronokkan. Tapi... ada satu kejadian yang menyebabkan tanggapannya pada perempuan itu berubah.

         Ada satu hari, Iskandar pulang sekolah berjalan kaki. Selalunya dia akan menunggang basikal tapi masa itu basikalnya pancit dan dihantar baiki. Sedang dia berjalan pulang, dia perasan ada seorang pelajar juga berjalan di hadapan yang jaraknya kira-kira samar-samar boleh dilihat. Ya, dia kenal pelajar itu. Jiran sebelah meja.

           Waktu itu tengahari sudah mula menganjak petang. Jadi ketika itu banyak pelajar yang sudah pulang, meninggalkan kawasan persekolahan menjadi sedikit sepi.

           Kakinya masih melangkah dengan kelajuan yang sama mengekalkan jarak antara dia dan perempuan itu. Nampaknya jalan yang dilalui mereka kebetulan sama.

        Sehingga satu saat dia berhenti kerana melihat perempuan tadi masuk dalam sekumpulan pelajar lelaki di tepi lorong. Apa pula yang dia buat bersama mereka itu.

        Iskandar hanya memerhatikan dari jauh. Aneh. Kakinya seperti automatik berhenti untuk melihat perempuan itu.

        Dari pandangan Iskandar, kelihatan dia seperti sedang bercakap dengan mereka yang berada dalam kumpulan itu. Tidak pula dapat Iskandar mendengar dari kejauhan. Jadi dia hanya jadi sang pemerhati. Tertanya-tanya dengan apa yang cuba dilakukan jirannya itu.

Jawapan Dari BintangWhere stories live. Discover now