36🌌

100 17 11
                                    

    "Woih!"

     Haikal terbatuk-batuk ditampar kawannya dari belakang. Nak terkeluar balik mi goreng yang sedang dia makan.

    Saat batuknya mereda, dia merenung tajam Izhar yang sudah melabuh punggung di bangku depan sambil tersengih-sengih kambing.

    "Kau ni kalau aku mati tercekik mi.."

    "Hahaha sorry sorry." Ucap Izhar menyelit isyarat damai. "Makan seorang nampak."

     Haikal menyuap mi. Tidak mempedulikan kata-kata Izhar.

     "Helina sekarang jadi topik hot sekolah kita ni. Bangga la kau patutnya pernah rapat dengan Helina tu."

    "Usahlah disebut-sebut lagi soal orang yang sudah tiada." Haikal menasihat sambil beri peringatan. Tidak baik mengumpat apatah lagi orang itu sudah tiada lagi di depan mata.

     "Ye lah tiba-tiba hilang macam tu je. Dia dah pindah dari sini eh?"

     Haikal merasa seolah-olah sedang disoal siasat oleh kawannya sendiri. "Apsal kau tanya aku?"

     "Ye lah kau kan rapat dengan dia sebelum ni."
     "Tak tau." Noktah. Haikal malas memanjangkan perbincangan. Kalau boleh dia ingin hapuskan terus nama Helina dari kotak memorinya.

    "Alahai kau ni tak sporting betul la." Rungut Izhar. Kecewa tidak dapat mengorek info sensasi dari Haikal.

    "Ok lah. Memandangkan peneman kau tu dah tak ada, aku dengan rela hatinya kembali menemani kau makan kat kantin ni semula."

     Haikal tergelak kecil. "Eleh kau sebenarnya rindu nak makan dengan aku kan?! Dengan rela hati konon. Hahaha."

    "Ye lah, kau tu dapat kawan baru terus lupa kawan lama." Kata Izhar berbunyi merajuk.

     "Tak payah nak muncung sangat la bibir kau tu. Geli aku!" Haikal menyambung buraian tawa. "Ye lah. Sorry.. Petang ni aku teman kau main bola."

     Barisan gigi tertayang semula di wajah Izhar. Pantang sebut pasal bola. Terus tersengih lebar.

     "Cantik!" Izhar menunjuk ibu jari. "Eh! Kau jangan lupa minta kat kakak kau."

     Kunyahan Haikal terhenti sambil mengerut dahi. Tidak faham maksud Izhar.

    "Eh kau ni-"

    "Ohhhh! Ye ye aku ingat. Nanti aku minta kat dia."

***********

     Suasana di ruang tamu malam itu sudah bertukar sunyi. Baru tadi rumah itu meriah dengan suara-suara penghuninya yang berborak sambil bersama-sama menonton tv. Kini hanya teriakan cengkerik menghiasi keheningan malam, berpancarkan cahaya dari siaran tv yang menerangkan segenap ruangan. Tinggal Hana yang masih duduk di sofa, sambil membiarkan tv yang menonton dirinya.

       Mata Hana tertumpu pada rancangan tv yang ditayangkan di depan, tapi tak berkedip menampakkan fikirannya yang tidak berada di situ.

      Hadi yang baru selesai mencuci pinggan di dapur mengelap tangannya pada kain yang tergantung di tepi sinki. Ternampak Hana yang mematung di sofa ruang tamu selepas dia keluar dari dapur. Ingatkan tinggal dia seorang saja yang ada di bawah kerana terpaksa mengemas pinggan mangkuk. Rupanya diam-diam ada lagi kewujudan manusia di situ.

     'Kurang ajar punya Hana. Daripada duduk bertapa kat situ, lebih baik tolong aku.'

     Niatnya ingin naik ke bilik terbantut. Dia menukar arah pergi ke arah adik perempuannya itu. Sambil terjingkit-jingkit jalan, dia membongkokkan badan mencuri lihat wajah Hana.

Jawapan Dari BintangWhere stories live. Discover now