24🌌

122 22 6
                                    

     Sudah lama aku tak muncul kan. Siapa?

     Aku lah. Hadi. Takkan dah lupa? Sepatutnya aku watak utama dalam cerita keluarga aku ni. Ye la, aku anak sulung. Tapi tak tau kenapa kebelakangan ni aku jarang keluar memunculkan diri.

      Tak ada sebab apa. Cuma kebelakangan ni aku agak sibuk. Biasalah, musim assignments dan test. Aku tidur pun dalam tiga empat jam saja sehari. Nak menguruskan diri sendiri pun tak berapa betul dah. Apatah lagi nak uruskan hal orang lain. Terutamanya adik-adik aku tu.

     Entah bila la nak berbaik budak dua orang tu. Makin bosan rasanya rumah ni kalau masing-masing hanya merenung-renung tajam sesama sendiri saja sepanjang hari.

      Ibu pun kebelakangan ni aku perasan jarang pula mendengar suaranya membebel. Enjin kereta api sudah haus kah? Tak mungkin. Biasanya ibu kalau tak menjerit sehari tak lengkap rasanya hari itu.

     Aku menuang bijirin koko crunch yang baru aku keluarkan dari rak kabinet tadi ke dalam mangkuk. Ya. Aku ada di dapur sekarang ni. Baru lepas membasuh pinggan. Dah lama juga aku berehat dari buat pekerjaan ni. Ibu banyak bagi tolak ansur kerana mungkin dia faham tentang kesibukan aku sekarang. Kalau Hana dan Haikal tahu ni pasti habislah aku nanti dituduh mengelat lah, malas lah. Bab dengki nombor satu!

     Selesai mengikat kembali plastik bijirin itu supaya tidak masuk angin, aku membawa semangkuk koko crunch tadi ke ruang tamu untuk dijadikan kudap-kudapan sambil menonton tv. Semakin mendekati ruang tamu, aku dapat lihat sesusuk tubuh perempuan tercantik (bagi aku) duduk di situ. Lalu aku lajukan langkah mahu duduk di sebelahnya. Sudah lama tak berborak dengan wanita itu.

     Namun sampai di depan sofa itu, aku berhenti sebentar sebelum melabuh punggung. Mataku melihat wajah ibu, kemudian aku alihkan pula pada tv yang sedang ibu pandang. Aku mula keliru. Ibu yang tengok tv atau tv yang sedang tengok ibu?

    "Hai ibu!" Tegurku seraya menempatkan diri di sebelah ibu.

     Ibu yang dari tadi tak mengelip mata kelihatan sedikit tersentak dengan kehadiranku.

     "Eh, ya kenapa Hadi?" Soal ibu dengan suara risau.

     Aku mengerut dahi. "Tak ada apa lah, ibu.. Hadi saja panggil ibu. Ibu tengah buat apa ni?"

     Bibir ibu kelihatan cuba untuk mengukir senyum. "Tengah... tengok tv.."

     Aku menoleh ke arah tv. Dua tiga saat kemudian aku kembali memandang ibu.

    "Cerita apa?" Tanyaku. Memang sengaja aku tanya mahu tahu respon ibu.

    "Err... Apa eh.. Ibu pun tak pasti..."

     Aku tersenyum. "Memang la ibu tak tahu, sebab bukannya ibu yang tengok tv, tv yang tengok ibu!" Seraya itu aku ketawa. Dan melihat aku ketawa, ibu pun turut menyertai. Selepas tawa yang rancak tadi mulai reda, aku menyambung bicara kembali.

     "Ibu kenapa?"

     "Kenapa...? Maksud Hadi?"

      Aku memusingkan badan memandang ibu di sebelah. "Ibu okey?" Tanyaku sambil merenung ibu.

     Ibu membalas pandanganku sambil tersenyum. "Okey... Kenapa Hadi tanya macam tu?"

     "Entah la, Hadi rasa ibu macam kurang bising beberapa hari ni. Jadi Hadi ingat ibu dah bersara dari menjadi pembebel tegar rumah ni. Hehe." Kataku sambil tersengih buat lambang peace.

     "Ohh suka la ni kalau ibu bersara? Lain kali kalau tak nak ibu membebel perangai tiga-tiga ni cuba baik sikit. Sekali kejut terus bangun, bersiap cepat, tolong ibu masak... Hah! Baru la ibu tak membebel!"

     "Ok ibu, ok, ok!" Aku mengangkat kedua tanganku ke udara. Tanda mengalah. Mana mampu menang kalau ibu dah mula membebel. Baru sekejap aku ingat ibu dah pencen, rupanya ibu memang takkan berhenti kot dari rutinnya ini.

      Ibu ketawa melihat aku yang bagai tak mampu mendengar lagi. Ya, memang boleh bernanah telinga kalau menadah bebelan ibu itu. Tapi melihat ibu yang kembali kepada asal,  aku merasa senang. Ibu yang senyap itu bukan ibu namanya.

     "Apa lagi masalah kakak ni sebenarnya?"

     Aku dan ibu menoleh ke arah tangga. Melihat pemilik suara yang tegang bunyinya itu.

    "Apa?!" Hana kelihatannya memeluk tubuh berhadapan Haikal.

    "Apa yang kakak sakit hati sangat Haikal kawan dengan Helina sampai suruh orang lain pula bagi warning kat Haikal?!" Kata Haikal meninggi suara buat aku dan ibu yang melihat sedikit terkejut.

    "Jangan sebut nama perempuan tu depan aku!"

    Haikal mendengus. "Kenapa? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan dia? Bagi tau la!"

     Melihat keadaan yang semakin tegang di situ, aku bangun pergi mendapatkan mereka.
 
    "Haikal, Hana... Apa bising-bising ni... Hana, kenapa ni?" Aku cuba menenangkan keadaan. Tapi gayanya sia-sia saja.

     Hana dan Haikal diam. Tak ada pun yang mengendahkan kehadiran aku di situ kecuali mata masing-masing bagaikan hendak memanah sesama sendiri.

     Kemudian Haikal senyum sinis. "Nampak? Aku dah agak. Kau tak boleh jawab. Sebab? Kau memang tak ada sebab kalau nak benci orang. Satu-satunya orang yang boleh maki orang, malukan orang sesuka hati. Orang yang hanya pentingkan diri sendiri! "

     "Kau jangan biadap!" Tengking Hana seraya tangannya mula melayang ke arah muka Haikal.  Haikal berpaling melarikan wajahnya namun belum sempat tamparan itu hinggap ke pipi Haikal, tangannya cepat dihalang seseorang.

     Tiga pasang anak mata di situ beralih melihat ibu yang sedang menggenggam tangan Hana dari sampai di tubuh Haikal. Semua terkejut dengan tindakan ibu. Dan yang paling terkesan dengan perbuatan ibu itu pastilah Hana.

     Buat beberapa saat, semua orang bagaikan disumpah sang kelembai menjadi batu. Hana memandang ibu dengan wajah bingung. Lalu, dia menarik tangannya dari genggaman kuat ibu, kakinya berlari naik ke atas meninggalkan semua yang terpaku di situ.

     Aku pun turut membatu. Masih terkejut dengan situasi yang berlaku sekarang. Ini pertama kali aku melihat ibu bersikap sebegini. Walaupun kadang-kadang ibu memang sering membela Haikal, tapi belum pernah lagi melakukan sesuatu yang boleh menyentak perasaan Hana.

    Jujurnya bukan hanya Hana yang terkesima, aku turut merasa kesannya.

     Mataku hanya mengekori ibu yang berjalan kembali duduk di ruang tamu. Mulut aku tak mampu untuk mengeluarkan apa-apa kata untuk meleraikan ketegangan suasana ini.

      Aku melihat Haikal di depan. Jelas terpapar wajah buntunya berdiri di situ. Dia juga pasti terkedu dan serba salah atas kejadian tadi. Hati aku ingin sekali memujuk Haikal, tapi lidahku kelu tak mampu bersuara. Aku mula menggerakkan tangan untuk menenangkan perasaan adikku itu sekarang tapi...

    "Jangan pegang Haikal!"

     Gerakku mati setelah jeritan suara ibu kedengaran memberi larangan tiba-tiba padaku. Belum sempat memegang bahu Haikal, aku menarik tangan kembali ke sisi.

      Kenapa dengan ibu? Aku benar-benar buntu. Ibu kata ibu tak apa-apa tapi setelah semua ini, aku mula rasa sangsi dengan kata-kata ibu awal tadi. Tiba-tiba aku merasakan ucapan tadi seolah-olah satu pembohongan tanpa aku sedari.

Jawapan Dari BintangWhere stories live. Discover now