🌌3

280 65 0
                                    

         Kafeteria hospital swasta itu mula dipenuhi orang tidak kiralah warganya sendiri mahupun mereka yang melawat pesakit di sini. Mujur ruangannya luas, mampu menampung manusia-manusia yang kelaparan terutama di waktu tengahari.

            Pelbagai jenis pilihan juadah disediakan peniaga bagi menjamu pelanggan yang ada. Namun Sofia jarang sekali membeli makanan di kafe itu.

         Dia sudah biasa membawa bekal dari rumah. Lebih suka dengan masakan sendiri yang sudah tentu kena dengan anak tekaknya.

              Selalu juga dia menyiapkan sekali bekalan untuk anak-anaknya sebelum ke tempat belajar masing-masing. Sebab itulah lepas subuh saja sudah ribut dapur rumahnya dengan bunyi periuk belanga berperang. Dari awal pagi lagi dia sudah bertukang memasak makanan.

                Dia membuka bekas makanan segi empat di hadapannya. Hari ini ringkas sahaja. Nasi berlaukkan ayam masak kicap, kegemaran anak bujangnya, Haikal.

              Baru dia hendak menyuap makanan ke mulut, kelihatan seorang lelaki berkemeja biru terang bersama stetoskop bergantung di leher menuju ke arahnya. Di tangan memegang pinggan berisi makanan dan juga segelas minuman.

              "Eh, Fia? Saya ingat awak night shift hari ni?" Lelaki itu menyapa.

            Sofia menjawab soalan Doktor Munir dengan senyuman. "Saya tukar shift dengan staff nurse baru tu, ada hal katanya."

             "Boleh saya duduk sini?" Doktor Munir meminta izin duduk semeja dengan jururawat rupawan yang sudah hampir 10 tahun dia kenali itu. Nak masuk sedekad juga mereka berkhidmat sebagai ahli perubatan dan banyak perkara telah mereka lalui bersama.

         Sepanjang mengabdikan diri bekerja di hospital tengah bandaraya itu, Sofea merupakan jururawat yang sentiasa bertugas dengannya dari dulu lagi. Kepakaran Sofea sebagai pembantunya dalam dewan bedah manakan sama dengan jururawat lain. Dia sudah serasi dengan jururawat itu yang dalam masa yang sama merupakan kawan baiknya.

            "Duduklah." Jemput Sofea. Kemudian minuman di hadapannya dihiruk perlahan, buat pembasah tekak yang kering.

         "Bagus juga Fia tukar shift... Fia pun dah banyak kali shift malam kebelakangan ni. Kesian kat anak-anak."

           Sofia meleretkan senyum mendengar kata-kata Doktor Munir. "Diaorang dah biasa dah Doktor. Dari kecik lagi diaorang tahu masa kerja saya yang tak menentu ni." Terangnya lembut.

             "Hadi macam mana dia sekarang? Okay kat U?"

             "Dari segi belajar tu nampak macam ok je. Tapi yang lain tu tak berapa nak pasti."

              Doktor Munir mengerut kening. Kurang mengerti dengan penyataan Sofia. "Yang lain?"

             "Macam la doktor tak kenal si Hadi tu. Tak pernah lagi rasanya saya nampak dia ni berkawan."

            Doktor Munir yang mendengar keterangan Sofia yang laju saja meluncur dari mulutnya itu menghambur tawa. Geli hatinya mengingatkan perangai Hadi yang jarang bergaul orang.

          Dia amat kenal dengan anak-anak kawannya itu. Bukan hanya Hadi. Hana dan Haikal juga.

         Dia melihat tiga beradik itu membesar dari zaman mereka main kejar-kejar lagi. Masa berlalu begitu pantas. Sedar tidak sedar mereka semua sudahpun meniti usia remaja.

           "Mungkin dia perlukan seorang ayah sebagai penjaga, dan juga sebagai kawan..." Kata Doktor Munir tanpa sebarang reaksi di wajah. Namun di dalam hati tersimpan seribu harapan yang ditanam sejak dulu lagi. Masih setia menunggu hasil yang belum berbuah.

           "Dia tak perlukan ayah."

          Doktor Munir yang baru hendak menyudu makanan ke mulut terhenti mendengar penyataan Sofia.

          "Kasih sayang Fia sorang dah cukup untuk gantikan kasih sayang seorang ayah yang diorang tak pernah dapat."

           Doktor Munir hanya memandang sayu. Jujur, ada sedikit kekecewaan dalam hatinya. Butir-butir kata dari Sofia itu secara tersiratnya seolah-olah tidak memerlukan sesiapa lagi terutamanya seorang lelaki untuk hadir dalam hidupnya.

              Tetapi dia juga faham bahawa wanita itu sudah lama hidup berdikari menjaga anak-anaknya sendiri. Dia tidak punya sesiapa di muka bumi ini melainkan Hadi, Hana dan Haikal.

         Setahunya Sofia anak yatim piatu dan hidup sebatang kara sebelum ini. Sehinggalah dia bertemu suaminya, Haris. Namun dia dibuang keluarga kerana memilih Sofia, perempuan tanpa status menjadi suri hidupnya.

              Cinta mereka yang tidak mendapat restu keluarga itu tetap bahagia tambah-tambah lagi setelah dikurniakan cahaya mata. Namun, kebahagiaan itu hanyalah sementara.

         Haris pergi dulu meninggalkan Sofia dan anak-anak akibat kemalangan yang tidak diduga. Bermula saat itu, Sofia tiada tempat bergantung. Sofia telah menguatkan hati untuk berdiri demi anak-anaknya.

           Jadi apa guna lagi orang baru dalam hidupnya? Dia mampu menanggung semuanya seorang diri.

        Dia sudah selesa hidup empat beranak dan mereka tidak perlukan orang baru yang tidak tahu apa-apa untuk masuk dalam kehidupan mereka.

******************

          "Woi! Kau sini jap."

          "Kau adik Hana kan?"

           Seorang pelajar lelaki berpakaian selekeh dengan baju sekolahnya yang terkeluar dari seluar duduk di sebelah lalu tangannya merangkul leher Haikal. Haikal yang merasa rimas menepis tangan pelajar yang tidak dikenalinya itu.

        "Kalau ye kenapa?"

          "Heyy berlagak gila budak ni... kau tak kenal siapa aku?!" Lelaki itu bangun dari duduknya lalu menghala penumbuk pada muka Haikal.

       Terkejut dengan perbuatan yang tiba-tiba itu, lengannya terus disilang ke muka bagi melindungi diri dari bahaya yang mungkin menimpa dirinya.

           Lelaki yang melihat Haikal yang termakan dengan gertakannya itu ketawa terbahak-bahak. "Hahahaha! Rilek la bro.. gua gurau je dengan lu."

           "Kau nak apa dari aku??"

           Lelaki itu duduk mencangkung. Tangannya melonggarkan tali leher lalu dia memandang Haikal. "Aku ada benda sikit ni nak minta tolong dengan kau."

         Haikal mengerut dahi.

        "Apa?"

Jawapan Dari BintangWhere stories live. Discover now