28🌌

94 15 2
                                    

   "Kan aku dah kata, TANYA KAKAK KAU SENDIRI!"

     Kata-kata yang keluar dari mulut Helina itu membuat Haikal terkejut. Ini bukan lagi Helina yang dia kenal selama ini. Ini kali pertama dia melihat perempuan itu meninggikan suara.

     Perempuan yang dianggapnya sopan dan lemah lembut itu kini tiba-tiba berubah karakter.

      Lidah Haikal pula tidak mampu bersuara apa-apa.

      Helina yang tadinya berwajah bengis tiba-tiba ketawa. "Hahahaha! Takkan la dia nak cerita kat kau pulak kan. Orang dah buat salah, mana pulak nak mengaku." Riak mukanya kembali bengis.

      "Jangan main-main boleh tak, Helina. Tak mungkin kakak aku pernah bunuh orang!"

     Helina mendengus. "Huh. Macam mana kau boleh terlalu yakin. Kau ingat kakak kau tu baik sangat ke?"

     "Aku tau la! Dia kakak aku! Aku kenal dia." Balas Nik tegas.

     Helina menjeling tajam. Dia mendekati Haikal, lalu berjalan mengelilingi lelaki yang sedang berdiri statik itu.

    Haikal buntu. Dia bingung dengan apa yang berlaku. Apa yang sudah Hana buat sehinggakan perempuan ini jadi begini.

    Apa yang sudah Hana lakukan pada kakak Helina?

    Atau memang mungkin....

    Tak! Tak mungkin! Hana bukan pembunuh!

     Haikal menggeleng-gelengkan kepalanya laju tindak balas dari monolog dalamannya sendiri. Dia yakin Hana tidak seperti yang diceritakan perempuan ini.

     Merasakan suasana yang kian tegang, Haikal meraba poket seluar mencari telefon bimbitnya. Kemudian segala pergerakannya tiba-tiba terhenti. Dia berubah kaku.

    "Kalau kau nak rasa pisau ni tembus belakang kau, kau cubalah telefon kakak kau tu."

     Suara Helina yang separa berbisik itu bagai menusuk jantung Haikal sehingga organ itu berdegup laju. Dia dapat merasakan sesuatu yang tajam sedang menyentuh belakangnya. Namun dia tidak berani menoleh.

     Perempuan itu sedang berdiri di belakangnya bersama pisau yang disasarkan di permukaan badan Haikal. Helina bagaikan dapat membaca fikiran Haikal. Haikal memang berniat mahu menelefon Hana tadi. Tapi niatnya itu cepat ditangkas Helina.

    "Apa kau cuba buat ni Helina?" Soalnya dengan nada yang masih boleh dikawal.

     "Aku nak Hana rasa apa yang aku rasa. Aku nak dia rasa sakitnya bila hilang orang yang dia sayang."

    "Apa yang kakak aku dah buat sampai kau jadi macam ni?"

      Pertanyaan Haikal itu menambahkan kemarahan Helina. "Kan aku cakap, kakak kau tu dah bunuh kakak aku!"

    "Aku tak percaya. Hana tak akan buat macam tu."

    "Ergh!"

    "Ahh!!!" Haikal meraung kesakitan. Pisau yang dipegang Helina itu ditekan sehingga menembus sedikit isi kulitnya.

    "Memang la kakak kau tak bunuh kakak aku dengan tangan dia! Tapi dia lah punca pembunuh kakak aku tu bunuh kakak aku faham tak!!!"

     Kata-kata Helina itu mendiamkan Haikal.

    Haikal tiba-tiba tercengang.

    "Kakak kau dah hasut seseorang untuk bunuh kakak aku."

     Dahi Haikal berkerut seribu bersama peluh yang mula merecik. "Siapa?"

    "Seseorang. Perempuan. Kakak kau dulu selalu dengan perempuan tu."

Jawapan Dari BintangWhere stories live. Discover now