🌌29

94 16 6
                                    

     "Helina!!"

      Helina cepat menoleh ke arah suara yang datang dari arah kanan itu.

     "Oh, orang yang dinanti-nanti telah tiba..." Katanya sambil tersenyum sinis. "Tak sangka kau masih ingat lagi jalan ke sini, Hana."

    "Lepaskan adik aku, Helina." 

     Iskandar yang baru tiba terus terpaku. Pergerakannya mati, tergamam di sisi Hana.

     Helina membongkokkan sedikit badan sambil telinga kanannya dihalakan ke arah Hana. "Hm? Apa kau cakap? Lepaskan adik kau?"

   "Ye."

    Helina ketawa.

    Beberapa saat selepas itu dia berhenti lalu kaki diangkat menendang lelaki di depannya ke arah dinding. Haikal terbatuk-batuk sambil tangannya memegang bahagian belakang yang terasa sakit disepak Helina.

    "Haikal!" Jerit Hana melihat adiknya diperlakukan kasar sebegitu. Kakinya sudah melangkah namun tindakan Iskandar tangkas menghalang pergerakannya.

    Iskandar perlahan menggeleng-gelengkan kepala. Memberi isyarat supaya Hana tidak bertindak melulu.

   Ya. Betul itu. Dia perlu berhati-hati.

   Kalau dia terburu-buru, Hana tidak tahu apa yang mungkin perempuan itu lakukan pada Haikal.

    Helina menghadapkan Haikal ke dinding bagi memudahkan dirinya mengawal lelaki itu. Pisau masih diacu pada tempat yang sama.

   "Helina, adik aku tak salah. Jangan apa-apakan dia." Kata Hana dalam nada merayu.

   "Yang kau marah, aku. Kalau kau nak, bunuh je aku. Jangan libatkan Haikal!" 

  Mata Haikal membutang mendengar ucapan itu. 

    Helina mendengus kuat. "Huh! Kalau aku nak bunuh kau, dah lama aku bunuh. Tak perlu la aku nak susah-susah berlakon depan adik kau yang bodoh ni!" Katanya dengan angkuh, lalu sekali lagi menendang Haikal dengan kaki sehingga dia terhantuk pada dinding di depannya.

    Hana menunduk bawah sambil matanya terpejam mendengar suara Haikal mengaduh kesakitan. Sedikit demi sedikit perbuatan Helina terhadap adiknya itu membakar hati Hana. 

    Jangan katakan sepak, cubit sedikit pun dia dan Hadi tidak pernah buat pada adiknya itu. Rasa remuk perasaanya melihat perempuan itu dengan selamba memperlakukan Haikal sedemikian rupa.

    Dia menggenggam tangan sekuat hati menahan geram. 

    "Aku cakap, kau jangan sentuh adik aku perempuan sial!" Hana membuka langkah mara ke arah mereka. Tapi tindakan melulu Hana itu mengundang padah apabila Helina serta merta meleretkan pisau menghiris kulit belakang Haikal. 

   "Arghhh!!!!!!"

   "Haikal!!" Hana terus berhenti dari menghampiri mereka berdua. Dia menekup mulutnya melihat aliran darah yang mula menompokkan warna di kemeja putih Haikal. 

     Haikal meramas hujung bajunya menahan sakit. Lututnya makin lama terasa semakin lemah seperti tidak mampu menampung beratnya sendiri. Badannya akhirnya bersandar pada dinding. 

    Jantung Hana pada waktu itu berdegup sangat laju. Tidak terkata betapa takutnya dia sekarang ini sehingga dia hanya bertindak mengikut emosi. 

    "Perempuan gila!!" Jeritnya sekuat hati. Menggegarkan bangunan tinggal itu dengan amarahnya. "Apa tujuan kau buat semua ni?!"

    "Aku nak tengok kau derita." Helina terus menjawab pertanyaan Hana itu.
    Dia memusingkan badan ke belakang menghadap Hana yang kurang 10 meter darinya. Pisau di belakang Haikal masih tidak berganjak.

Jawapan Dari BintangWhere stories live. Discover now