22🌌

115 21 3
                                    

     "Wei Hana. Lambat kau sampai hari ni? Biasa kau bukan awal ke?" Tanya Iskandar sambil menarik kerusi di meja sebelah lalu duduk di meja Hana. Setahunya Hana selalunya datang awal ke sekolah. Tapi tadi dia sudah hampir tutup pagar depan baru Hana dan Haikal sampai.

      "Ada insiden sikit tadi.." Jawabnya ringkas. Matanya masih menatap buku teks Sejarah yang dari tadi ditelaah. Kejap lagi Puan Rokiah masuk mesti akan tanya-tanya soalan pada semua orang secara rawak. Kalau tak dapat jawab nanti tak pasal-pasal pula kena berdiri.

      "Hah? Insiden??" Suara Iskandar sedikit meninggi.

      Hana menutup buku di tangan. Kemudian dia memusingkan badan menghadap Iskandar di sebelah. "Kau ingat Shila?"

      Mendengar nama itu, Iskandar diam sejenak. Lama dia memandang Hana. Kemudian dia mengangguk. "Mesti lah aku ingat. Tak mungkin aku lupa." Iskandar mendekatkan jaraknya dengan Hana. "Kenapa tiba-tiba kau sebut pasal dia?"

     "Adik dia ada kat sini."

********

     "Oh ya. Tadi lambat juga awak datang sekolah kan?"

      Mata Haikal beralih dari memandang pinggan nasi goreng di meja pada Helina di depannya. "Haah.. Tadi ada insiden sikit."

     "Insiden?"

      Haikal melajukan kunyahannya. "Tadi tiba-tiba je ada kaca jatuh dari atas, jatuh depan mata saya. Nasib baik kebetulan abang saya call time tu. Jadi saya stop kejap. Kalau tak, huh tak tau la. Sah sah saya kena hempap dengan kaca pecah tu."

      Helina menghentikan kunyahannya. Matanya masih tertumpu pada makanan di meja.

      "Awak, saya nak minta maaf sangat pasal kakak saya kat shopping complex hari tu. Saya pun tak tau la kenapa dia layan awak macam tu. Sorry ye."

      Helina menggeleng-gelengkan kepalanya. "Tak apa Haikal. Saya tak terasa pun dengan kakak awak." Katanya bersama wajah yang tersenyum.

        Haikal menyudu makanannya. Tak sempat sampai di mulut, dia meletakkan sudu itu kembali ke atas pinggan. Dia memandang Helina di depannya.

      "Erm.. awak dengan kakak saya... pernah berjumpa ke..?" Haikal mengeluarkan pertanyaan dalam keadaan teragak-agak. Sudah lama juga dia tertanya-tanya soal ini. Melihatkan Hana yang nampak benci pada Helina, tak mungkin perasaan itu boleh tiba-tiba muncul begitu sahaja. Dia merenung Helina. Menanti jawapan keluar dari mulut perempuan itu.

      "Kakak saya ada buat salah pada awak ke?"

      Bibir Helina dileret ke kiri. Matanya memandang meja. "Awak tanya lah kakak awak sendiri."

Kringggg!!!

     "Semua pelajar, cepat makan dan pergi masuk kelas sekarang!"

      Bunyi loceng dicampur jeritan bingit pengawas menandakan waktu rehat telah pun tamat. Haikal dan Helina cepat-cepat menghabiskan sisa baki makanan di pinggan. Soalan Haikal terbiar tidak berjawab di situ. Selesai makan mereka bergegas bangun. Pengawas pun sudah dari tadi memerhati. Ingin memastikan tak ada pelajar yang melengah-lengah lagi.

********

     Sofia menuruni anak tangga rumahnya bersama bakul berisi pakaian kotor untuk dibasuh. Penuh sebakul dengan baju seluruh penghuni rumah ini. Dia masuk ke ruangan dapur menuju ke arah mesin basuh yang terletak di belakang rumah. Sebenarnya Sofia lebih suka membasuh baju pada waktu malam. Keesokan harinya baru la dia menjemur. Tapi disebabkan semalam dia bekerja shift malam, jadi hari ini dia buat aktiviti ini pada waktu siang.

Jawapan Dari BintangWhere stories live. Discover now