🌌39

62 11 0
                                    

      Perpustakaan universiti pada waktu itu amat sunyi sepi. Memanglah kalau sudah namanya perpustakaan itu mana mungkin kecoh seperti pasar malam. Tapi kali ini sepinya hening sekali.

      Maklumlah waktu petang-petang begini semua pelajar sudah habis kuliah. Tak ramai yang rajin singgah ke sini sekarang, semuanya berpusu balik mahu menerjah katil masing-masing.

      Untuk orang seperti Hadi yang agak introvert, dia merasa senang. Tidak ada orang, hidupnya sungguh tenang. Dapatlah dia bertapa di situ sesuka hatinya tanpa perlu menghiraukan orang lain.

       Berbagai jenis buku sudah dibelek. Bukan semua menarik minatnya. Banyak yang diletak kembali ke rak.

      Tangannya kemudian menyentuh buku lain yang ada di situ. Saat dia sedang menarik sebuah buku, seperti ada yang menariknya juga dari arah bertentangan.

       Anak matanya dinaikkan, menampakkan barisan mata seseorang di balik rak hadapan.

     "Maaf." Kata orang itu bersuara perlahan.

     "Tak apa, awak ambil lah." Hadi membalas sopan.

      Perempuan itu menerima pelawaan Hadi. Buku yang sama-sama ditarik tadi diambil lalu helaiannya diselak.

     Hadi pula masih di situ, melihat buku-buku yang lain.

     "Awak pun minat Dr. Marlina?"

      Keliru dengan siapa perempuan di depan itu bercakap, Hadi memeriksa kiri dan kanan.

     "Awak lah. Siapa lagi." Seperti dapat membaca fikiran Hadi, perempuan itu bersuara memberitahu.

     "Dr. Marlina?"

     Perempuan itu mengangguk sambil menayang buku di tangannya yang menjadi rebutan mereka tadi.

     "Oh! Dr. Marlina..." Hadi mengarah jari telunjuk pada buku di tangan perempuan itu. "Tak adalah kenal sangat.."

     "Seriously?! Awak tak kenal siapa Dr. Marlina?!"

      Hadi memegang dadanya sambil sedikit mengundur ke belakang. Terkejut dengan reaksi tiba-tiba perempuan itu. Kemudian dia melihat sekeliling. Nasib baiklah tiada orang. Kalau tak sudah pasti berderu-deru isyarat 'shh' dihala pada mereka.

      Perempuan di hadapannya itu menekup mulut. Sedar dengan perbuatannya.

    "Nama dia saya pernah lah dengar. Tapi setakat itu sajalah. Dia saintis kan?"

     Perempuan itu menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan sambil mengeluh. "Macam mana lah seorang pelajar Biochemistry tak tahu tentang Profesor Dr. Marlina Abdul Rashid."

     Dahi Hadi berkerut. "Macam mana awak tahu saya student Biochemist?"

     Jeda.

     Hadi diam menunggu jawapan. Tiba-tiba suasana berubah bisu.

      Perempuan itu mengerling Hadi di hadapannya lalu buku itu ditutup dengan sebelah tangan. Dia memberi senyuman sesaat untuk Hadi kemudian pergi dari ruangan itu bersama buku yang dari tadi setia dipegang.

     Hadi menggaru kepala yang tidak gatal. Bingung.

     Dia ada buat apa-apa salahkah sehingga perempuan itu terus berlalu seperti itu? Tak akan lah hanya disebabkan dia tidak mengenali seorang Dr. Marlina Abdul Rashid boleh membuatkan seseorang menjadi marah?

      Yang meninggalkan tanda tanya sekarang ini, bagaimana pula dia tahu Hadi seorang pelajar jurusan Biological Chemistry?

      Dan perempuan itu terus pergi setelah Hadi bertanyakan soal ini.

Jawapan Dari BintangWhere stories live. Discover now