"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook
―――
M A L A Y F A N F I C T I O N ₍ᐢ. ̫.ᐢ₎ ♡
officially written by - @jyeons
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mana yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
◾️
◾️
◾️
Buntu nak memikirkan apa yang patut dipilih sekarang aduh. Senang cerita otak dah mati katak.
Buku majalah yang ada di tangan aku selak, selak dan selak lagi. Sebenarnya, aku asyik selak muka surat yang sama saja dari tadi.
"Hm.. abang. Apa yang sesuai dengan saya?"
Pening kepala fikirkan ini semua. Kepala yang tak gatal aku garu.
"Rambut pendek? Panjang sederhana ke biar je panjang macam ni?". Bebel aku sendirian tapi si dia masih dapat dengar suara aku.
Ya. Aku sedang berdiri sambil pegang buku majalah di tangan manakala dia pula duduk di atas sofa membelakangi aku. Dia menunduk— membaca sesuatu agaknya?
"Abang? Alaa.. saya tanya ni"
Aku berjalan menuju ke arah dia. Disebabkan ketinggian dia yang lebih tinggi daripada aku, rambut bahagian undercut dia semakin dekat dengan pandangan mata aku.
"Abang? Baca apa tu sampai tak nak jawab soalan saya alahai". Selangkah demi selangkah aku maju ke hadapan mendekati dia. Aku tak suka bila orang tanya tak berbalas!
"Buatlah apa pun wahai Dania ku sayang.. awak tetap cantik dimata abang".
Langkah aku terhenti sebaik sahaja mendengar jawapan dia. Tanpa berkata apa, dia mula menoleh ingin memandang aku—
"DANIA MAISARAAAAA"
***
[Dania POV]
Zzup!
Badan aku tegak selepas terdengar panggilan kuat suara perempuan. Nafas aku tak teratur. Tercungap cungap.
"Astaghfirullah.. aku mimpi rupanya?"
Omel aku. Dada aku gosok perlahan, cuba menenangkan diri. Mana datang suara kuat yang panggil aku dalam mimpi tadi? Seram beb—
"WEHH DANIAAA BANGUNLAH ADUH KAU TIDUR TAK INGAT DUNIA HSHSHSHSH BAIK KAU BANGUN SEBELUM AKU NAIK ATAS"
Laa.. suara kakak aku ke.
———
"Hah bangun pun puteri beradu ni. Aku baru ingat nak gegar pintu bilik kau tadi"
Kaki masih melangkah turun tangga belum jejak lantai tingkat bawah hm dah mula membebel.. lagi.
"Weh kak. Suara seram kau masuk dalam mimpi aku tadi haish baru nak sambung sweet sweet aduh kacau daun ah kau". Kini aku menuju ke ruangan dapur.