BAB 1

804 19 7
                                    

"Huwaaaa dah pukul berapa ni? " Soal Hana sendiri sambil menguap.Tiba-tiba Hana teringat malam tadi dia ada menemani abangnya iaitu Haris.

Dia rasa sedikit menyesal kerana menemani Haris kerana mereka pulang ke rumah sehingga lewat malam sehingga menyebabkan dia kepenatan. Sambil tangannya mengambil telefon bimbit yang berada dia sisi katil terbutang matanya apabila dia jam menunjukkan pukul 10:00 pagi

" Arghhhhhhhh tidak aku dah lambat nak pergi butik! Habislah aku kali ni dengan subuh pun aku terlepas ni semua salah angah " bebel Hana kerana dia telah terlewat untuk pergi ke butik. Tanpa membuang masa Hana pantas berlari ke ampaian yang tersidai tuala dia mengambil dengan pantas .

Selepas siap mandi Hana hanya mengambil kemeja berwarna pink dan sehelai seluar slack putih .

" Nasib baiklah baju ni tak perlu gosok " mengomel Hana sendiri. Hana pergi ke meja solek dan menyikat rambut dan membiarkan rambutnya yang beralun panjang dilepaskan begitu saja tanpa diikat kerana dia lebih selesa begitu .

Tanpa membuang masa Hana hanya mengambil sedikit bedak dan secalit gincu bewarna pink lembut diletakkan di bibirnya Hana mengambil sedikit waktu untuk melihat dirinya daripada pantulan cermin. " I'm done" kata Hana perlahan.

❤️❤️❤️

Hana dengan perlahan-lahan meneruni tangga dengan takut-takut kerana dia telah terbangun sedikit lewat. Lewat apanya dah nak dekat tengah hari baru nak bangun. Sambil Hana turun ia mengerling kawasan ruang tamu kelihatan tiada siapa dirumah dan jam tangannya menunjukkan pukul 10:45 pagi maknanya dia betul-betul lewat untuk pergi ke butik .

Sampai di bahagian ruang tamu Hana bergerak ke dapur untuk melihat jika Mak Kiah dan Mummynya ada di dapur dan dengan tepat sekali Hana melihat dua orang wanita yang sibuk memotong bahan-bahan yang hendak di masak untuk makan tengahari .

"Assalamualaikum mummy ,mak kiah " sergah Hana sambil memeluk mummynya daripada arah belakang.

"Opocot letup kau adoiii" latah Mak Kiah Hana gelak tanpa henti kerana dia tahu Mak Kiah yang seorang kuat latah jadi dia sengaja mengejutkan mereka.

" Ya allah budak ni apa main sergah macam tu suka sangat mengusik lagutu"tegur Datin Salma pura-pura hendak marah tapi dia tahu mummy tak marah tapi sekadar menegur perbuatannya

"Maaf mak kiah Hana cuma nak gurau ja Mak kiah jangan marah ye " kata Hana dengan membuat mimik muka sedih .

" Takdanya mak kiah nak marah mak kiah dah masak dah dengan perangai kamu tu yang kuat mengusik " kata mak kiah sudah lali dengan perangai anak majikan yang kuat mengusik daripada Hana lahir sampailah sekarang dia  yang menjaga dan mak kiah menganggap Hana seperti anaknya sendiri.

" Yang kamu ni Hana kenapa bangun lewat ni kan dah lewat nak pergi butik kalau mama bising dekat kamu jangan nak mengadu dekat mummy pula!" bebel Datin Salma.

" Ala mummy ni Hana bukan sengaja ni semua salah angah, tadi malam dia suruh Hana teman dia tengok bola dekat mamak Hana dah kata tak nak ikut tapi dia paksa Hana " aku cuba untuk menyelamatkan diri daripada bebelan oleh mummy . Siap la kau angah kau tunggu kalau kau balik nanti tengoklah aku nak buat apa .

" Kamu ni banyak betul alasan jangan nak cakap banyak ni nak masuk butik pukul berapa " soal Datin Salma.

" Mummy kalau mummy telefon mama kata Hana tak masuk butik harini boleh tak Hana takut la, kalau mama membebel nanti dekat Hana mau nanti balik telinga Hana hilang sebelah" kata Hana dengan lembut supaya mummynya dapat membantu dia.

Ok bagi yang tertanya-tanya tu siapalah mama yang Hana sebut-sebut ni kan mama tu sebenarnya mak long Hana kakak kepada daddy Hana memang daripada kecil dalam keluarga belah daddy akan memanggil panggilan mama,umi,mummy untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kami sekeluarga .

" Geram betul mummy, baiklah Hana but harini ja mummy tolong Hana kalau hari lain pandai-pandai Hana handle mama tu ye" kata Datin Salma dengan riak selamba.

  " Ok baik pemaisuri menjujung perintah. Thank you mummy sayang mummy . Mummy Hana rasa nak keluar gi jumpa kawan-kawan boleh tak " pujuk Hana dengan muka ala-ala cute gituu . Cewahhh perasaan cute je la kau Hana .

" Amboi budak ni mummy bagi betis kau nak paha. Yelahhh gi la mummy cakap jangan pon Hana akan keluar jugak tapi hati-hati sikit bawak kereta tu jangan nak bawa laju-laju pulak lagi satu jangan balik lambat dengar tak " kata Datin Salma dengan pesan sedikit nasihat.

" Ok baiklah bye mummy, mak kiah Hana janji tak balik lewat" kata Hana .

❤️❤️❤️

Masuk ke dalam kereta aku mula hidupkan  enjin kereta dan dalam 15 minit untuk memanaskan enjin kereta. Sambil menunggu enjin kereta panas dia mengambil telefon bimbit di dalam beg tangannya dan mula membuat panggilan telefon.

" Hello minah sepet jom keluar aku cuti harini bosan la duduk rumah lagipun aku tak breakfast lagi ni, perut aku dah buat konsert dangdut dah ni jom la dan kau jangan lupa ajak Sarah sekali tau Wana jangan lupa pesan aku ni. Jumpa kat tempat biasa tau " pesan Hana dan dia mematikan panggilan telefon bimbitnya.
   
 Enjin kereta dah mula panas Hana memasukan gear dan menekan pedal minyak kereta mula bergerak perlahan keluar daripada perkarangan rumah.

❤️❤️❤️


Hana menunggu kawan-kawanya dengan penuh kesabaran. "Budak-budak ni pergi mana lambatnya aku dah naik bosan dah ni dengan ramai pulak orang harini" kata Hana perlahan.
 
Tiba-tiba pandangan mata tertumpu kepada seorang pasangan kekasih masuk dalam kafe dengan perempuan tu tergedik-gedik rasa geli pula mata aku ni tengok perempuan yang tak ada harga diri sanggup malukan diri depan masyarakat perempuan zaman sekarang ni makin susah dibentuk walaupun dia tahu dia tak ada baik sangat tapi dia masih tahu batas agama lagi .
   
Pasangan tersebut duduk disebelah dia. Benda yang tak disangka perempuan gedik tu boleh jeling kat dia,  kau ingat kau tu elok sangat kot .

Hana biarkan jelingan perempuan gedik itu dan dia melihat kawan-kawannya tiba juga ke dalam kafe.

" Wei seronoknya aku dah lama tak lepak dengan korang berdua! " kata Hana teruja. Sewaktu Hana menghayunkan tangannya kiri kanan tanpa disengaja tangan Hana terlanggar pelayan yang membawa air,  dan tanpa sengaja air tersebut tertumpah kepada perempuan di meja sebelah apa lagi bukan main cuak lagi mukanya.
    
Dia  segera bangun dan menghampiri perempuan tersebut " Maaf cik saya betul-betul tak sengaja kalau cik nak saya ganti rugi saya boleh gantikan balik baju cik yang kotor ni? " kata Hana kalut, dia kalau ada masalah ja mesti terus akan jadi kalut gelabah tanpa henti.

" Hei kau perempuan ingat baju aku ni murah ka kau ingat dengan duit kau tu boleh ganti baju aku ni!!! " jerit perempuan tersebut. Muka Hana jangan cakap la macam nak pitam dah rasanya bila perempuan tu menjerit-jerit seperti orang tak betul.

" Mia it's okay you tak perlu la jerit-jerit macam ni nanti i ganti baju baru dah jom kita balik " kata teman lelaki perempuan itu.
   
" You ni ingat baju i murah ka?! Kau  perempuan memang nak ja aku tampar muka kau! Dah la you i tak da mood nak lunch jom balik" kata perempuan itu yang bernama Mia.

" Maaf cik saya betul mintak maaf " kata Hana lagi. Teman lelaki tu terus tarik tangan perempuan tu dan keluar dari kafe.


❤️❤️❤️

Thanks you yang mana vote dan comment dalam bulan ni saya akan habiskan cerita ni insyaallah 😊❤️✨

CIK KALUT ENCIK HANTU ( Slow Update )Where stories live. Discover now