BAB 6

253 11 3
                                    

Datin Mawar keluar daripada Butik Seri Maya setelah selesai memesan baju baru daripada butik tersebut. Datin Mawar mengeluarkan telefon bimbit daripada beg tangannya. Datin Mawar mendail seseorang.

" Hello Ian kamu ada mana mama dah pesan kan tadi tunggu mama dalam butik, bukan kamu melencong tempat lain kamu ni sajakan nak buat mama bising dekat kamu? " bebel Datin Mawar geram bila dia melihat anak bujangnya tiada di butik bila dia tanya kepada Hana, kata tiada sapa datang pon.

" Ya ma sorry la Ian tadi hmmm pergi kedai sekejap beli barang lepas ni Ian dah nak sampai. Mama relax ok Ian nak sampai dah dekat mama ni " kata Rayyan berdalih daripada mamanya membebel lagi.

" Ha mama dah nampak kereta kamu" kata Datin Mawar dan mematikan panggilan telefonnya.

" Hai ma sorry please jangan marah Ian sorry ok " kata Rayyan sambil memandang ke arah mamanya .

" Hishhh! kamu ni kan " Datin Mawar memulas telinga Rayyan geram.

" Aduhhh!!!! Mama sakit ma" kata Rayyan.

" Tahu pon sakit macam tu la hati mama sakit bila tengok kamu tak ada tadi " balas Datin Mawar lagi.

" Kalau tak tadi mama boleh tunjukkan kamu tadi ada one girl ni cantik betul mama suka. Mama tengok muka dia mama teringatkan seseorang pulak " kata panjang lebar Datin Mawar.

" Tak nak lah Ian" kata Rayyan dengan riak selamba. Hati dia masih sakit dengan Cik Kalut tadi bukan main marah lagi terhadap dia siap memberi amaran lagi. Tapi dia tengok cantik juga bila Cik Kalut tu marahkan dia muka merah dia kenapa aku puji dia pula ni.

" Ian!!! Ian!!! Kamu dengar tak mama kata apa ni " Jerit Datin Mawar bila dia melihat anak bujangnya hanya membisukan diri sahaja.

" Ya ya apa mama cakap tadi" kata Rayyan bila tak sedar dia berada bersama mamanya teringatkan Cik Kalut.

" Mama cakap kita singgah makan dulu nak tak? " soal Datin Mawar sekali lagi.

" Ok ma kita gi tempat selalu ye" sambut Rayyan .

❤️❤️❤️

Hana termenung di kaunter dan ia teringat balik kata mamat hantu tadi.

'Ingat ye nama ni Megat Rayyan Mikael' terngiang- ngiang kata Mamat Hantu itu di telinga dia. Dah kenapa dengan aku ni yang dia nak bagi tahu nama dia kat aku dah kenapa nak suruh aku pergi jumpa bomoh ka hantar santau.

Hana mengucap panjang dia tidak akan sesekali membuat perkara yang dimurkai oleh Allah. Ataupun dia saja nak buat aku ingat nama dia buat kenangan kot cehhh dasar mamat hantu. Lamunan Hana terhenti apabila ada satu panggilan dan tanpa membuang waktu Hana menekan butang untuk jawb.

" Hello? " kata Hana pendek sebab ia tak melihat siapa nama pemanggilnya.

" Hello chess ni abang ni free tak jom kita lunch sekali nak tak " ucap pemanggil tersebut.

" Abang! Abang Adam lama betul Hana tak dengar suara abang. Abang dah balik Malaysia ka? " Hana teruja bila mendapat panggilan telefon daripada orang yang dia sayang dalam diam.

" Yes chess abang baru sampai semalam ni pun abang ada kat rumah umi dah, chess ada mana sekarang abang ambil ye " jawab Ungku Adam.

" Ouhh ye ke tapi tiada siapa beritahu pon abang dah balik? " soal Hana kembali bila dia tidak tahu langsung soal kepulangan sepupu kesayangannya.

" Abang dah pesan kat umi jangan beritahu siapa-siapa pun sebab abang nak buat surprise dekat chess la " jawab Ungku Adam lagi.

" Ingat sweet la tu? Kalau macam abang ambil Hana dekat butik mama la sekarang ni memang waktu lunch hour dah ni " kata Hana teruja.

CIK KALUT ENCIK HANTU ( Slow Update )Where stories live. Discover now