Hari ini merupakan hari pertama Hana bekerja di pejabat daddynya. Dia menolak pintu pejabat 5 tingkat itu dengan berdebar walaupun ini pejabat daddy tapi tidak ramai yang mengenalinya, hanya pekerja lama di pejabat itu sahaja mengenalinya.
Mungkin dia jarang datang ke pejabat daddy menyebabkan dia tidak dikenali. Hana memakai baju kerja yang dibelinya baju hitam lengan panjang dan seluar slack putih yang menaikkan aura kecantikkannya.
Dia berjalan ke arah lift dan masuk ke dalam lift apabila pintunya terbuka. Apabila pintu lift tersebut ditutup ada satu tangan menahan daripada tertutup dia hanya membiarkan dan mungkin orang itu juga ingin naik ke tingkat atas. Hana memerhati seorang lelaki masuk ke dalam lift dan lelaki tersebut memandang ke arah Hana.
" Hai girl! " ujar lelaki tersebut.
Hana memandang kiri dan kanan memastikan adakah lelaki tersebut menyoal dia " Saya ke? " balas Hana dengan meluat.
" Yes you la sape lagi yang ada dalam lift ni. Kita berdua you pekerja baru kat sini ke? Your first day? " soal lelaki tersebut sambil memandang Hana atas bawah.
" Ya i baru kerja kat sini dan mula harini " jawab Hana sambil menilik jam tangannya.
" Ouhh ye ke I Azhar senior manager " ujar Azhar.
" I Hana " ujar Hana.
" Sedap namanya you seindah tuan empunya badan " ujar Azhar gatal. Pintu lift terbuka dan Hana cepat-cepat melangkah keluar daripada dalam lift.
" Good luck first day " ujar Azhar kuat. Hana hanya berlalu tanpa mempedulikan lelaki tersebut. Bukan main gatal lagi laki tu nak je aku tumbuk muka gatal dia kata Hana di dalam hati.
Hana menuju ke arah pintu pejabat daddy dan melihat seorang wanita yang berada sebelum pintu masuk bilik daddynya. Hana berjalan ke arah wanita tersebut dan terus memeluknya daripada belakang.
" Ya allah Cik Hana lamanya akak tak jumpa dengan awak rindunya! " ujar Laila setiausaha daddy.
" Tu la kak laila Hana rindu gila kat akak, tapi sekarang akak tak perlu rindu Hana lagi sebabnya Hana akan ada kat sini tiap-tiap hari sampai kak laila bosan " ujar Hana tersenyum.
" Maknanya? Hana kerja kat sini lah! Wah seronok la akak ada kawan baru nanti " ujar Laila gembira.
" Kak, daddy ada tak kat dalam Hana kena jumpa daddy dulu sebab Hana tak tahu nak kena buat kerja apa sekarang? " ujar Hana takut-takut daddynya menunggu akan kehadirannya.
" Datuk ada dalam bilik dia, Hana pergi ja la masuk " ujar Laila.
Hana berlalu ke arah pintu pejabat milik daddy dan pintu diketuk perlahan. Hana dengar suara daddynya kata masuk dia menolak pintu perlahan dengan senyuman walaupun dia tidak suka tapi dia ingin menjaga hati daddynya.
" Hana? Daddy tak sangka anak dara daddy yang degil ni sanggup juga nak kerja dengan daddy. Daddy gembira sangat!" ucap Datuk Ungku Azman apabila melihat anak gadisnya bekerja bersama.
YOU ARE READING
CIK KALUT ENCIK HANTU ( Slow Update )
Romans'Cik Kalut atau namanya UNGKU HANA BATRISYA BINTI UNGKU AZMAN. Umur Hana 23 tahun tapi perangai macam budak darjah 3 pening kepala abang- abangnya nak menjaga adik perempuan seorang tapi macam ada sepuluh rasanya 😒 ' 'ENCIK HANTU atau namanya MEGA...