BAB 2

378 21 0
                                    

Masih dengan wajah yang  terkejut Hana mula duduk di kerusinya kembali. " Hana gila kau ni baru kita orang nak jumpa kau punya excited tu sampai satu kedai ni kalut dengan masalah kau! " ujar Sarah yang turut terkejut.
 
" Tak?!  apa masalah perempuan tu bukan main over lagi aku rasa air kosong je kut kena dekat baju dia yang tak cukup kain tu.  Tapi dia punya melalak macam apa lagi tak tahu aku nak kata apa." kata Wana juga

" Lantak dia la buat kecoh sangat tapi puas juga hati aku HAHAHAHA " ketawa Hana halus .

" Kenapa pulak kau puas hati kau kenal ka perempuan tak cukup kain tu? " kata Wana lagi.

" Perempuan tadi tu? Tak ada masa aku nak kenal tadi masa aku tunggu korang, dia main jeling-jeling kat aku so tak kan korang tak tahu perangai aku macam mana kalau orang buat aku tak akan duduk diam punya  " kata Hana lagi.

Setakat ni tiada sapa lagi boleh menang dengan Hana jika ada orang cari pasal dengan dia takat air tumpah tu biasa ja malah hanya kawan-kawanya sahaja yang tahu perangai dia yang sebenarnya kalau dia mula marah .

" Dah la stop sembang pasal dia aku dah muak kau Hana kenapa susah sangat nak keluar sekarang? Kau buat apa kat rumah " tegur Sarah dia mula bertanya tentang keadaan  Hana sekarang

" Korang lupa ke aku kan menggangur sekarang,  disebabkan mummy aku dok membebel kat rumah dia suruh aku kerja dengan mama aku kat butik so aku ikut je la kan tengah tak ada kerja sekarang" kata Hana. Gila kalau aku tak kerja mummy tu sekarang suka sangat ugut aku kalau tak nak kerja mummy suruh kahwin memang tak la aku nak kahwin.

"Ehhhh macam mana aku boleh lupa " kata Wana memang Hana ada beritahu dia dan Sarah tapi dia lupa kerana mereka berdua sekarang sebut apabila mereka masing-masing sudah mula bekerja.

" Rezeki korang cepat tengok la cepat je dapat kerja lepas grad aku ni tanam ubi je la kat rumah" tambah Hana dengan nada sayu dihujung ayatnya.

" Ala Hana tenang lah tak apa disebabkan kita orang dah kerja dan baru je dapat gaji apa kata kami belanja kau amacam nak tak" kata Wana memujuk Hana.

" Betul ka ni?! Bagus aku memang nak sangat aku tadi tak sempat nak breakfast tadi. Bila aku   dah dapat kerja nanti aku belanja korang " cakap Hana teruja . Alhamdullilah rezeki aku jimat sikit duit aku.

" Dah la lepas kita makan kita pergi tengok wayang aku belanja " kata Sarah

" Baik boleh ja " kata Hana dan Wana serentak.

❤️❤️❤️

Mereka membeli air dan popcorn untuk makan di dalam panggung wayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mereka membeli air dan popcorn untuk makan di dalam panggung wayang. Selepas membeli mereka mula bergerak masuk ke dalam panggung dan cerita mula ditayangkan.

Selepas tayangan selama 2 jam mereka keluar daripada panggung wayang. " Wei best la cerita tadi sakit gila perut aku asyik gelak ja " kata Wana sambil ketawa tidak berhenti.

" Betul wei lawak tak rugi duit aku, aduh penat betul mulut aku ni nak gelak " tambah Sarah juga


" Ha korang ni gelak-gelak juga jam pukul berapa sekarang zohor tak solat lagi jom la kita pergi surau kita solat dulu sebelum pergi mana-mana " kata Hana risau takut-takut dia terlepas solat zohor.

" Sekarang pukul 3:30 petang" kata Sarah sambil mengerling ke arah jam tangan dia .

" Ok jom la kita gi surau " kata Hana

Selesai mereka solat zohor mereka mula bergerak untuk ke parking lot kereta mereka masing-masing . Bagaimana tiba-tiba ada kereta dari arah belakang yang melulu hampir melanggar Hana tapi sempat di tarik oleh Wana dari tepi.

"Woi?! Mamat buta mana yang bawa kereta hagrhhhh? Buta ke aku yang punya elok jalan kau boleh main langgar aku macam tiang elektrik" marah Hana

" Kau ada luka tak Hana boleh bangun tak? " kata Wana sambil membelek badan Hana.

Lelaki itu turun daripada kereta membuat hati Hana mula bertambah panas dengan kakinya yang berdeyut-deyut sakit.

" Wah! Sedapnya mulut kau?! Yang kau jalan lengang lenggok buat jalan ni,  macam jalan atok kau punya dah kenapa perempuan?! Kau tu yang buta tak nampak kereta lalu lalang masih nak jalan kat tengah-tengah lagi  " balas Rayyan bengang.

" Habis tu kau boleh pula bawa kereta macam orang tak ada lesen ni dah kenapa?! Sampai bawa kereta langgar orang bagai " marah Hana lagi dengan hati dia rasa macam nak meletup, geram betul dia dengan lelaki biadap ni . Dia langgar aku bukan nak minta maaf tapi ni nak ajak gaduh dah rasa sekarang ni

" Ehh? Kejap aku macam pernah tengok kau, kau la tadi pagi dekat kafe tu kan perempuan kalut yang tumpahkan air kat girlfriend aku tadi " kata Rayyan sinis.

" Ya aku lah tadi! Geramnya aku dengan kau patutnya tadi aku simbah juga air kat muka kau yang bajet-bajet hensem ni lelaki tak guna " kata Hana marah dengan mukanya yang mula kemerahan menahan sabar.

" Woi perempuan?! Daripada aku habiskan masa dengan layan perangai gila kau ni! Apa kata kau pergi dari sini ni aku rasa kau tak ada lah cedera pun aku tengok. Dan sebelum aku lupa muka kau bukan lawa sangat pun, bibik aku lagi lawa rasanya" sindir Rayyan dengan cukup puas

" Apa kau kata?!  Kau ni aduhhhhhh! " jerit Hana kesakitan apabila dia hendak menghampiri ke arah lelaki biadap tu tetapi pengelangan kakinya mula sakit.

" Hana kau ok tak aku rasa kaki kau ni terseliuh, jom lah kita orang bawa kau pergi klinik. Tak payah layan orang gila ni " kata Wana mula membantu memapah Hana je tepi .

" Bagus lah ada orang tolong kau. Aku pergi dulu tau, sebab aku ni tak tolong orang yang macam tak betul tiga suku macam kau ni " kata Rayyan dengan ketawa kuat dan masuk ke dalam kereta dan berlalu daripada situ.

" Biadap betul! Mamat tak guna ni. Aduh sakitnya kaki aku ni macam mana aku nak bawa kereta. Ada ubi ada batas ada hari kau tunggu lah mamat hantu tak guna aku akan balas balik. " kata Hana marah dengan perasaan dendam menyebulungi hatinya yang sakit dengan perangai hantu manusia yang bernama lelaki.

" Dah lah Hana jangan dok membebel lagi tak perlu risau kita orang hantar kau balik. Tapi kita orang bawa kau pergi  klinik dulu aku tengok kaki kau mula nak bengkak dah ni " kata Sarah dan mengambil kunci kereta dalam beg tangan

" Hana bagi kunci kereta kau aku drive kereta kau. Kau pula naik dengan Sarah. Sarah jom cepat nanti teruk pulak kaki Hana ni " kata Wana cepat .

Mereka mula keluar daripada tempat tersebut dan pergi ke klinik yang berdekatan dengan kawasan mereka .

❤️❤️❤️


Guys macam mana ok tak bab kali ni kalau ok atau kurang korang boleh komen dan author boleh perbetulkan apa yang patut sebab ni kan first time author buat novel acah² gitu . Kalau best korang boleh vote 😘

CIK KALUT ENCIK HANTU ( Slow Update )Where stories live. Discover now