BAB 15

238 7 0
                                    

Rayyan tersedar daripada pengsan dia memerhati ruang bilik tersebut yang aneh baginya. Dia terdengar pintu dibuka daripada luar.

" Alhamdullilah Ian dah sedar" ujar Datin Mawar melihat anak lelakinya tersedar daripada pengsan.

" Ma ian ada kat mana ni " tanya Rayyan kepada mamanya. Dia yang masih pening hanya baring tidak bangun daripada pembaringannya.

" Kamu ada kat hospital ni ha tu la mama kata jangan keluar lepastu kami degil nasib baik ada orang tolong nasib baik Iman tak jadi apa-apa " bebel Datin Mawar geram kerana anak lelakinya degil tidak mahu mendengar katanya. Datin Mawar yang bersama menantunya Ayu sedang menyiapkan panggilan daripada seseorang.

Flashback

" Hello siapa ni? Boleh saya tahu awak nak bercakap dengan siapa? " soal Datin Mawar kepada pemanggil.

" Maaf puan ni keluarga Encik Rayyan Mikael ke ?" soal Hana.

" Ye betul la tu saya mamanya Rayyan kenapa ada apa-apa masalah ke" tanya Datin Mawar resah kerana risau apa-apa terjadi kepada anak lelakinya.

" Encik Rayyan sekarang ada dekat hospital dia kena tahan di wad saya jumpa dia pengsan tadi dan saya yang tolong dia. Lagi satu puan Iman ada bersama saya di hospital sekarang , sementara puan nak sampai saya jaga Iman dulu." ucap Hana panjang lebar kerana Iman berada disebelahnhnya sudah tidur keletihan dan dia juga berada di dalam wad Rayyan.

" Ya allah! Baiklah kalau macam tu saya datang sekarang" ujar Datin Mawar. Hana meletak Iman baring di sofa manakala dia berdiri di sisi katil Rayyan.

1 jam kemudian Datin Mawar datang bersama keluarganya. Dia melihat wanita separuh baya itu seperti pernah dilihat sebelum ini tapi dia lupa dan dia menghampiri ke arah Datin Mawar

" Maaf puan ni keluarga Encik Rayyan ke? " tanya Hana kepada Datin Mawar.

" Ya saya ehhhh?! Kamu bukan Hana ke anak saudara Ungku Aini?" ujar Datin Mawar.

" Ha... Datin Mawar maaf lah saya betul-betul tak perasan tadi" ujar Hana denga riak terkejut.

" Alhamdullilah lega hati auntie bila kamu yang tolong anak dan cucu auntie" ujar Datin Mawar berasa lega.

" Terima kasih banyak-banyak Batrisya auntie tak tahu nak balas jasa kamu macam mana dah " tambah Datin Mawar sambil memeluk Hana. Dia hanya tersenyum kerana dalam masa yang sama dia tak sangka mamat hantu ni anak auntie Mawar. ' Mak baik anak perangai hantu' kata Hana di dalam hati.

" Terima kasih dalam masa yang awak jaga anak saya tak tahu kalau orang lain macam mana " ujar Rizman kepada Hana bersyukur anaknya selamat dan dijaga dengan baik.

" Kalau orang pun mesti diorang buat benda yang sama tak apa la kalau macam tu saya minta diri dulu la sekarang pun dah malam nanti risau pulak family saya kat rumah" ujar Hana lalu dia menyalam tangan Datin Mawar dan Ayu.

End flashback

"Mama... Mama" panggil Rayyan bila dia melihat Datin Mawar yang hanya diam.

" Ha apa Rayyan" ujar Datin Mawar apabila tersedar daripada lamunannya.

" Ian tanya sapa yang tolong ian mama kenal tak " soal Rayyan dia ingin berjumpa orang yang membantunya setelah dia keluar daripada hospital.

" Ala mama lupa nak minta no dia mama cuma tahu nama dia batrisya je " ujar Datin Mawar

" Tak pa bukan rezeki Ian ni bila Ian boleh balik mama rimas la duduk kat hospital ni. Kat office tu banyak lagi kerja yang tak siap lagi" ujar Rayyan dengan riak muka bosan.

" Kamu ni kan mama cubit baru tahu duduk la sini biar kamu tu sihat sikit sebab kamu tu kerja tak da rehat sebab tu la sampai sakit kerja non stop sama je dengan perangai papa kamu tu " bebel Datin Mawar.

" Ha ok.... Mama jangan bebel lagi na telinga Rayyan rasa hilang sebelah pula. Mama lapar" ujar Rayyan sambil tersengih menampakkan baris giginya.

" Ni ha bubur mama masak pagi tadi nah makan " ujar Datin Mawar menyuakan bekas makanan kepada anak lelakinya.

❤❤❤

Hana yang sedang makan di meja makan riak wajah yang keletihan kerana dia pulang agak lewat daripada hospital semalam pukul 1 pagi baru dia sampai di rumahnya. Haris yang turun daripada tangga berlalu duduk di sebelah Hana.

" Hana pergi mana semalam? Kenapa balik lambat pukul 1 pagi baru pandai balik rumah? " ujar Haris dengan nada tegas, dia yang menunggu Hana risau kalau-kalau seseuatu buruk yang terjadi terhadap adiknya.

" Ya allah! Maaf sangat-sangat semalam memang Hana nak balik awal tapi ada orang pengsan dekat tempat parking kereta, jadi tak akan Hana nak biarkan saja. Lagipun angah nak tahu ada budak kecil sekali kesian kalau biar di seorang. Memang semalam tak sempat nak inform dekat angah dengan along maaf sangat-sangat. " ujar Hana panjang lebar menerangkan kepada abangnya agar tidak salah faham tentang dirinya kerana pulang lewat ke rumah, sempat juga dia memaut lengan angah untuk mengelakkan dirinya di marah. 

Tiba-tiba mereka dikejutkan suara Haziq yang bersuara " Lah ada jejak kasih ke kat sini sakan peluk lengan angah." ujar Haziq sambil ketawa. Dia memandang dengan jelingan.

" Har ini Hana tumpang along dengan angah pergi office tau sebab Hana rasa macam malas nak drive boleh tak abang-abang tersayang. Sayang Hana tak? " ujar Hana membuat mimik muka sedih.

" Ya lah ikut lah sekali bukan kita pergi kerja tempat lain-lain pun. " ujar Haziq sambil menyuap mee goreng ke dalan mulutnya. Mummy dan Daddy mereka tiada di rumah kerana berada di luar negara untuk urusan kerja.

" Siapa lambat makan dia kena belanja lunch nanti " jerit Hana berlari meninggalkan meja makan setelah habis makan.

Haziq yang baru sahaja menyuap dua suap mee goreng terkejut dengan kata-kata Hana . Haris tidak membuang masa pantas mengambil beg bimbitnya lalu berlalu ke pintu utama.

" Wei mana adil macam tu, along baru ja nak makan. Haishh.. aduhh habis duit aku harini" ujar Haziq dengan keluhan di bibir. Mak kiah yang berada di dapur menggeleng kepala melihat telatah anak majikannya walaupun masing-masing sudah berumur perangai masing-masing tidak berubah.

❤❤❤

" Kenapa Rayyan tak angkat call aku? Aku dah hantar whatsapp pun dia tak reply. Jantan ni pergi mana?! " ujar Mia dengan geram dengan perangai boyfriendnya. Dalam masa yang sama ada seorang lelaki berada di sampingnya sedang nyenyak tidur.  Perangainya yang curang masih tidak dapt dikesan oleh Rayyan. Mia merasa lengannya disentuh.

" Sayang awalnya you bangun?" ujar lelaki tersebut iaitu Aril.

" Awal ka sayang ala mungkin sebab you ada disamping i sebab tu i bangun awal tu sayang " ujar Mia dengan nada mengoda. Dia sekadar mengisi masanya dengan tidur  dengan lelaki untuk mendapat kepuasaan dirinya kerana Rayyan sering kali tidak melayannya.

Malah ada yang memberi wang ringgit, barang mewah, dan lain-lain lagi. Tapi dia tetap hanya mahukan Rayyan entah mungkin dia sayangkan lelaki tersebut walaupun tidak dilayan dia tetap ingin Rayyan menjadi suaminya dan faktor kekayaan Rayyan menjadi punca utamanya.


PLEASE VOTE AND COMMENT 💖

CIK KALUT ENCIK HANTU ( Slow Update )Where stories live. Discover now