Sudah hampir sebulan Hana bekerja di syarikat milik keluarganya. Seperti biasa setiap pagi dia akan ke pantri untuk membuat minuman untuknya.
Sudah hampir sebulan dia bekerja di sini rahsianya masih terjaga daripada pengetahuan staff yang lain di mana dia merupakan anak Ungku Azman. Dia bergerak mengambil cawan di kabinet tapi hanya sia-sia sahaja kerana cawan tersebut tinggi sukar untuk diambil olehnya.
" Siapa la yang gatal tangan letak mug kat kabinet paling atas ni kan, dah menyusahkan aku" tanpa disedari ada satu tangan mengambil cawan tersebut diberikan kepadanya.
Dia mengalih memandang tangan milik siapa dan tidak disangka iaitu Azhar lelaki yang dijumpainya di dalam lift haritu.
" Thanks " dia mengambil cawan tersebut dan mula membancuh milo panas untuknya.
" It's okay baby kalau you tak sampai you boleh minta tolong i, i akan sentiasa ada untuk membantu you" ujar Azhar. Dia sekadar memberi senyuman untuk menjaga hati lelaki tersebut.
" Macam mana kerja kat sini you ok tak? " soal Azhar matanya tidak lepas memandang wajah Hana yang sedang membancuh air.
" Ok je i pon selesa staff kat sini layan i baik je" ujar Hana cepat-cepat dia menuangkan air panas ke dalam cawan miliknya untuk berlalu pergi daripada di soal oleh Azhar.
" Disebabkan i orang first yang jumpa you apa kata harini i belanja you lunch macam mana nak tak? I tahu kedai makan yang sedap kat kawasan office kita ni" ajak Azhar berharap Hana dapat mengikutinya kerana di mula ada hati kepada Hana.
" Maaf la tapi harini i dah ada lunch dengan Encik Haris" ujar Hana minumanya siap di bancuh. Dia terpaksa menyebut nama abangnya untuk mengelakkan diri daripada keluar bersama Azhar.
" Hmmm... kalau macam tu tak apalah next time kita lunch berdua " muka Azhar kelat apabila mendengar nama anak majikannya telah mengajak Hana terlebih dahulu. ' tak guna kau Haris kenapa kau selalu kacau daun' marah Azhar di dalam hati.
" Ok la Encik Azhar saya pergi masuk buat kerja dulu ye" Hana cepat berlalu keluar daripada pantry. Seperti biasa dia mulakan tugasnya menyiapkan report beberapa projek harini juga menpunyai meeting tentang projek resort bersama Syarikat Ilham Holdings. Hana menyiapkan report tanpa mempedulikan situasi sekelilingnya kerana dia jarang berbual ketika kerja bukanya dia tidak menpunyai kawan di pejabat tapi malas kerana sesetengah staff di sini banyak yang lagha ( membuat perkara yang sia-sia ). Telefon bimbit Hana bergetar menandakan ada mesej masuk. Dia melihat ada whatsapp daripada satu grup yang tidak asing lagi baginya.
Group Bawang Girls
Wana : Assalamualaikum, makin dibiarkan makin sepi group bawang kita ni.
Sarah is typing....
Sarah : waalaikumussalam, kau memang semua benda yg sepi napa encik tunang bluetick ke sebab tu baru nampak grup ni 🤔
🤣🤣🤣🤣
Wana : ehhhh amboi kau😤 sarah suka betui mengata aku.... Alah 💁saja je gurau kita pon jarang sembang kat grup ni yang kau Hana sejak² dah kerja ni makin lupa kawan nampak.
Bila masa pulak aku yang lupa kawan 😅 korang tu yang kerja outstation je macam mana kita nak jumpa🤪
YOU ARE READING
CIK KALUT ENCIK HANTU ( Slow Update )
Romance'Cik Kalut atau namanya UNGKU HANA BATRISYA BINTI UNGKU AZMAN. Umur Hana 23 tahun tapi perangai macam budak darjah 3 pening kepala abang- abangnya nak menjaga adik perempuan seorang tapi macam ada sepuluh rasanya 😒 ' 'ENCIK HANTU atau namanya MEGA...