Hana resah bila gelang tangan miliknya hilang. " Macam mana ni kalau abang Adam tahu ni dah la dia beli mahal-mahal kat aku lepas tu hilang pula" ujar Hana perlahan. Tiba-tiba pintu bilik Hana diketuk seseorang.
Dia mengalih memandang ke arah pintu dan melihat Laila di pintu biliknya.
" Masuk la kak Laila " ujar Hana.
" Maaf la Hana daripada tadi akak tengok Hana resah sangat kenapa? " soal Laila apabila melihat anak majikannya seperti menpunyai masalah.
" Ehhh tak ada apa la kak, kenapa akak masuk bilik Hana ni " tanya Hana kepada Laila.
" Tak sebenarnya akak datang nak tengok Hana selesa atau tak duduk dalam bilik ni" ujar Laila tersenyum.
" Ok je kak, Hana selesa ja " kata-kata Hana terhenti apabila telefon bimbit miliknya berbunyi.
Hana melihat siapa pemanggilnya dia tersenyum apabila melihat nama Adam tertera di skrin telefon tanpa membuang masa dia menjawab panggilan tersebut.
" Hello budak busuk dah kerja ke" ujar Adam.
" Hishhh... apa abang ni suka sangat cakap macam tu. Ye Hana dah start kerja dah dengan daddy" jawab Hana dengan perlahan.
" Baguslah macam tu kerja tu jangan nak main-main sangat kesian kat daddy kena bayar gaji untuk budak kecil ni" gurau Adam.
" Apa abang ni meluat la dengan abang ni orang merajuk nanti kang biar abang mati kutu nak pujuk Hana nanti" ujar Hana geram dengan perangai Adam yang menyakitkan hatinya.
" Ala baby besar ni jangan merajuk nanti abang sunyi la sebab sayang abang yang manja ni. Nak merajuk dengan abang baru ingat weekend nak belanja Hana bowling" ujar Adam sayu konon-kononnya kecewa.
" Ha apa? Ehhh tak kata Hana merajuk pon kalau macam tu weekend ni on ye abang sayang " ujar Hana lembut tersenyum dengan temu janji mereka.
" Ok kalau macam tu kita date dua ye baby sayang nanti abang call lain sebab abang ada kerja ni bye sweetheart" ujar Adam lembut.
" Baiklah abang bye" ujar Hana tersenyum bahagia dan hatinya berbunga-bunga dengan kata-kata manis Adam yang membuatkan dia tidak keruan. Adam sentiasa membuatnya bahagia walau hanya dengan kata-kata.
Hana tersedar daripada lamunannya bila mendengar suara orang batuk. " Ehhh akak masih ada kat sini ye maaf la Hana lupa pulak sebab tadi on call" ujar Hana malu bila Laila melihatnya yang gedik dengan panggilan telefonya.
" Amboi bukan main lagi ehhh jawab call tadi bukan main manja lagi bergayut dengan kesayangan ye Hana dah ada teman istimewa ke? " soal Laila senyum melihat anak majikannya seperti dilamun cinta.
" Ehhh mana ada kak tadi tu cousin Hana memang kita orang macam tu bila berdua" ujar Hana bila pipinya kemerahan menahan malu yang menebal di mukannya.
" Ye la tu Hana macam la akak ni tak faham orang muda macam Hana ni. Ok la akak nak sambung buat kerja pulak " ujar Laila dan berlalu keluar daripada pejabat Hana.
" Omg macam mana ni dengan rantai tangan tu still tak jumpa lagi ni " ujar Hana perlahan kerana gelangnya masih belum ditemuinya.
❤️❤️❤️
Rayyan yang sedang menyiapkan report projek seri indah tidak mempedulikan panggilan telefon yang berdering tidak dijawab. Kerana report tersebut penting untuk diserahkan kepada papanya. Tiba-tiba pintu pejabat Rayyan dirempuh dari luar menyebabkan dia terhenti melakukan kerja.
" Maaf Encik Rayyan akak dah cuba halang Cik Mia, tapi dia nak juga jumpa Encik Rayyan" ujar Hamidah kalut mempertahankan dirinya daripada di marahi oleh majikannya.
YOU ARE READING
CIK KALUT ENCIK HANTU ( Slow Update )
Romance'Cik Kalut atau namanya UNGKU HANA BATRISYA BINTI UNGKU AZMAN. Umur Hana 23 tahun tapi perangai macam budak darjah 3 pening kepala abang- abangnya nak menjaga adik perempuan seorang tapi macam ada sepuluh rasanya 😒 ' 'ENCIK HANTU atau namanya MEGA...